PETALING JAYA: Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri. Jaafar, 64, berkata, dia sedikti pun tidak terkesan dengan hinaan berkenaan kerana sudah lali dengan pelbagai tohmahan sepanjang bergelar artis. “Saya nak pesan di sini, saya ni orang tua. Bila nak cakap sesuatu, nak kata sesuatu, fikirkanlah dahulu kata-kata itu,” ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Jaafar berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan seorang personaliti hiburan popular mencercanya di laman Instagram dengan memanggil Jaafar sebagai bapuk tua selain meyamakannya dengan anjing. Jaafar Onn sudah lali dengan hinaan orang. Personaliti berkenaan dikatakan berbuat demikian selepas mengesyaki Jaafar telah melakukan perbuatan syirik dengan menyihirnya. Malah personality itu turut memuat naik gambar Jaafar sedang bermain buih sabun dengan kapsyen seolah-olah jijik dengan perbuatan itu. Bagaimanapun gambar dan status berkenaan telah dipadamkan tetapi telah menjadi viral di Internet. Dalam pada itu Jaafar berkata dia mengetahui mengenai status hinaan itu selepas dimaklumkan seseorang selain dihubungi ramai wartawan mengenai isu itu. Kata Jaafar, dia sudah lama tidak berurusan dengan personality berkenaan dan terkejut bagaimana boleh timbul isu kononnya dia menyihir individu tersebut. Kata Jaafar, tiada sebab dia hendak menyihir artis berkenaan kerana mereka tidak bersaing dan masing-masing tidak mempunyai apa-apa kepentingan. “Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” katanya. Tambah Jaafar lagi, dia berserah kepada Allah untuk memberi petunjuk kepada personaliti tersebut agar insaf dengan perbuatannya itu.
|
Pelakon Jaafar Onn meminta selebriti yang menghinanya dengan memanggil dia sebagai ‘bapuk tua’ agar insaf dengan perbuatan itu kerana ia mencerminkan kelemahan diri sendiri.
“Apa tujuan saya nak sihirkan dia? Siapa dia? Saya tidak pernah ada apa-apa urusan dengan dia pun? Jadi perlukah menuduh saya sedemikian rupa. Saya bersumpah tidak melakukan perbuatan itu,” katanya.
toxicated replied at 18-2-2015 02:27 AM
Ntah2 ustaz tu sebenanye ckp aa santau diri sendiri.maybe clue ustaz ni bapok tua kot..tp aa salah p ...
enchikfitz replied at 17-2-2015 05:23 PM
Meols percaya jah JO ni baik. Tak santau orang. Sebab bila tgk dia je, nmpk la dia ni jenis humble g ...
aireen24 replied at 18-2-2015 07:53 AM
Dia ni biasa jr. Kalau sapa dia, dia elok jr layan, walaupun bukan peminat dia.
Anak dia jadi p ...
ADVERTISEMENT