Majoriti Penghidap Hiv Akibat Seks CHERAS - Gejala seks bebas direkodkan sebagai penyumbang utama pertambahan pesakit Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (Aids) di negara ini. Pengarah Eksekutif Majlis Aids Malaysia (MAC), Roswati Abdul Ghani berkata, sehingga kini sebanyak 70 peratus kes direkodkan bermula dari golongan remaja belasan tahun sehingga golongan dewasa.
“Berdasarkan statistik, ia menunjukkan pertambahan yang amat membimbangkan, kita sering menganjurkan kempen kesedaran terutamanya di kalangan belia. “Jika dulu, sebanyak 70 peratus pesakit HIV dan Aids adalah dalam kalangan penagih dadah, tapi sekarang jumlah yang sama melibatkan seks bebas,” katanya ketika program Kesedaran Awam Terhadap HIV dan Aids anjuran Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1Malaysia (KER1M) di sini semalam. Hadir sama dalam majlis itu Pengerusi KER1M, Datuk Ranjith Raja.
Mengulas lanjut katanya, pencegahan awal sangat penting memandangkan generasi muda kini terdedah dengan pelbagai gejala sosial yang membimbangkan. “Kita mahu penglibatan dan sokongan masyarakat dari pelbagai agama dan bangsa dalam aktiviti memerangi masalah HIV dan Aids. “Dengan aktiviti sebegini, masyarakat didedahkan dengan amalan gaya hidup sihat,” ujarnya. Terdahulu dalam program yang sama, wakil dari MAC, Surain Victor menyampaikan ceramah berhubung faktor yang boleh mengakibatkan seseorang mendapat HIV. |
14
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
8
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT