CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Penyanyi Faizal Tahir Kena Gam Oleh Media Prima?

18-6-2013 09:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 25657| Komen: 128



KL, JUN 2013: Mesti korang terkejutkan bila membaca tajuk di atas ni? Jangan kata korang, Murai Batu sendiri pun dah terkejut beruk bila dihubungi seorang teman yang sanggup memberi penjelasan panjang lebar tentang isu yang hangat ni.

Rasa macam tak percaya pun ada sebab apa yang Murai Batu tahu, Faizal Tahir bernaung di bawah label Monkey Bone yang juga milik kumpulan Media Prima? Jadi macam mana dia boleh kena gam dengan syarikat tersebut? Atas dasar apa?

Seperkara lagi yang menjadi tanda tanya, apakah ada surat hitam putih yang melibatkan Faizal Tahir digam oleh Media Prima? Tapi, kata teman Murai Batu, surat secara hitam putih memang tidak ada tetapi orang-orang di dalam Media Prima memang sudah pun maklum tentang hal itu.

Dan sebaik saja berkuatkuasanya arahan untuk menggam Faizal Tahir, beberapa acara yang melibat dia dengan Media Prima khabarnya telah pun dibatalkan secara tiba-tiba.

Hal itu juga membuatkan Faizal Tahir tertanya-tanya, apa yang menyebabkan beberapa acara itu dibatalkan dan khabarnya menerusi seseorang yang berada di dalam Media Prima, dia telah pun dimaklumkan tentang arahan tersebut.

Murai Batu tak pasti arahan tersebut datangnya dari mana tapi kata teman Murai Batu ianya melibatkan hal yang cukup tidak masuk di akal. Iaitu tentang isu politik. Hanya kerana Faizal Tahir menyuarakan pendapatnya, ada pihak yang tidak berpuas hati dan menyuarakan rasa tidak puas hati itu pada pihak atasan.

Jadi, dengan tidak semena-mena Faizal Tahir yang mendapat bahana. OMG! Murai Batu tak sangka ada orang yang sanggup main kotor macam ini. Please grow uplah!!

Sekarang ini, Murai Batu sedang tunggu penjelasan dari pihak Media Prima dan juga Faizal Tahir...



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 17-6-2013 08:37 PM
@cikmouse


Quote unguaurora 17-6-2013 08:38 PM
kes apa plak? psl komen twitter norman hr tu ke
Quote miracle_forever 17-6-2013 08:41 PM
Dia sokong pakatan meh? Ni mesti psl komen kt twitter masa nk pru hari tu
Quote hanezana 17-6-2013 08:43 PM
lbh tertarik nk komen psl nota kaki tu...bile plak Aishwarya tu dtg msia?
Quote edoraixora 17-6-2013 08:45 PM
atopun pasal lagu yasin tu....reformasi ke ape ntah tajuknye
die terlibat jugak kan pembikinan lgu tu
Quote lotionmilo 17-6-2013 09:00 PM
hanezana posted on 17-6-2013 08:43 PM
lbh tertarik nk komen psl nota kaki tu...bile plak Aishwarya tu dtg msia?

last week.rancangan bella tuh ada interview dia
Quote lotionmilo 17-6-2013 09:03 PM
siannya Ft. sabar dan byk berdoa k!
Quote cikmouse 17-6-2013 09:08 PM
achik2009 posted on 17-6-2013 08:37 PM
@cikmouse

Ngarut...byk lgk kot retis2 murahan yg perlu dibanned..yg tangkap khalwat..dadah dll tuu suma dbiar lepas..aper kes..??????...
Quote bulanbulat 17-6-2013 09:10 PM
Kat twitter dia tulis something

'lepas ni nak guna nama Faizal Tahir TheBanned'
Quote alesandra 17-6-2013 09:13 PM
kalo psl kes tweet tu lebih pada dia membidas norman bukan pada bn pun.bangang ,haram jadah punya polisi.walau aku tak  minat FT aku harap dia jadi manusia yg berpegang teguh pada prinsip.bumi Allah luas.....
Quote Nham22 17-6-2013 09:14 PM
Bodoh sgt media prima ih..dari dulu suke nak banned artis kalau ckp pasal isu politik! Mmg bodoh sgt media prima ni..mcm bagus.. Padahal sikit punye bagus faizal tahur nie..artis yg telanjang xnak pulak banned...eeeeeeee bodoh betul la
Quote masterdyanna91 17-6-2013 09:15 PM
bulanbulat posted on 17-6-2013 09:10 PM
Kat twitter dia tulis something

'lepas ni nak guna nama Faizal Tahir TheBanned'

patut la pelik semacam nape mesti "the banned"?......
Quote achik2009 17-6-2013 09:16 PM
Faizal Tahir ‏@faizal_tahir            6h  
Im thinking that my next album should be titled FAIZAL TAHIR The Banned. Suits me well.

Faizal Tahir ‏@faizal_tahir              7h  
Goes to show nobody's perfect =)

Faizal Tahir ‏@faizal_tahir               7h  
Some peole are just plain stupid. Some people are just plain arrogant. But the worst is when theyre both and they dont even know it. Pity.

Quote achik2009 17-6-2013 09:21 PM
cikmouse posted on 17-6-2013 09:08 PM
Ngarut...byk lgk kot retis2 murahan yg perlu dibanned..yg tangkap khalwat..dadah dll tuu suma dbia ...

kan?.....tapi rasanya tak benar kot sbb lagu dia ada diputarkan kat radio hot fm pun....
Quote an2toncit 17-6-2013 09:22 PM
alesandra posted on 17-6-2013 09:13 PM
kalo psl kes tweet tu lebih pada dia membidas norman bukan pada bn pun.bangang ,haram jadah punya po ...

ada lagi dia tweet psl calon shah alam tu ....takpon psl dia join yassin buat lagu  reformasi
Quote alesandra 17-6-2013 09:23 PM
an2toncit posted on 17-6-2013 09:22 PM
ada lagi dia tweet psl calon shah alam tu ....takpon psl dia join yassin buat lagu  reformasi

owwhhh..psl dia tak pueh hati psl zul kulum jadi calon shah alam tu eh
Quote kak_sue 17-6-2013 09:29 PM
Tentu la kena banned....itu hari tak ikut pegi campen BN. Tengok berapa banyak artis beratur atur pakai Tshirt BN.....ambek gambar dgn PM....semua jaga periuk belanga dorang. Kan Normantakutpas@KRU dah bilang rejeki datang dari Kerajaan BN
Quote brownstone 17-6-2013 09:36 PM
Media prima punya non profesyenalism ni...agak2 kalau Aishah menang Parlimen itu hari...tv3 x mengaku lagu janji manismu menang juara lagu ke apa???

Quote apatah 17-6-2013 09:48 PM
Kesiam faizal. Mmg hancing lah medoa prima. Alaa baik kita boikot media prima pprt nih

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.171718 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top