CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Azad Jasmin Buat Report Polis!

6-2-2015 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 28750| Komen: 179

Azad Jasmin Buat Report Polis!


Pelakon, Azad Jazmin bersama isterinya, Eira Syazira menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap dakwaan pemilik Rania Marketing menerusi program Melodi dan Galaksi sebelum ini pada sidang media di Ampang hari ini.


KUALA LUMPUR: Pelakon Azad Jasmin yang juga suami kepada Eira Syazira, membuat laporan polis di Balai Polis Puchong petang semalam terhadap dakwaan pemilik Rania Marketing menerusi program Melodi dan Galaksi sebelum ini.


Azad menjelaskan, dakwaan pasangan suami isteri itu, Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy, bahawa beliau melarikan sejumlah duit adalah fitnah.

"Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah.

"Setakat ini, kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.

"Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan," katanya ketika ditemui BH Online di Hotel De Palma Ampang, di sini.

Azad mula menyertai perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di bawah Rania Marketing sejak 7 Mei tahun lalu tetapi mula mencurigai perniagaan itu selepas tiga bulan menyertainya.

"Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain... tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.

"Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka yang di bawah saya," katanya yang sudah menarik diri daripada perniagaan berkenaan sejak awal bulan lalu.

Pada pertemuan itu, Azad turut memperdengarkan mesej suara daripada Suhaimi yang diterimanya pada 7 Januari lalu.

"Saya menghantar dulu mesej suara kepadanya dan dibalas dengan ayat yang cukup mengejutkan apabila dia sendiri tak mempedulikan dan mengambil 'pot' perniagaan ini," katanya.

Difahamkan selain orang awam, perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran itu juga turut disertai beberapa selebriti dan artis terkenal.

Sementara itu, Muniroh ketika dihubungi pagi ini menerusi aplikasi WhatsApp enggan mengulas lanjut.

"Apa-apa nanti saya akan hubungi (semula)," katanya ringkas di WhatsApp.

Usaha menghubungi menerusi panggilan telefon bimbitnya untuk mendapatkan ulasan lebih lanjut mengenai laporan polis itu juga tidak berjawab.

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lorra2411 5-2-2015 12:23 PM
makin berlarutan lah kes ni jawabnya, ntah siapa benar siapa salah.
Quote edoraixora 5-2-2015 12:24 PM
brape RM peserta kne kluarkan duit utk join mende ni dulu??
Quote cik_tonggek 5-2-2015 12:34 PM
heyyyy balai polis puchong sejengkal jeh dgn ofis akak
kalo akak tau derang datang sini semalam, harus akak tunggu depan
balai jadi mamarazzi girtuh
Quote haiku 5-2-2015 12:35 PM
Adakah hanya couple ni saja ada problem dgn RM or celebrity lain pun ada problem jugak ?
Quote fatehana 5-2-2015 12:41 PM
tak citer ni
jd xtaw saper betul saper salah
Quote pia250110 5-2-2015 12:42 PM
merepot la korg kenuraka kerna makang duit orang..
Quote sepitsiput 5-2-2015 12:44 PM
Azad mula menyertai perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di bawah Rania Marketing sejak 7 Mei tahun lalu tetapi mula mencurigai perniagaan itu selepas tiga bulan menyertainya.

"Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain... tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.


ayat ni mesti wajib digunakan oleh kaum mamak yg feeling teraniaya
Quote cik_tonggek 5-2-2015 12:45 PM

motip eira syazira tengok laki DKK sheols macam rembes sangat kenape
Quote Herlina 5-2-2015 12:49 PM
Bagi saya ini semua sekadar nak lepaskan leher dari kena cekik di orang bawahan yang seramai 1000 org tu je.
Pung pang sana sini nak tunjuk dia laki bini teraniaya.

Sepatutnya sebelum join geng datuk/datin ni, teliti dulu.
Ini tak.. terus join dan belum nampak untung untuk kesan jangka panjang terus gebang besar2an kat org lain.
Dalam kes ni (antara laki bini ni ngan datuk datin tu ye) dua org ni je yang kena tipu derang ni pulak dah menipu 1000 orang.

Nak kata datuk datin tu menipu, awak berdua yang tak fikir panjang. Nampak $$ je.
Quote toxicated 5-2-2015 12:50 PM
harap downline2 dia pulak buat report ke atas dia dengan mengemukakan bukti2 dia menarik pelabur dkt IG..cepat bertindak sebelum dia delete semua..past few weeks kemain video sana sini rania terbaik. babi lah
Quote makton 5-2-2015 12:52 PM
aritu kemain lg gah post2 gmbr biz kat fb.. untung lomayan...
Quote gekkou 5-2-2015 12:53 PM
Azad mula menyertai perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di bawah Rania Marketing sejak 7 Mei tahun lalu tetapi mula mencurigai perniagaan itu selepas tiga bulan menyertainya.


"Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka yang di bawah saya," katanya yang sudah menarik diri daripada perniagaan berkenaan sejak awal bulan lalu.

gegeh sgt ko dah rasa curiga since last year
bila kontroversi start (which is aku rasa awal bln 2)
dan2 tu lah ko declare dah tarik diri
Quote freekey 5-2-2015 12:59 PM
perlu ke perangkan rambut?? aiyyyooooo





Quote beatgirlX 5-2-2015 12:59 PM
asal lebih tak caya deme ni dari datok dation tu?
statement curiga lepas 3 bulan masuk?
abih tu yg dia beli motor..buat loan nak beli kete etc bagai tu acener?
tak clear la plak..confius den...
Quote sepitsiput 5-2-2015 01:03 PM
Herlina replied at 5-2-2015 12:49 PM
Bagi saya ini semua sekadar nak lepaskan leher dari kena cekik di orang bawahan yang seramai 1000 or ...

penipu kene tipu dengan penipu konsepnya
Quote Eva_yy_Ellin 5-2-2015 01:19 PM
Kalau dah start rasa curiga lepas 3 bulan sertai benda tu, kenapa tak stop je? Kenapa masih gigih nak promot dekat orang lain? Nampak nau menipu nak lepaskan diri sendiri.
Quote dinamokiev 5-2-2015 01:19 PM
ahahahahhahahahahhahahahhahaha

tolong melayu? come on la, tolong melayu ke nak kaya cepat? no such things as join MLM cepat kaya la... Kerja kuat nak kaya tu aku percaya
Quote ladyxez 5-2-2015 01:50 PM
Dah kena la tu, buku bertemu ruas
Quote Parit.Hilton 5-2-2015 01:56 PM
padan muka.

tu je aku nak cakap.

konon buat report polis. nak lepas tengkuk sendiri je ni.

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.100546 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top