CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Garis Panduan Jakim Asingkan Pononton Konsert Tak Masuk Akal – Datuk Freddie

21-4-2015 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7733| Komen: 38

Garis Panduan JAKIM Asingkan Pononton Konsert Tidak Masuk Akal – Datuk Freddie



KUALA LUMPUR, 19 April: Garis panduan baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan perlu dipertimbangkan semula kerana ianya akan menjejaskan industri muzik tanah air.

Freddie berharap perkara itu dapat dipertimbangkan kerana negara mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata panduan itu akan memberi impak negatif kepada perjalanan seni khususnya kerana pengunjung akan teragak-agak untuk menyaksikan konsert.

“Ia akan jejaskan industri muzik, ramai pengunjung tidak akan datang.

“Tanpa peraturan pun artis dah kurang buat konsert apatah lagi jika dikenakan peraturan seperti itu”, katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Jelas Freddie, panduan itu turut dilihat tidak masuk akal sekiranya perkara itu dilaksanakan.

Ia termasuk pengunjung mempunyai hubungan keluarga berhasrat untuk melakukan aktiviti bersama dan terpaksa dipisahkan.

Katanya ia adalah sesuatu yang mustahil tambahan pula negara ini mempunyai pelbagai kaum dan budaya.

“Negara kita mempunyai masyarakat pelbagai kaum yang lebih sederhana, kalau ia dilaksanakan ia akan menggugat perjalanan konsert.

“Saya harap perkara ini akan dipertimbangkan.. cuba bayangkan kalau pengunjung diasingkan di Istana Budaya.. ini tidak masuk akal.

“Bagaimana pula dengan pengunjung bukan Islam? agama mereka tidak menghalang, begitu juga dengan pengunjung yang datang bersama keluarga”, katanya.

Terdahulu, JAKIM mengeluarkan garis panduan kepada semua penganjur acara hiburan tanah air termasuk penonton lelaki dan perempuan yang menyaksikan sesuatu acara hiburan atau konsert di tempat yang sama kini mesti dipisahkan.

Perkara juga telah diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 dan 11 Februari 2015.

8

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tigerads 20-4-2015 09:59 AM
x masuk akal dia komplen....
Quote pheonix84 20-4-2015 10:06 AM
nak duk Malaysia, ikut undang-undang Malaysia la tok..x blh bpisah, tgk konsert kt umah
Quote dalima 20-4-2015 10:07 AM
GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_hiburan_dalam_islam_2.pdf


GARIS PANDUAN HIBURAN DALAM ISLAM Edisi Kedua

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/garis_panduan_hiburan_dalam_islam_edisi_kedua_0.pdf

Quote monxys 20-4-2015 10:25 AM
Akal xmasuk
Quote HOTCILI 20-4-2015 11:06 AM
Akal dia mmg x masuk. Akal dia masuk air. Xde sensitiviti langsung.
Quote dalima 20-4-2015 11:10 AM
masuk je di akalku.. lagi suka kalo asing2 gini. tapi, i tak pegi pun konsert2, program2 gini.
Quote yusryimran 20-4-2015 11:28 AM
dia ni mcm mohon untuk dihencap hihihi
Quote elle_april 20-4-2015 11:35 AM
tapi kalau bapak nak teman anak remaja dia pi konsert ke.. abang ke nak teman adik gi konsert kpop, kena asing2 kan bahaya biar budak2 ni... aku dulu pun teman adik aku gi konsert kpop jgk. walaupun tak layan tapi haruslah teman.
Quote pheonix84 20-4-2015 01:31 PM
xyah teman abg, bg alasan bahaya sbb duk asing
lelama kpop pun x nk dtg dh

jimat duit abg beli tiket, akhlak adik terjaga

p/s : i minat kpop tp x hadap sgt nk ke konsert sbb x mampooo
Quote siape_aku 20-4-2015 01:38 PM
aku rase better buat etika pakaian....dada mesti tutup, kain x bole belah2... mesti bawah lutut utk non muslim...x bole tunjuk ketiak...sbb yg kertu pon gigih menayang asset yg berkedot!!!
Quote lkick2113 20-4-2015 04:20 PM
ah... dulu tahun60-90 an tak pulak macam ni tak dak hal pon...makin teruk talibannya malaysia ni....WTF??? pompuan afghan sekarang pun dah tak bakai burqa lagi dah...kita sibuk terap budaya taliban.
Quote tomet05 20-4-2015 04:34 PM
alahai .. jangan lah sensaikan snagat isu ni kan
Quote milot 20-4-2015 04:41 PM
bila nk implement? Xsaba nk tgk reaction pengunjung konsert. Nk bgus lg jgn gelap2, biar terang benderang lmpu spot lite..  ad yg jdik biol nti bukn freddie je tp forumer pon nmpk ad yg da biol har3
Quote kecikgurl 20-4-2015 04:43 PM
mohon bt garis panduan utk drama melayu dlu dan jugak cara pakaian retis2 melayu dlu
Quote MsCinderella 20-4-2015 04:47 PM
setakat nak asing2 pun jer..bukan tak bg datang terus..
tu JAKIM bkn cakap nak suruh haramkan terus..
Quote MsCinderella 20-4-2015 04:48 PM
ni termasuk rancangan anugerah2 la kan...
so lepas ni izaira dgn adib x leh duk sekali la
Quote net_level 20-4-2015 05:29 PM
jumud
Quote estrelle 20-4-2015 08:58 PM
benda yg baik pon nak hencap ke
Quote de_ikea 20-4-2015 09:02 PM
Iols mohon kebenaran/permit konsert liar atau parti liar yg penuh kesesatan sampai boleh menyebabkan kematian tu dihapuskan terus.

Iols pon cadangkan post party anugerah2 pon x perlu ada, jimat bajet chuols.

Iols pon cadangkan akta pakaian di tibi atau konsert atau anugerah utk wanita khasnya di wujudkan. Walopon designer2 hauk mst marah sbb tiada kebebasan berkarya katanya.
Cukup lah 3 dulu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.099225 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top