Doktor, Artis Antara Peserta Kilauan Emas Musim Kelima KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang peserta dipilih daripada enam buah lokasi seluruh Malaysia untuk bersaing dalam program realiti Kilauan Emas musim kelima yang bakal membuka tirai pada 15 April ini. Tiga daripada 10 peserta tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang seni selain seorang pegamal perubatan. Mereka ialah Wan Muhammad Logan, 44, berasal dari Johor, pernah bergelar penyanyi dengan nama komersialnya, Elji dan merakam sebuah album terbitan Polygram Record Selain itu, Shahrul Zaman Kamaludin, 49, dari Kuala Lumpur adalah seorang pelakon dan merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Along Kamaludin. Manakala, seorang peserta wanita berasal dari Selangor Nurashikin Ibrahim, 46, adalah seorang doktor. Ketua Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi, berkata, pemilihan sepuluh peserta itu adalah berdasarkan penilaian bakat secara keseluruhan yang dilihat ketika sesi uji bakat. Wan Muhammad Logan atau sebelum ini dikenali sebagai Elji pernah merakamkan album suatu ketika dahulu. "Sejujurnya, calon-calon peserta yang hadir sewaktu sesi uji bakat yang lalu secara keseluruhan lebih bersedia daripada tahun sebelum ini. "Sepuluh peserta ini mempunyai personaliti yang unik dan dilihat mampu memberikan warna dan saingan dalam pertandingan ini," ujarnya kepada mStar Online. Azlin berkata demikian pada sidang media memperkenalkan barisan peserta Kilauan Emas 5, di Hard Rock Cafe, di sini, Rabu. Program tersebut bakal disiarkan secara langsung selama tujuh minggu, setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135). Sementara itu, tujuh peserta lain ialah Mursalim Muhidin, 44, dari Sabah, Wan Mohd Hasbi, 40, (Kedah), Dzulkifli Jalil, 54, (Selangor) dan Hassan Idris, 68, (Kuala Lumpur). Peserta wanita pula Hazlina Wati Zainuddin, 42, (Johor), Noor Hayati Slamat, 54, (Perak), dan Norasmah Ibrahim, 51, (Perak). Nurashikin Ibrahim merupakan seorang doktor. Penyanyi Datuk Hattan dan Erra Fazira dilantik sebagai juri tetap rancangan tersebut. Sementara, penyanyi Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi dilantik sebagai tenaga pengajar. Azlin berkata, Kilauan Emas 5 masih mengekalkan format asal dalam pemilihan pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton. Juara Kilauan Emas 5 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara menerima RM50,000 dan trofi, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing memenangi wang tunai RM30,000 dan RM10,000
|
NazilaSK replied at 20-4-2015 11:50 AM
Kak Asmah, I miss your mee rebus
Kak Asmah jangan joget lelebih ya
kiyudi replied at 20-4-2015 11:56 AM
kak asmah yg menege gerai nasik lemak tu ker??
dia mak asmidar mentor ke?? ada dgr masa profile ...
putehkundor replied at 20-4-2015 12:05 PM
Pak hassan umur dah nak masuk 70 tapi gigih lagi...
Jgn time tarik suara keluar kahak sudah.
tanganbercakap replied at 20-4-2015 12:11 PM
Kahak???loya tekak tetibe...
tengok aritu yang nyanyi lagu dangdut tu bukan main lagi bergiyang
putehkundor replied at 20-4-2015 12:05 PM
Pak hassan umur dah nak masuk 70 tapi gigih lagi...
Jgn time tarik suara keluar kahak sudah.
kiyudi replied at 20-4-2015 12:18 PM
pak hassan yg hensem2 sket tu kan? dia wat show kt oversea ke??
pastu acik yg goyang dangdut tu ...
Amina_Mirza replied at 20-4-2015 11:34 AM
iols malu tgk ontua terkinja2 uols, nak2 makcik2 yg bertudung & kertu bergelek2 bagai, haihhhh ke io ...
espri6006 replied at 20-4-2015 12:20 PM
uols..I highlightkan yang si Elji@LOGAN dulu kang satu bumbung dengan erra fazira kat polygram, pern ...
espri6006 replied at 20-4-2015 12:20 PM
uols..I highlightkan yang si Elji@LOGAN dulu kang satu bumbung dengan erra fazira kat polygram, pern ...
ADVERTISEMENT