Oleh Izzah Abbasy
Biasanya kita dengar tips untuk cantik. Kali ini tips yang salah untuk cantik pula. Apa kena mengena dengan tips seperti ini? Ha, yang dimaksudkan dengan tips salah ini adalah anda terlalu percaya dengan setiap tips yang diberikan tanpa mengenalpasti kesahihan fakta yang diberikan. Jom, kenalpasti beberapa tips yang mungkin selama ini anda telah pun mencubanya. 1. Ubat gigi menyembuhkan jerawat. Memang betul ubat gigi boleh menyembuhkan jerawat tapi pastikan anda guna yang tanpa bahan pemutih kerana ubat gigi yang mengandungi bahan pemutih memberi iritasi kepada kulit. 2. Kosmetik semulajadi elak alergi. Bukan semua kosmetik yang menggunakan bahan semulajadi sesuai untuk kulit anda. Jadi, sebelum mencuba komestik pada wajah, sapukan sedikit pada belakang telinga. Kalau terasa gatal dan merah-merah, itu menunjukkan kulit anda sensitif kepada bahan yang terdapat produk komestik tersebut. 3. Kulit kering punca kedutan. Sebenarnya, faktor utama yang menyebabkan kulit berkedut adalah disebabkan oleh sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Jadi, pastikan anda menggunakan sunblock dengan spf yang tinggi supaya dapat melindungi kulit dengan lebih lama. Gunakan sunblock 20-30 minit sebelum keluar rumah bagi membolehkan krim meresap ke dalam kulit. 4. Rambut bercabang boleh diatasi dengan syampu. Syampu semata-mata sebenarnya tidak dapat mengatasi rambut bercabang. Gunakanlah kaedah yang lebih mudah iaitu memotong hujung rambut yang bercabang dan mencegahnya dengan rawatan rambut yang lebih baik. Selain itu, jangan terlalu terdedah di bawah sinaran matahari dan sesekali lakukan rawatan creambath di salun. 5. Rambut mudah rosak jika dicuci setiap hari. Mitos yang mengatakan bahawa mencuci rambut paling baik iaitu seminggu sekali adalah salah. Dalam persekitaran sekarang yang penuh dengan pencemaran, rambut yang dibiarkan tanpa dicuci selama seminggu, pasti akan membuat rambut semakin kusam dan rosak. Jadi, rajinlah bershampu dengan menggunakan shampu yang sesuai untuk digunakan sehari-hari. 6. Jangan gosok gigi terlalu kerap. Mitos ubat gigi jika digunakan terlalu kerap boleh menyebabkan gigi rosak. Sebenarnya hanya bahaya jika kita tertelan ubat gigi tersebut kerana ianya mengandungi fluoride yang berbahaya kepada organ badan. Jadi, auta yang mana satu yang pernah anda lakukan? Semoga tips ini akan buat anda lebih berhati-hati dan bolehlah sampaikan fakta yang betul kepada rakan atau saudara nanti. - CARI Infonet
|
14
Bagus |
8
Marah |
13
Terkejut |
9
Sedih |
7
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT