CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Arif Dollah menipu Tegar

19-2-2015 11:39 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 67757| Komen: 272

Actually tak pasti citer Tegar ni boleh ke tak masuk Bod Gosip tempatan sbb nak masuk Gosip Antarabangsa macam tak seswai plak...walaupun retis Indonesia...tp si tegar ni lagi femes di Malaysia and Singapore jahh even sendu lagi kat negara sendirikk...    restukanlahh meols tepek kat Bod gOSIP Tempatan ni ye wahai para Momod ...
Tegar Ditipu Pengurus Baru Pula, Kini Kembali Mengemis?Penyanyi remaja Indonesia Tegar, ditipu bekas pengurus dan kini kembali hidup susah sehingga menyebabkan ibunya kembali menjadi pengemis jalanan. Umpama terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut naga, Tegar yang pernah ditipu pengurus lamanya, sekali lagi diperlakukan demikian, tetapi oleh pengurus baru dikenali sebagai 'A'. Menurut sumber yang juga bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naugan Tegar, penyanyi berusia 13 tahun itu kini hilang sumber pendapatan.

“Saya simpati dengan Tegar…Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi. Pasport tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’.

“Disebabkan itu Tegar tidak boleh ke mana-mana dan terpaksa menolak tawaran ‘show’ di Malaysia kerana tiada passport.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang…Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar,” luahnya kepada Astro Gempak baru-baru ini.

Tambah sumber lagi, ‘A’ seorang warga Singapura merupakan bekas pengurus kedua Tegar yang kini dipercayai berada di Kuala Lumpur.


“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu…Banyak duit Tegar habis disebabkan dia.

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.


“Tegar juga pernah beritahu kepada ibunya dia tiada wang kerana ‘A’ membelanjakan wangnya sesuka hati,” ujarnya.


Tambah sumber, kali terakhir Tegar kelihatan bersama ‘A’ ialah pada dua minggu lalu ketika dia menghantar  penyanyi tersebut pulang ke Indonesia.


“Dia hantar balik selepas sebulan ‘simpan’ Tegar di Malaysia tanpa kebenaran ibu dan syarikat rakaman di Jakarta.


“Sepanjang tempoh itu Tegar tidak dibenarkan menghubungi ibunya di kampung dan ‘A’ telah merampas telefon bimbit Tegar.


“Di Malaysia ‘A’ gunakan Tegar untuk kepentingan diri dia sendiri dan mencari populariti. Dia pernah bawa Tegar menumpang rumah beberapa peserta program realiti lawak popular Malaysia sambil menjaja cerita-cerita bohongnya.

“Kepada ‘A’, sudah-sudahlah menipu dan menganiaya orang lain...Pulangkan sahaja passport dan barangan peribadi berharga Tegar yang dilarikan sebelum tindakan diambil,” katanya mengakhiri perbualan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel yg berkaitan sebelum ini...:


Kehidupan penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar selepas bergelar artis tidak seindah seperti yang disangka apabila dia telah ditipu oleh bekas pengurusnya sendiri.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian memberitahu selain hanya diberi makan tempe dan tauhu, sumber kewangannya juga telah disekat.

“Saya tidak dapat membeli apa yang saya inginkan kerana bekas pengurus tidak memberikan wang kepada saya.

“Saya juga hanya diberi makan tempe dan tauhu malah saya telah dilarang untuk pulang ke kampung.

“Semuanya atas alasan supaya saya sentiasa ingat asal usul saya dari mana seperti sebelum saya bergelar penyanyi… Malah lebih teruk lagi semua wang hasil daripada titik peluh saya sendiri telah disekat,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul ‘Ke Mana Kasih Sayang’ di Hotel Seri Pasific bertempat di PWTC pada petang Rabu.

Namun penyanyi yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ ini boleh menarik nafas lega setelah bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu dan menguruskannya.

Sementara tu, menurut pengurus barunya Arif Dollah, sebaik sahaja dia mengetahui masalah yang dihadapi hatinya terpanggil untuk menolong penyanyi berusia 13 tahun itu.

Malah dia juga telah membaca kembali kontrak yang ditawarkan kepada Tegar dan mendapati ia tidak sah.

“Saya sebenarnya kenal Tegar agak lama sejak Disember tahun lalu apabila dia membuat penampilan pertama di Singapura... Waktu itu dia ada persembahan di sebuah expo.

"Jadi apabila mendapat tahu masalah yang dihadapinya, saya terpanggil untuk menolong dia… Saya rasa tidak patut apabila seorang anak kecil diperlakukan sebegini rupa.

“Dua bulan lalu saya melarikan Tegar ke Bandung selama seminggu sehingga bekas pengurus tersebut membuat keputusan tidak mahu menguruskannya lagi.

“Saya telah membaca semula kontrak Tegar dan mendapati ia tidak sah! Hal ini membuatkan masalah tersebut lebih mudah untuk diselesaikan.” jelasnya.

Tambah Arif lagi, kini Tegar tiada masalah untuk menggunakan wang hasil pencarian rezekinya malah dia juga telah membeli dua buah motosikal KTN Motocross selain beberapa bidang tana
h sawah untuk bapa tirinya serta memiliki tiga gitar akustik dan tiga ukulele.



1

Bagus
3

Marah

Terkejut
8

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaklehot 18-2-2015 05:30 PM
arif dollah kembar dollah cantek ker..
Quote batman_2007 18-2-2015 05:39 PM
Ada gambar si arif dollah tak
Quote md_nana 18-2-2015 05:40 PM
kaklehot replied at 18-2-2015 05:30 PM
arif dollah kembar dollah cantek ker..

Aku pon terus pikir dollah cantek.
Quote owhgee 18-2-2015 05:42 PM
kejinya lah pakdollahson nih, duit budak tuh pun nak ditipunya.
Quote sepitsiput 18-2-2015 05:43 PM
Tambah Arif lagi, kini Tegar tiada masalah untuk menggunakan wang hasil pencarian rezekinya malah dia juga telah membeli dua buah motosikal KTN Motocross selain beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya serta memiliki tiga gitar akustik dan tiga ukulele.


motip beli tanah utk bapak tiri? untuk mak x belikan ke? or utk diri sendiri?
Quote Lorra2411 18-2-2015 05:44 PM
Edited by Lorra2411 at 18-2-2015 05:46 PM

nak tgok muka Arif Dollah



dapat dari twitter beliau sendiri
Quote owhgee 18-2-2015 05:47 PM
Lorra2411 replied at 18-2-2015 05:44 PM
nak tgok muka Arif Dollah



Tak silap yg nih.
Quote qqOfficial 18-2-2015 05:49 PM


ni chuolssss  rupanyaaa Arif Dollah....ada khabar mengatakan heshe adalah makhluk 2 alam ...
Quote tanganbercakap 18-2-2015 05:50 PM
Bukanke tegar ni ade dtg mlm aritu...so mase tu  kot
Quote fazamania 18-2-2015 05:53 PM
qqOfficial replied at 18-2-2015 05:49 PM
ni chuolssss  rupanyaaa Arif Dollah....ada khabar mengatakan heshe adalah makhluk 2 alam ...

Muka macam pondan gemuk bottom jer.. Apa lagi Tegar , kasi report jelah dekat polis Malaysia.. Kasi ajar sama ini bapok pondan gemuk bottom
Quote cupu 18-2-2015 05:56 PM
katadah buat rumah utk mak..xkan la sekelip mata mengemismengemis..xdea saving lgsg ke....

ish...lantak ko la..lagipun aku xberkenan ngan tegar ni..nmpak galak jer...wlupun budak lg.
Quote cupu 18-2-2015 05:57 PM
katadah buat rumah utk mak..xkan la sekelip mata mengemismengemis..xdea saving lgsg ke....

ish...lantak ko la..lagipun aku xberkenan ngan tegar ni..nmpak galak jer...wlupun budak lg.
Quote batman_2007 18-2-2015 05:59 PM
Hitam ke putih ke semua org ble jd jahat termasuk bapuk gemuk pecah rumah bottom..
Quote kimsa-ra 18-2-2015 06:03 PM
iols xknal tegar ni.. trmsk la dollah
Quote helmiex 18-2-2015 06:07 PM
Kesian budak tu, baru je nak naik dah kena tipu.










Quote melinda_kerr 18-2-2015 06:10 PM
Rasa mcm tak logik jer.. Takde pekerjaan lainke selain mengemis? Duit2 yg dapat sebelumni buat apa? Klau dia ditipu kenapa ibu pulak nk mengemis. Siasat dululah cerita ni. Indon ni byk drama sinetron skit nk tagih simpati
Quote Toppaz 18-2-2015 06:44 PM
Perangai lahanat btul nipu duit budak2
Quote moocoww 18-2-2015 06:51 PM
Kalau citer ni benar...simpati sgt dgn tegar
Quote chaintea 18-2-2015 08:08 PM
Cam payah nk caya
Kita dgr pihak lg satu ye

Lihat semua komen(272)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.111803 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top