CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Yang Terancam Sangat, Wahai Melayu?

21-9-2015 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7861| Komen: 41



Oleh : TS LOO


Perhimpunan Rakyat Bersatu atau Perhimpunan Baju Merah yang berlangsung pada 16 September lalu, difahamkan sebelum ini, perhimpunan tersebut pada asalnya bertujuan untuk memartabatkan maruah Melayu.



Pihak penganjur berulang kali menekankan penganjuran perhimpunan adalah untuk memartabatkan maruah orang Melayu dan agama Islam, termasuk bertindak tegas ke atas mereka yang menghina orang Melayu dan agama Islam.


Namun demikian, dalam masyarakat orang Melayu wujud juga suara yang berlainan, yang mempersoalkan orang Melayu apa sebenarnya ancaman yang diperolehi? 


Pada masa yang sama, veteren UMNO Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar kumpulan Melayu yang tetap beranggapan maruah orang Melayu terancam adalah tidak masuk akal. 



Ini kerana bagi Tengku Razaleigh semua jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan dipegang oleh orang Melayu dan kumpulan terbabit juga diberi peringatan oleh beliau bahawa jangan terlupa bangsa lain di negara ini juga memberi sumbangan yang besar dalam pembangunan negara. 

Dalam laman sosial media Facebook baru-baru ini, terdapat seorang netizen berbangsa Melayu dengan nama Engku Nasrun memuat naik satu 'posting' dengan menyenaraikan 12 perkara yang menunjukkan bangsa lain sebenarnya bersikap toleransi dan rasa hormat ke atas orang Melayu, justeru Engku Nasrun menegur peserta perhimpunan Baju Merah: " Apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sangat kenapa?" 


sumber foto : akaun facebook Engku Nasrun



'Posting' berkenaan dimuat naik dalam masa hanya satu hari sahaja, sudah menerima 'share' daripada netizen lain berjumlah lebih tiga ribu orang yang rata-rata setuju dengan pendapatnya dan tidak kurang juga individu yang menghargai penulisan Engku Nasrun kerana telah secara terbuka menyatakan suara hati orang bukan Melayu.


Terdapat netizen yang tinggalkan mesej: "Orang Melayu yang bersikap benci dan menghina bangsa lain, sila sedarkan diri! Apabila Allah membawa kita ke dunia ini, Allah telah mengajar kita harus menghormati orang lain. Fikirkanlah, kalau anda sekarang seorang Melayu dan dilahirkan sebagai seorang bangsa Cina di Malaysia...bayangkanlah apa mereka terpaksa melalui untuk hidup di Malaysia.?" - CARI Infonet





14

Bagus
13

Marah
25

Terkejut
20

Sedih
21

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 21-9-2015 11:27 AM
entahla loo tung siang
aku pon.pelik lH...

skang bukan cm.dolu
cuma racist je masih ada di.kalangan kita
Quote Emperor95 21-9-2015 11:31 AM
Setiap tempat ada peraturan dan setiap negara ada undang2. Bagi mana2 bangsa yang menetap dinegara itu hendaklah mematuhi dan menghormati undang2 negara itu. Tidak perlu mencabar ataupun mempersoalkan undang2 negara tersebut.
Janganlah membuat provokasi bodoh yang hanya menyusahkan masyarakat didalam negara itu.
Quote chinta89 21-9-2015 11:31 AM
terncam dlm diam agaknya...
Quote dizek 21-9-2015 11:39 AM
the chinese dilemma
Quote DeMax 21-9-2015 11:47 AM
Emperor95 replied at 21-9-2015 11:31 AM
Setiap tempat ada peraturan dan setiap negara ada undang2. Bagi mana2 bangsa yang menetap dinegara i ...

Habih umah pendatang Jawa, Bugis, Sulik dll yg datang tak diundang tu mcmmane? Dah la pendatang buat kacau pulo
Quote ifanonline 21-9-2015 11:48 AM
bukan melayu terancam...tapi umno terancam....cina dan india pun dah ditch mca dan mic
Quote Mary_jane 21-9-2015 11:50 AM
'Mau protect la, protext, kotex la kotex. Tara tau ka?' Bak kata namawee tokok.
Quote Emperor95 21-9-2015 11:53 AM
DeMax replied at 21-9-2015 11:47 AM
Habih umah pendatang Jawa, Bugis, Sulik dll yg datang tak diundang tu mcmmane? Dah la pendatang bu ...

apa kena mengena dengan penyataanku itu
Quote wwwvvvwww 21-9-2015 11:55 AM
Mary_jane replied at 21-9-2015 11:50 AM
'Mau protect la, protext, kotex la kotex. Tara tau ka?' Bak kata namawee tokok.

nemewee tu apa ? Nama cina sendiri pun dia malu nak guna
Quote wwwvvvwww 21-9-2015 11:59 AM
Nukilan orang picisan pun mau dijadikan isu semasa
Quote prettyuglybabe 21-9-2015 12:16 PM
ada point yang setuju dan ada point yang tak setuju..
Quote zzola 21-9-2015 12:18 PM


cina akan take over
tanah malaya katanya

katanya laaaahhhhh

Quote MeghanK 21-9-2015 12:20 PM
dear mr loo, topic ni dah banyak sangat orang bukak thread..tak larat nak ulang ayat yg sama dah
Quote dondangdendang 21-9-2015 12:50 PM
byk pulak org buka thread yg sama..... xpa la...iols layan jer +1
Quote lavatrade 21-9-2015 12:52 PM
tahap loo punyer thread...



Quote bluehedgehog 21-9-2015 12:52 PM
Emperor95 replied at 21-9-2015 11:31 AM
Setiap tempat ada peraturan dan setiap negara ada undang2. Bagi mana2 bangsa yang menetap dinegara i ...

termasuk parti pemerintah kn, walaupun dikatakan pemimpinnya ialah melayu dan beragama islam
tapi hukum islam langgar juga
Quote bluehedgehog 21-9-2015 12:53 PM
wwwvvvwww replied at 21-9-2015 11:55 AM
nemewee tu apa ? Nama cina sendiri pun dia malu nak guna

apa pula wwwvvvwww

Quote mohdcrow 21-9-2015 02:08 PM
umno yang terancam...
Quote giyomi 21-9-2015 03:55 PM
Rata2 baju merah aritu mempertahankan dewa dan dewi 2.6 mereka jew

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.117375 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top