CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sikap Jep yg humble, Tolak tawaran Residen Artis Stesen TV

11-2-2015 10:53 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 22875| Komen: 131



Jep mahu hidup tanpa tekanan gosip liar.



PETALING JAYA: Pelawak Jep (Sepahtu)  pernah menolak tawaran lumayan daripada sebuah stesen televisyen yang ingin mengambilnya sebagai artis eksklusif kerana tidak terpedaya dengan wang.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri  Zainal Abidin, 30, berkata, ia adalah kerana matlamatnya dalam industri seni tanah air bukan kerana wang semata-mata."Saya pernah ditawarkan oleh sebuah stesen televisyen dengan nilai yang sangat lumayan tahun lalu tetapi saya tidak tandatangan pun perjanjian itu.

"Keutamaan saya bukan duit dan saya lebih selesa buat perkara yang saya minat sahaja bukan apa yang orang lain minat. Dengan penolakan tawaran itu mungkin ia beri rezeki pada orang lain pula," ujarnya kepada mStar Online

Tambah Jep, dia kini sudah mampu hidup selesa bersama keluarga. Jep berkata, dia tidak boleh untuk hidup dalam tekanan terutamanya apabila timbul terlalu banyak berita buruk yang mengaitkan dirinya. "Hidup saya simple, saya selalu berada di kampung saya di Kulai (Johor) dan kalau ada kerja sahaja saya berada di Puchong, itu pun saya hanya berada di rumah sahaja.

"Kawan betul-betul rapat dengan saya pun tak ramai hanya Shuib dan Angah (Raja Lawak) sahaja, yang lain-lain itu hanya kawan biasa," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang gosip buruk yang dikatakan datang daripada kalangan orang industri, Jep meminta agar mereka bersabar.

Jelas Jep, sampai masanya dia akan berada di bawah tanpa perlu dijatuhkan dengan cara sebegitu.

"Kalau ada yang cemburu dan buat cerita buruk tentang saya, saya nasihatkan agar mereka bersabar. Hidup ini macam roda dan saya akan turun sendiri, tidak perlu jolok-jolok saya," katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 11-2-2015 09:15 AM
humble mamat nih
Quote maxim 11-2-2015 09:16 AM
bgus jep..jgn jd cam zizan
Quote mimiko 11-2-2015 09:17 AM
steady jep! maintain humble ok #isupport
Quote shanew3stga1z 11-2-2015 09:17 AM
bday jep bila?
Quote Lorra2411 11-2-2015 09:19 AM
yang offer tu confirm Astro. Jep memang humble gila, jangan jadi macam Zizan ye. Teruskan perjuangan anda Jep
Quote kiss_darr 11-2-2015 09:23 AM
tak sangka plak jep rapat dgn angah raja lawak.... tp napa masa MLM 2014 hari tu tak ajak angah join sepahtu?
Quote siape_aku 11-2-2015 09:26 AM
angah kan housemate die...
Quote mimiko 11-2-2015 09:27 AM
nampak jep ngam dengan shuib je. kalau ganding dengan orang lain mesti macam kekok
Quote skun 11-2-2015 09:31 AM
Jep sekarang nampak fake sangat bila bercakap. bukan mcm jep dulu dulu masa dgn sepah and mamat
Quote awanearisu 11-2-2015 09:34 AM
bagus tak lupa keluarga.. dan yang penting, jangan la terlibat dalam MLM
Quote lolali 11-2-2015 09:37 AM
dia mmg humble kan.  apa yg fake nya?
Quote lavender_aqua 11-2-2015 09:46 AM
kiss_darr replied at 11-2-2015 09:23 AM
tak sangka plak jep rapat dgn angah raja lawak.... tp napa masa MLM 2014 hari tu tak ajak angah join ...

tak salah pernah baca, angah mmg tak mau masuk MLM



Quote blackred99 11-2-2015 09:49 AM
bagus la camtu, skang pun dah cukup kaya.
Quote azwana_alia 11-2-2015 09:53 AM
so artis residen astro sebenarnya untuk Jep tapi bila dia tolak..astro offer Zizan?
Quote Denco 11-2-2015 09:53 AM
jep ni aku rasa klu kat luar pn sama je mcm dia melawak

baguslah jep...ambik teladan pelawak2 lain yg cepat naik cepat juga turunnya

biarlah konsisten sederhana tp berpanjangan

aku x nampak mana fake nye si jep ni

dr si zizang yg dah bajet urban tu
Quote siape_aku 11-2-2015 09:57 AM
skun replied at 11-2-2015 09:31 AM
Jep sekarang nampak fake sangat bila bercakap. bukan mcm jep dulu dulu masa dgn sepah and mamat

die berubah ke arah positif ko kate fake....
Quote maplesue 11-2-2015 10:00 AM
Teruskan humble ye jep
Quote bulalof 11-2-2015 10:02 AM
siape_aku replied at 11-2-2015 09:57 AM
die berubah ke arah positif ko kate fake....

you love bad boy eh?
Quote kintan 11-2-2015 10:05 AM

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.114470 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top