Bertindak bagi pihaknya ialah Tetuan Hafarizam Wan (amp) Aisha Mubarak yang menghantar surat hari ini kepada Dow Jones, penerbit WSJ, meminta pengesahan tentang pendiriannya berkaitan dakwaan dalam artikel-artikel itu yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai.
Mereka berkata artikel-artikel itu mengandungi `a plethora of convoluted, scumlous and vague allegations against our client’ (pelbagai tuduhan yang berbelit, ofensif dan kabur terhadap anak guam kami).
Para peguam itu berkata: “Artikel-artikel berkenaan mencadangkan secara kolektif bahawa kamu tidak pasti akan 'sumber asal wang itu dan apa yang terjadi terhadap wang berkenaan' sementara dari satu segi, intipati keseluruhan artikel-artikel itu mencetuskan tanggapan jelas anak guam kami telah menyelewengkan kira-kira US$700 juta milik 1MDB.”
“Dalam keadaan ini dan demi kepentingan anak guam kami, kami berharap akhbar kamu yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa untuk tanpa ragu-ragu menyatakan dengan jelas sama ada adalah pendirian kamu yang anak guam kami telah menyelewengkan kira-kira US$700 juta milik 1MDB,”
Para peguam itu menuntut jawapan kepada surat berkenaan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.
sumber berita : BERNAMA