Yatt Hamzah Kesal Failkan Cerai Terhadap Suami Yatt mahu peminat doakan kebahagaian rumah tangganya.
PETALING JAYA: Pelakon Yatt Hamzah menyedari tindakannya memfailkan kes perceraiannya adalah sesuatu yang tidak wajar kerana masalah rumah tangga yang dihadapi masih boleh diselamatkan. Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35, berkata, dia menyesali tindakan itu selepas pulang dari misi kemanusiaan di Syria pada akhir Februari lalu. "Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.
"Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti," katanya. Dalam pada itu, Yatt berkata, sepanjang berada di Syria, dia banyak bermuhasabah diri dan memperbaiki hubungan rumah tangganya semula. Jelasnya, dia kini melihat suaminya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat. "Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya. "Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri," katanya. |
10
Bagus |
11
Marah |
4
Terkejut |
16
Sedih |
2
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT