Wah...baru-baru ni Minah Gebu dapat desas-desus, bahawa diva bintang 80an yang terkenal, siapa lagi kalau bukan Rohana Jalil, sedang sibuk buat 'comeback' dalam industri hiburan tanah air dengan lagu baru. Katanya lagu baru tu adalah lagu hari raya...dan yang paling hangat sekali diperkatakan ialah, kali ini Rohana Jalil bukan muncul bersendirian, tetapi ditemani artis duet yang baru sahaja muncul di dalam dunia seni...katanya pucuk muda...bergetah lagi... Dan ada mulut-mulut nakal berkata jejaka tampan itu ala-ala 'anak ikan' gitu...haha, melihat susuk tubuh dan paras rupa 'pucuk muda' ini katanya memang 'senang jual' dalam industri hiburan kita, baru sahaja muncul dengan lagu single katanya penyanyi baru ini sudah dilamar beberapa penerbit untuk drama tv...hai...senangnya hidup... Penyanyi baru ni katanya juga seorang pereka dalaman yang tak kurang popular juga di dalam industri rekaan dalaman tempatan...iaitu Faizal Zain. Bagi Minah Gebu, Faizal agak bertuah apabila untuk single pertama sahaja sudah dapat berduet dengan diva...Rohana Jalil, bukan seperti sesetengah artis baru, yang bermandi peluh mengorak arus dunia seni yang penuh ranjau, dan ramai juga yang tak laku-laku..berbeza dengan perjalan karier Faizal apabila Minah Gebu diberitahu album penuh Faizal Zain ni bakal menggandingkan beliau dengan ramai penyanyi-penyanyi tersohor tanah air... Apa pun 'comeback' Rohana Jalil ini dilihat cukup menjadi apatah lagi bergandingan dengan pucuk muda, sekali gus mencipta kelompok peminat dari 2 generasi...siapa yang tak kenal dengan Rohana Jalil...nama besar dalam industri muzik, yang pernah mewarnai pentas akhir juara lagu dengan lagu berhantu 'Rayuanku'. Buat Rohana Jalil selamat kembali mewarnai dunia muzik tempatan, sudah pasti ribuan peminatnya yang sekian lama menanti buah tangan terbaru beliau bakal terhibur, buat Faizal Zain pula semoga pandai membawa diri dalam arus industri seni, apatah lagi orang seperti anda, yang bergitu cepat naik...jangan pula cepat 'mendongak ke langit'....cau....
|
belita posted on 18-6-2013 09:54 AM
Definisi anak ikan :
Anak ikan setahu aku lelaki muda yang menjadi simpanan wanita yang biasanya ...
ADVERTISEMENT