CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Khai & Rosma Buka Kafe Bukan Kerana Sudah Tidak Laku

3-3-2015 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14467| Komen: 73

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) iaitu Khai dan Rosma memberitahu keputusan mereka membuka kafe iaitu CoffeRich Cafe bukan disebabkan kerjaya seni mereka semakin suram.

Khai yang juga suami kepada Rosma memberitahu, sejak dahulu lagi mereka berdua sangat berminat untuk menceburi bidang perniagaan namun hasrat itu terbantut kerana sibuk dengan bidang nyanyian dan baharu kini impian itu terlaksana.

"Sejak keluar daripada Akademi Fantasia lagi kami sudah memasang angan-angan untuk menceburi bidang perniagaan tetapi ketika itu sibuk dengan aktiviti seni membuatkan perancangan itu tergendala.

"Keputusan buka kafe ini kerana minat dan bukannya disebabkan oleh kami sudah tidak popular.

"Kami masih lagi aktif dalam bidang seni dan biarpun tidak tampil dengan produk baharu tetapi undangan nyanyian masih ada seperti dahulu," katanya kepada mStar Online.



CoffeRich Cafe mula beroperasi sejak 15 Januari lalu.

Pasangan itu ditemui pada majlis pelancaran kafe berkenaan yang terletak di pusat beli-belah AEON Cheras Selatan di sini pada Ahad.

CoffeRich Cafe beroperasi sejak 15 Januari lalu menjual 26 jenis minuman 'ice blended' selain seleksi makanan seperti nasi lemak, sandwich dan sosej.

Dalam pada itu, Khai berkata, menariknya mengenai minuman kopi yang dijual di kafe tersebut, dia menggunakan sepenuhnya produk keluaran tempatan iaitu Kopie Satu yang dijamin bermutu tinggi dan halal.

"Saya dapat bekalan itu daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan terkejut kerana kualitinya sangat baik setanding dengan jenama antarabangsa dan dijamin halal.

 


"Alhamdulillah maklum balas daripada pelanggan juga rata-rata menyukai kopi yang kami gunakan," katanya.

Sementara itu, Khai berkata, dia menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan CoffeRich Cafe berbentuk kiosk pada masa hadapan selain turut mengajak peminat atau orang ramai yang berminat untuk membuka perniagaan sepertinya.

"Buat permulaan saya ingin stabilkan kafe pertama kami dan Insya-Allah jika sambutan baik kami memang berhasrat untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan.

"Malah kami turut mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang ingin melabur membuka cafe seperti ini dan kami akan uruskan operasi kedai berkenaan," ujarnya.

10

Bagus
7

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SANKURIANG 2-3-2015 12:38 PM
Ok, next.....
Quote sayalala 2-3-2015 12:42 PM
maintain kurus si rosmah ni lepas berjaya kuruskan badan dulu..
Quote doubleA 2-3-2015 12:44 PM
oldebes khairosma!
Quote animcute 2-3-2015 12:46 PM
kiosk secara franchise...mcm idea jual gelang ke nanti?
Quote sepitsiput 2-3-2015 12:48 PM
apa pun tabik la laki bini ni gigih jua mencari rezeki... semoga sukses
Quote Caranthir 2-3-2015 12:51 PM
bisness nipu jual gelang pun diaorang gak kan dulu?
Quote bazinga 2-3-2015 12:55 PM
Kalu gune produk kopie satu ni ai rasa ok jek,, sedap jugak, n takla mahal sgt..
Dah lama betul ai tak pi aeon cheras selatan...theyols ni mmg tinggal dekat2 situ ke
Quote Suchi 2-3-2015 01:34 PM
bazinga replied at 2-3-2015 12:55 PM
Kalu gune produk kopie satu ni ai rasa ok jek,, sedap jugak, n takla mahal sgt..
Dah lama betul ai  ...

dorang duk pjaya kan? ke kt mana tah tp yg pasti memang area sekitar situlah
Quote bazinga 2-3-2015 01:36 PM
Suchi replied at 2-3-2015 01:34 PM
dorang duk pjaya kan? ke kt mana tah tp yg pasti memang area sekitar situlah

Oh ptjy ker..tak tahu plak...
Quote cemolot 2-3-2015 01:44 PM
yang penting toksah dah join mlm semua tu..
Quote bellamya 2-3-2015 01:44 PM
laaa...patut pun ternampak khai dgn anak dia kat aeon ni haritu...
khai pakai kopiah dgn kain pelekat...br kuar dari surau kat aeon...
rupanya kiosk ni khai dgn rosma punya...
nanti iols nak try beli...


pernah try minum kopie satu...mmg sedap
Quote buzzin_urban 2-3-2015 01:46 PM
laaahhhh.... dierang punya ke? patut la pi  Aeon CS, nampak khai kat kiosk tuu....
Quote chica_chica 2-3-2015 02:27 PM
ni mesti bersifu dgn dr azizang.....sebabtu nama produk pun mesti ada rich-rich gittew
Quote chica_chica 2-3-2015 02:28 PM
susah kan jadi hantu kopi.....banyak duit terbang beli kopi segera ni huhuhu
Quote liyamariska 2-3-2015 02:32 PM
ai tgk Rosma dlm gambar cam cantik berseri lak...
Quote rosasa 2-3-2015 03:02 PM
cantiknya rosma ... maintain kurus
Quote Mr.Virus 2-3-2015 03:13 PM
semoga sukses
Quote cayunk 2-3-2015 03:35 PM
Aeon CS..emm ok
Nexttt
Quote zafira 2-3-2015 03:42 PM
bagus....bagus dik... hopefully cafe ni sukses lah hendaknya...

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.157313 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top