Video : "Apa Jadi Dbkl? Parking Dalam Kaw. Perumahan?
Mana taknya, ada pihak mendakwa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) galak menyaman kenderaan walaupun ia diparkirkan di kawasan yang tidak menganggu lalu lintas. Melalui ruangan Facebook, satu rakaman video menunjukkan dua penguatkuasa DBKL sibuk menjalankan tugas mereka menyaman motosikal yang diletakkan di bawah sebuah kawasan perumahan bertingkat. Dah kenapa pulak? Kalau dilihat melalui mata kasar, kenderaan-kenderaan ringan itu tidak melakukan sebarang gangguan mahupun merisikokan keselamatan lalu lintas kerana ia diletakkan di tepi koridor. Teringin juga nak tahu, apa yang menjadi punca pihak berkuasa menyaman kesemua motosikal itu, kan? Melalui video sama, kelihatan seorang lelaki cuba mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan tindakan DBKL itu, malah dia juga cuba membela pemilik kenderaan lain yang menggunakan ruang sama untuk meletakkan motosikal mereka. Namun tak dapat dipastikan apa yang dibualkan individu itu dan pihak DBKL kerana rakaman amatur tersebut kurang jelas dari segi audio. Apa-apapun, andai ia menjadi satu kesalahan, tak tahulah dekat mana lagi tempat yang sesuai untuk memarkirkan kesemua kenderaan itu. Diharapkan, ada pihak yang membuka mata dengan isu ini kerana mangsa utama sudah tentulah masyarakat berpendapatan rendah yang bergantung kepada gaji untuk menampung kehidupan seharian. Nampaknya, lepas ni masing-masing kena heret motosikal naik dan parking dalam rumah lah! - MYNEWSHUB.CC
|
16
Bagus |
9
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Crystars replied at 14-3-2015 08:53 PM
lenkali parking dlm umah, masuk dlm bilik tido dgn moto2 sekali....dh ada tempat parking pesal meny ...
ADVERTISEMENT