CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Vanidah Imran Dilucutkan Jawatan Daripada Seniman

16-4-2015 05:55 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12778| Komen: 38


Kemelut yang dihadapi oleh Persatuan Seniman Malaysia(Seniman) akhirnya telah terlerai apabila Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut sebulat suara menyingkirkan Vanidah Imran daripada terus memegang jawatan sebagai bendahari.


Menurut presiden persatuan Zed Zaidi, pelucutan jawatan itu adalah wajar kerana Vanidah telah gagal untuk mematuhi arahan jawatankuasa dimana beliau harus bertanggungjawab menyelesaikan gaji pekerja, bayaran sewaan, bil tertunggak serta perkara lain yang sedikit sebanyak mampu mencetuskan masalah dalam sistem pentadbiran Seniman.


Pelucutan tersebut dibuat atas sebab dia (Vanidah) tidak mendengar arahan jawatankuasa agar menyelesaikan bil tertunggak, gaji pekerja, bayaran sewaan dan lain-lain sekaligus meyukarkan pentadbiran Seniman.

Pada pendapat Zed Zaidi, untuk menjadi ahli dalam persatuan seseorang itu harus memberikan komitmen, bertanggungjawab dan tidak menyusahkan orang lain.


Prinsip dalam persatuan senang sahaja. Kita buat kerja sukarelawan dan jika tidak boleh memberi komitmen, jangan ambil tanggungjawab jika tidak mampu kerana ia akan menyusahkan semua orang. Kita mahukan AJK persatuan adalah individu yang boleh buat kerja dan bukan berdasarkan populariti.

Perbuatan Vanidah yang melarikan buku cek persatuan serta tetap berdegil untuk tidak memberikan kerjasama untuk mengeluarkan wang bagi beberapa proses penting telah mewujudkan konflik didalam ahli jawatankuasa Seniman.

Susulan perkara tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh Zed Zaidi di Balai Polis Taman Melawati dimana enam ahli jawatankuasa baharu Seniman iaitu ashidi Ishak (Pengerusi Biro Sukan & Sosial), Datin Sofia Jane (Pengerusi Biro Pelakon), Khir Rahman (Pengerusi Biro Pendidikan Seni & Latihan), Arash Mohd (Pengerusi Biro Pemantauan & Penguatkuasaan), Sharifah Amani (Ketua Biro Seniman Muda) dan Lisa Surihani (Pengerusi Biro Sukarelawan & Penajaan) telah mengeluarkan kenyataan kepada media dimana mereka mempertahankan tindakan Vanidah yang menyimpan buku cek tersebut.


Berikutan kes ini juga, suami Vanidah iaitu Rashidi Ishak telah menarik diri sebagai Pengerusi Biro Sukan & Sosial secara lisan dan masih belum menyerahkan surat rasmi kepada Zed Zaidi.


Jawatan bendahari kini diambil alih oleh pelakon Zarina Raja Lawak 5.

Sumber : BeautifulNara



Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 16-4-2015 11:42 AM
go zaidi go ......
somehow aku suka zed zaidi
walau kdang royanan dia kalah mak jemah
Quote spenderterselit 16-4-2015 01:53 PM
Sape zarina raja lawak tu...alahai
Quote cammie1711 16-4-2015 01:54 PM
Atas sebab ape sorok buku cek? kot ada penyelewengan buat je la repot
Quote doubleA 16-4-2015 02:24 PM
comelnya vee dalam gambo atas tu
Quote Syd 16-4-2015 02:26 PM
ada citer pasal neh. dan disambung dari thread kes report polis pasal vahidah lari dengan cek tuh
Quote maxim 16-4-2015 02:27 PM
Zarina raja lawak
Quote dalima 16-4-2015 02:30 PM
ingatkan gambo yg bwh tu iklan semata2...
Quote kenarikelabu 16-4-2015 02:59 PM
Zarina raja lawak....belakon drama tak masyuk, masuk raja lawak pun tak masyuk
Quote tomet05 16-4-2015 03:08 PM
zarina menyeksi gak ke tesco mutiara daman
Quote akuMNdia 16-4-2015 03:45 PM
setakat jawatan bendahari tu bukannyer boleh bawak masuk kubur pun..
Quote ThuLE 16-4-2015 04:09 PM
Tukar pucuk pimpinan.. mesti org bawahan x hepi la ty
Quote catalina 16-4-2015 04:52 PM
Syd replied at 16-4-2015 02:26 PM
ada citer pasal neh. dan disambung dari thread kes report polis pasal vahidah lari dengan cek tuh

Aper kes dia syd?

Tak kn curi kot??
Quote Syd 16-4-2015 04:57 PM
catalina replied at 16-4-2015 04:52 PM
Aper kes dia syd?

Tak kn curi kot??

helo sayam

tak tahu curi ke apa...

tapi bawak balik buku cek..

tak mo kerjasama

tu yang bil tertunggak, sewa tak bayar, gaji pekerja kantoi etc

mungkin niat dia baik

nak selamatkan duit seniman


Quote Madel 16-4-2015 05:03 PM
Si Vanidah ni pun, dah pegang jawatan..buat la kerja
Ni sampai tertunggak nak bayar bil air api, gaji pekerja...mmg tak patut la..
Kalau ada berlaku penyelewengan..buat la report polis..ni duk senyap membisu pasal apa pulak


Si Zaidi pun satu hal....entah sapa aje si Zarina Raja Lawak ni..nak lantik AJK pun jgn la main bidan terjun tenguk muka si Zarina ni cam tak sekolah tinggi je..
Quote toxicated 16-4-2015 05:20 PM
Celah mana la dpt zarina raja lawak tu.
Quote zoe1511 16-4-2015 05:23 PM
macam main tangkap muat aje amik Zarina tu jadi bendahari. asal ada jadi lah
Quote kenarikelabu 16-4-2015 05:25 PM
Madel replied at 16-4-2015 05:03 PM
Si Vanidah ni pun, dah pegang jawatan..buat la kerja
Ni sampai tertunggak nak bayar bil air api, ga ...

Mmg skolah tak tinggi pon....haha
Quote Madel 16-4-2015 05:26 PM
kenarikelabu replied at 16-4-2015 05:25 PM
Mmg skolah tak tinggi pon....haha



.pandai aku meneka...
Wakakakaka
Quote AprilLova 16-4-2015 05:59 PM
zarina ni zarina af2 lalu masuk raja lawak ke?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.197791 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top