CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Perselisihan Faham Lapan Tahun Hans Isaac Dan AC Mizal Berakhir

6-3-2015 09:49 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11880| Komen: 38

KUALA LUMPUR: Perselisihan faham yang tercetus sejak lapan tahun lalu antara pelakon dan penerbit Hans Isaac dan pengacara Datuk AC Mizal  berakhir apabila mereka setuju bersatu semula dalam pementasan teater adaptasi daripada filem Baik Punya Cilok yang akan dipentaskan pada 25 April hingga 1 Mei depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 44, berkata, mereka berdua sudah pun melupakan perkara yang sudah lama berlaku dan menganggap ia sebagai tindakan yang kurang matang.

"Kami tidak pernah berhubung selepas perselisihan faham terjadi iaitu kira-kira lapan tahun lalu yang mana kedua-dua ketika itu tidak matang lagi.

"Ketika Afdlin datang dengan idea untuk mementaskan teater daripada filem ini saya bertanya pendapat dia dahulu untuk berbaik semula dan mengajak AC bersama kami dalam pementasan ini dan dia sangat menyokong perkara itu," ujarnya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada sidang media pementasan teater Baik Punya Cilok yang diadakan di Lambang Sari, Istana Budaya, pada Khamis.

Perselisihan faham berlaku antara kedua-dua artis ini ketika menjayakan teater Cuci The Muzikal 2 pada 2010 apabila Hans memecat AC Mizal selepas pengacara itu melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksi teater tersebut.



Dalam pada itu, Hans berkata, dia kini berpengang kepada prinsip untuk memaafkan dan tidak mahu bermusuhan dengan orang lain sejak dua tahun lalu.

"Sejak dua tahun lalu saya sudah mula berpengang pada prinsip tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa tidak kiralah sama ada orang itu suka atau tidak pada saya.

"Di atas prinsip ini sudah tiba masanya untuk saya bertemu AC dan kami berbincang. Tambahan Awie dan Afdlin memberi sokongan. Filem ini sudah pun sepuluh tahun dan kami ingin imbau kembali kenangan itu bersama peminat melalui teater," katanya.

Sementara itu, AC berkata, dia terharu dengan sikap pelakon itu yang sanggup merendah diri dengan menghubunginya semula bagi meminta maaf dan perbaiki hubungan persahabatan mereka.

Katanya, dia sudah memikirkan perkara yang sama, namun berasa ragu sama ada pelakon tersebut ingin berbaik semula dengannya atau tidak.

"Pada mulanya saya terfikir sama ada Hans sudi untuk berbaik semula selepas apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur dia sendiri mempunyai rasa yang sama untuk kami berbaik semula," ujarnya.

Selain, Hans dan AC, pelakon utama dalam filem tersebut seperti Afdlin Shauki dan Awie turut menjayakan teater yang akan dipentaskan pada 25 April sehingga 1 Mei nanti di Istana Budaya.


5

Bagus
1

Marah
11

Terkejut
9

Sedih

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanganbercakap 5-3-2015 04:53 PM
Tak tau pun depa bergado gado...
Elokla dah berbaik...umo pun dah makin menua bukan muda lagi
Quote arira_arora 5-3-2015 04:55 PM
bile pulok dorg gaduh....
Quote tobobon 5-3-2015 05:07 PM
wartawan ni reti kira ker

start gaduh 2010, berbaik 2015, lapan tahun ker tu??
Quote kakasotong 5-3-2015 05:12 PM
Motipppp iols xtahu hans-ac gaduh?? Ketinggalan sungguh meols
Quote doubleA 5-3-2015 05:13 PM
kakasotong replied at 5-3-2015 05:12 PM
Motipppp iols xtahu hans-ac gaduh?? Ketinggalan sungguh meols

iols pun tak tau.
nampak sangat tak ambik tau hal theyols
Quote budakmanentah 5-3-2015 05:38 PM
gado time buat teater cuci musical kan?
Quote hotmak 5-3-2015 05:40 PM
baguslah dah berbaik wlupun iols tak tau dorang gaduh
Quote SyaAnis 5-3-2015 05:44 PM
Edited by SyaAnis at 5-3-2015 05:47 PM

memang ade kan gado2 dlu??

Kurang komitmen? Hanya AC Mizal yang boleh jawab!


AC & Hans perang dingin?


aku pun tak tau mana satu yang betul, ni la kot antara penyebab..

terkejut gak sebab ada gambar latest dorang berempat, awie-afdlin-hans-ac..
sebab setau aku hans-ac ada krisis sikit..
rupanya dah bermaaf-maafan..
bagusla gituh..
Quote sepitsiput 5-3-2015 05:45 PM
gaduh pasal AC bukak booth gelang kt istana budaya masa teater cuci the muzikal
Quote aderaderker 5-3-2015 06:00 PM
Dah 8 tahun ek?
Hepi aniverseri..
Quote de_ikea 5-3-2015 06:16 PM
iols suka cter baik punya cilok tu...
Quote toxicated 5-3-2015 06:38 PM
Booth gelang propa punya pasal seingat iols tp details tak hafal. Bukan wikipedia porem cari
Quote orglama 5-3-2015 06:45 PM
budakmanentah replied at 5-3-2015 05:38 PM
gado time buat teater cuci musical kan?

Yup...gadoh sb ac kiok nak bukak table jual gelang (heols kan tokey gelang time tu) kat lobi istana budaya time cuci the musical tp hans x kasi
Quote zhatul 5-3-2015 07:01 PM
Gado2 pn esok2 jumpa jugak

Bkn beso pn industri pilem Malaysia
Quote fezy 5-3-2015 08:17 PM
tobobon replied at 5-3-2015 05:07 PM
wartawan ni reti kira ker

start gaduh 2010, berbaik 2015, lapan tahun ker tu??

betul. wartawan sengal, editor pun sengal.
tapi kalau quote tu verbatim dr hans, hans pun sengal x reti bilang
Quote belilies 5-3-2015 08:23 PM
Apedaaa.. Bila nak buat film lg? Afdlin shauki ni klu buat film mmg best kretip citer dia.
Quote sepitsiput 5-3-2015 08:27 PM
fezy replied at 5-3-2015 08:17 PM
betul. wartawan sengal, editor pun sengal.
tapi kalau quote tu verbatim dr hans, hans pun sengal  ...

meols speku reporter yg bengap x faham statement hans "filem cuci pun dah 10 tahun" ... walhal ac-hans gaduh masa TEATER cuci the musical 5 thun lepas


pelakon plak, kalau refer bila diorg last belakon filem..mesti refer tahun pembikinan bukan tahun tayangan... hans ckp filem cuci dah 10 tahun pun x berapa nak tepat, filem tu klu x silap meols shooting antara 2006-2007, tp tayang tahun 2008.
Quote moocoww 5-3-2015 08:34 PM
Baru tau yg dorg bergado....eloklah dah berbaik2...
Quote af_mania 5-3-2015 09:38 PM
Mulanya rasa pelik dah 8 tahun berlalu?? Rasanya mcm baru 3,4 tahun yg lps.

Bila baca balik, konflik mula 2010 so baru 5 tahun la. Failed math upsr ke reporter tu?? Kalau +/-1 tahun boleh terima lagi.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.161548 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top