CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Ayda Jebat Sudah Beli Rumah Diusia 23

23-4-2015 09:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 33453| Komen: 155

Ayda Jebat Sudah Beli Rumah Diusia 23




Dalam usia semuda 23 tahun, Ayda Jebat sudahpun memiliki rumah sendiri.


Rumah pertama miliknya itu dibeli hasil daripada titik peluhnya dalam bidang lakonan.

“Adik beli rumah ni pada tahun lepas,” kata Ayda kepada Mangga Online.

Namun, aktres yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Adik ini tidak mahu mendedahkan rumah bagaimana yang dibelinya iaitu sama ada sebuah pangsapuri, rumah teres atau banglo.

“Tak payahlah cakap rumah macam mana yang Adik beli. Cukuplah kalau Adik cakap yang rumah ni terletak di KL,” jelasnya.

Ayda atau nama penuhnya, Nur Suhada Jebat memilih untuk memiliki rumah di Kuala Lumpur dan tidak di tempat asalnya iaitu di Melaka kerana ia akan memudahkan urusan kerjayanya yang bertumpu di ibu kota.

Bagaimanapun, Ayda memberitahu yang dia sering pulang menjenguk keluarganya di Melaka, setiap kali dia lapang daripada sebarang komitmen lakonan.




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 22-4-2015 05:15 PM
mane artikel psl dia bgtau dia beli umah???
Quote pocongkiutss 22-4-2015 05:18 PM
Salah ke dia citer?
Quote berun 22-4-2015 05:20 PM
kelip2_07 replied at 22-4-2015 09:15 AM
mane artikel psl dia bgtau dia beli umah???

Dalam usia semuda 23 tahun, Ayda Jebat sudahpun memiliki rumah sendiri.

Rumah pertama miliknya itu dibeli hasil daripada titik peluhnya dalam bidang lakonan.

“Adik beli rumah ni pada tahun lepas,” kata Ayda kepada Mangga Online.

Namun, aktres yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Adik ini tidak mahu mendedahkan rumah bagaimana yang dibelinya iaitu sama ada sebuah pangsapuri, rumah teres atau banglo.

“Tak payahlah cakap rumah macam mana yang Adik beli. Cukuplah kalau Adik cakap yang rumah ni terletak di KL,” jelasnya.

Ayda atau nama penuhnya, Nur Suhada Jebat memilih untuk memiliki rumah di Kuala Lumpur dan tidak di tempat asalnya iaitu di Melaka kerana ia akan memudahkan urusan kerjayanya yang bertumpu di ibu kota.

Bagaimanapun, Ayda memberitahu yang dia sering pulang menjenguk keluarganya di Melaka, setiap kali dia lapang daripada sebarang komitmen lakonan.

Ayda yang baru-baru ini memenangi dua anugerah di Anugerah Bintang Popular 2014 iaitu Artis Baharu Wanita Popular dan Gandingan Serasi Di Layar Kategori Online (bersama Zul Ariffin), akui yang dia sedang mengumpul aset secara sedikit demi sedikit untuk kegunaan di masa hadapan.

“Adik juga sedang berfikir-fikir apa yang Adik nak buat selain daripada berlakon.

“Bapa Adik pun ada cakap pasal hal ini. Tengoklah macam mana nanti. Mungkin kalau karier lakonan Adik dah stabil, baru Adik nak ceburi bidang perniagaan.

“Tapi rasanya, bukan sekarang. Adik tak nak terkejar-kejar sebab bidang lakonan ni pun memerlukan Adik untuk bekerja tidak tentu masa,” ujarnya lagi.

Ayda ketika ini sedang sibuk dengan penggambaran drama adaptasi daripada novel yang berjudul M.A.I.D.

Lakonannya juga kini boleh ditonton menerusi dua buah drama iaitu Isteri Separuh Masa (setiap Isnin, jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro Maya HD) dan Suami Sebelah Rumah (jam 6.30 petang di TV3).

Quote kelip2_07 22-4-2015 05:22 PM
TQ TT...
Quote berun 22-4-2015 05:23 PM

tak salah.. tapi artis ni kadang-kadang semua benda nak bagi tahu, beli rumah tu macam personalnya hal kut. Asal tak bagi tahu ayda jebat lupa flush' lepas berak di oldtown ayda jebat nak pasang astro ke.
Quote CrowneGlory 22-4-2015 05:24 PM
Big news what kalau retis beli rumah...dah menyewa je kerja dorg memanjang..mcm elfira loy pun bgtau jugak dia beli rumah
Quote sparkling_nonie 22-4-2015 05:24 PM
bagusnye muda2 da ada rumah sendiri
Quote Fainors 22-4-2015 05:27 PM
Aku dah nak dekat 3series pun tak mampu nak beli rumah lg.  Tahniah lah adik oi.
Quote bambimbom 22-4-2015 05:32 PM
bagusla muda2 dah ade umah sendiri... dia kena la bgtaw dia beli rumah kang orang kate ade org support pulak...
Quote Kak-Leen 22-4-2015 05:37 PM
Elok la belu rumah awal2 ni sementara ada income ..
Quote aderaderker 22-4-2015 05:47 PM
Elok la beli rumah dari beli bag gred AAA penuh lemari tp rumah pun sewa
Eh..
Quote daiman 22-4-2015 06:25 PM
aderaderker replied at 22-4-2015 05:47 PM
Elok la beli rumah dari beli bag gred AAA penuh lemari tp rumah pun sewa
Eh..

retis mana yg ko umpatkan tu nok..?
Quote cikperiukkera 22-4-2015 06:42 PM
Bagusla muda2 dah kumpul aset & igt masa depan... Jgn menyewa sampai ke tua.
Quote cindelira 22-4-2015 07:26 PM
Good la bli umah....
Quote chazey 22-4-2015 07:32 PM
Murah rezeki budak ni.

Antara budak AF yang aku tak sangka akan banyak job bila dah kuar AF.
Quote maxim 22-4-2015 07:52 PM
mesti la semua kene bgtau kalau x korg nak ngutuk ape lak kt bod ini???
Quote putehkundor 22-4-2015 08:06 PM
comel dia ni, macam rosnah mat aris
Quote mice_cheese 22-4-2015 08:07 PM
Bagus la..invest pd aset kekal..bagus adik.
Quote encikWawad 22-4-2015 08:26 PM
Baru berapa drama dah mampu beli rumah? Fish kek sangatty

Lihat semua komen(155)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.062822 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top