TAHNIAH! Isteri Ajak Shiro telah pun selamat melahirkan bayi perempuan tepat pada jam 1 petang, 25 Mac 2015. Alhamdulillah segala urusan berjalan dengan lancar walaupun sempat juga kami membaca kapsyen yang sangat menyayat hati menerusi post Ajak di laman Instagramnya. Bayi perempuan mereka ini merupakan cahaya mata yang ketiga buat pasangan ini selepas Mohd Jad Thaqif dan Mohd Had Thaqif. Apa yang menariknya ketiga-tiga anak Ajak Shiro dilahirkan pada tarikh yang sama bermula 25 Mac 2010, 25 Mac 2013 dan terbaru 25 Mac 2015. Sungguh bermakna tarikh 25 Mac ini buat pasangan Ajak dan isteri. Kat sini kami ingin berkongsi post Instagram Ajak yang sudah pasti membuatkan setiap pembaca terutama golongan wanita bergenang air mata. Mana taknya, betapa prihatin dan memahaminya seorang suami terhadap segala pengorbanan isteri. Jelas membuktikan betapa Ajak menyayangi dan menghargai isterinya.
“Sy cuma nk berkongsi perasaan ikhlas saya bila sy tgok wajah dia.. Dia minta nak baring atas peha.. Katanya lebih selesa..Sy sedih sgt rasa bila tgok muka isteri saya mcmni.. (ISTERI) mudah disebut tapi xsemua sedar apa mksdnya.. Ia bekerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Jam kerjanya tak berbatas. Ia bangun ketika siapapun di rumah belum bangun, mulai bekerja, memasak, membersihkan rumah, mencuci pakaian, lalu mengurus suami sebelum pergi kerja, mengurus anak-anak berangkat sekolah, ketika pakaian kering di jemuran ia akan mengangkatnya dan menyetrika dengan rapi… Ketika kita complain masakan dia xsedap.. Dia akan cuba bljr dari siapapon utk cuba hidangkan makanan yg sedap utk suami.. Meski laki-laki tak paham benar, tapi Allah Maha Mengerti, karena itulah ia memberi reward pada pengorbanan perempuan. Bagi yang meninggal karena melahirkan anak, Tuhan langsung memberinya syurga. Bagi isteri yang setia bekerja mengurus rumah tangganya, dengan sabar dan ikhlas, maka silahkanlah ia masuk surga dari pintu mana saja ia suka. Mulialah wanita shalihah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya. Jika ia wafat, Allah akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita shalihah digambarkan Rasulullah Saw. dalam sabdanya, “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah”. Sebagai suami baba doakan yg terbaik utk ibu… Jauh dalam sudut hati.. Baba doakan Allah akan janjikan syurga utk ibu nanti… Kerana ibulah isteri terbaik tanpa ibu sedar.. @afifahamin #doakandia #akukalah #sayaajakdansayatidaksombong” Sayu hati baca kapsyen bermakna ini. Wahai kaum lelaki ataupun suami, ketahuilah memang benar segala apa yang dinyatakan oleh Ajak Shiro. Begitulah rutin harian seorang isteri bagi menjamin keluarga bahagia. Oleh itu, janganlah sesekali melukakan hati kaum isteri dengan perbuatan-perbuatan yang tidak masuk akal. *Detik-detik sebelum isteri Ajak Shiro melahirkan anak mereka yang ketiga Kami mendoakan agar rumah tangga Ajak Shiro akan bertambah bahagia dengan kehadiran insan baru serta dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, Amin. |
cmf_premierleag replied at 26-3-2015 06:02 PM
caption yg ditulis oleh ajak ni haruslah membuatkan akak2 gemuk tudung fareeda muka berminyak berang ...
ADVERTISEMENT