CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Aweera: Bukan Rezeki Saya

29-1-2015 11:56 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6203| Komen: 2

Aweera: Bukan Rezeki Saya


STRATEGI kumpulan Mojo menampilkan pemuzik jalanan Caliph Buskers menyampaikan lagu hit RomanCinta pada malam persembahan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) kelmarin benar-benar berjaya mencuri tumpuan penonton.
        
Bukan sahaja penonton dan para juri, malah bekas vokalis kumpulan itu sendiri, Aweera mengakui kehebatan persembahan Mojo pada malam itu.
        
“Saya ucapkan tahniah kepada Mojo dan Caliph Buskers kerana persembahan pada malam ini (kelmarin) sangat hebat.
        
“Apa yang lebih mengejutkan saya, bila mendengar sendiri keupayaan vokalis Caliph Buskers yang mampu membawakan lagu RomanCinta dengan baik. Saya memang kagum dengan bakatnya yang luar biasa.
        
Walaupun kurang upaya, tapi kehebatannya memang tidak dapat dinafikan,” ujarnya kepada Zass, kelmarin.
        

Biarpun tidak berpeluang untuk beraksi bersama Mojo pada malam itu, Aweera akur dan menganggap itu bukan rezekinya.
        
“Saya tidak ralat dengan apa yang berlaku. Walaupun ada peminat yang sedikit kecewa saya tidak membuat persembahan, tapi mungkin ini bukan rezeki saya dan selepas apa yang berlaku saya perlu teruskan hidup.
        
“Saya tidak mahu bercakap lebih mengenai perkara yang berlaku dan bagi saya selepas ini saya perlu kuat dan merendah diri. InsyaALLAH, satu hari nanti kami akan bertemu kerana Tuhan itu maha adil,” tuturnya.
        
Dalam perkembangan terbaharu, Aweera yang kini bergerak secara solo di bawah naungan Sony Music  memberitahu bakal tampil dengan produk terbaharunya.
        
“Jika tidak ada apa-apa halangan, dalam masa terdekat ini saya akan muncul dengan sebuah single Terhakis hasil ciptaan saya sendiri, " katanya.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missdara 20-1-2015 10:40 AM
Bagus Aweera!

Never give up, look forward and learn from mistakes..
Quote anno_miss 21-1-2015 11:54 AM
Good spirit...keep up the positive mood..moga sukses dlm industri seni tanah air..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.258675 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top