CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duta China Jangan Campur Hal Dalaman Malaysia - Veteran Umno

28-9-2015 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9710| Komen: 79


Sumber foto : freemalaysiatoday


SHAH ALAM - Veteran Umno berharap Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang tidak cuba campur tangan bersabit urusan dalaman di negara ini.

Setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub berkata, hal ini kerana, hal melibatkan negara ini, biarlah ia ditangani oleh kerajaan Malaysia sendiri.

"Veteran memberi amaran kepada Duta China di Malaysia supaya jangan cuba menjadi 'god father' kepada orang Cina Malaysia.

"Sikap duta itu amat kurang ajar dan cuba campur tangan urusan dalaman Malaysia. Kenyataan itu juga berunsur provokasi dan membangkit rasa perkauman di kalangan orang Cina dan Melayu dinegara ini.

"China tidak ada hak untuk campur tangan dalam apa masalah yang timbul di antara kaum di negara ini. Cina di negara ini mereka rakyat Malaysia. Bukan rakyat China. Jadi atas alasan apa Duta China itu mengeluarkan amaran dan mengugut Malaysia? Apakah duta itu mengaggap Cina rakyat Malaysia masih rakyat China?,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapha berkata, oleh itu Dr Huikang janganlah "bermimpi di siang hari" kerana masyarakat Cina di Malaysia bukanlah rakyat China sebaliknya Malaysia.

"Cina Malaysia adalah rakyat Malaysia dan bukan rakyat China. Jangan cuba untuk menunjuk kuasa sebagai penjajah," katanya.

15

Bagus
17

Marah
16

Terkejut
16

Sedih
21

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 28-9-2015 05:29 AM
Penyibuknyer Cina bukit di sana nun.. dia tak tau ke Cina Malaysia ni high class?
Quote sukacactus 28-9-2015 06:55 AM
Cina malaysia pun nyampah dengan cina mainland...huh!
Quote cinamedun 28-9-2015 06:58 AM
cina aja dah berani nginjak2 malaysia gan
Quote yusryimran 28-9-2015 07:07 AM
mana2 cina yang x suka ddk msia boleh balik ke mainland... kau tgk nasib kau mcm mana ddk @ sana.
Quote alieyrina 28-9-2015 07:18 AM
Ehh bukan hampa ka yg halau cina2 mesia suruh depa balik mainland...xpaham aku  
Quote kudajantan77 28-9-2015 07:31 AM
Edited by kudajantan77 at 28-9-2015 07:32 AM

Ketuanan Indon ditampar ketuanan apek...rakyat Malaysia tepuk dahi...
Quote Pajeri_Nenas 28-9-2015 07:32 AM
Edited by Pajeri_Nenas at 28-9-2015 07:41 AM
alieyrina replied at 28-9-2015 07:18 AM Ehh bukan hampa ka yg halau cina2 mesia suruh depa balik mainland...xpaham aku
???????apa relation dgn masuk campur? Tp kalau dah cakap melayu pun tak tau elok get loss la
Quote bluehedgehog 28-9-2015 07:46 AM
begitu cepat sentapnya melayu umno
Quote chinta89 28-9-2015 07:47 AM
menangguk di air keruh...
Quote wwwvvvwww 28-9-2015 08:52 AM
Ferr_Remy replied at 28-9-2015 05:29 AM
Penyibuknyer Cina bukit di sana nun.. dia tak tau ke Cina Malaysia ni high class?

High class la sangat
Quote wwwvvvwww 28-9-2015 09:01 AM
Duta china pergi bela nasib ayam mereka di serata Malaysia ini sudah la
Quote primemova 28-9-2015 09:27 AM
Kalau mcm tu better duta china bawa mereka pulang ke tanah besar
Quote alesandra 28-9-2015 09:29 AM
bodoh betul puak2 paranoid neh
Quote mawar_pink 28-9-2015 09:48 AM
Dah kenape duta china ni sibuk2 pasal cina Malaysia?? Kalo kalo anggap cina mesia mcm Rakyat china...amik LA...amik semua bwk blk mainland...
Quote sriwanis 28-9-2015 10:08 AM
Seeloknya jgn masuk campur....klu bekerjasama soal pati2 dr china ni lg bagus....
Quote Emperor95 28-9-2015 10:14 AM
Kuasa besar dunia mula menanguk di air yang keruh berkenaan situasi ketegangan antara kaum di Malaysia.

Ntah2 ada pihak2 di Malaysia sendiri yang menjemput mereka.
Quote bluehedgehog 28-9-2015 10:26 AM
macai2 yang bodoh seperti di atas2 tgo cite sebelah umno lpas tu da keluar fatwa2...
Quote huhuha 28-9-2015 10:32 AM
Kalau kebanyakan CARI member di sini tidak tahu menapis info, senang-senang menari mengikut rentak orang politik, dan kalau ia juga merupakan tahap mental majority rakyat Malaysia, maka memang "layak kita jadi sebuah Negara yang mundur".

Bagi saya, Malaysia sekarang ini dalam satu "medan pertempuran"  bagi dua golongan, satu golongan bermati-matian mempertahankan hak mereka ambil  wang dari mesin ATM  sesuka hati, menjaga kepentingan diri, tidak bermaruah asalkan ada wang dan kuasa, mempermainkan  isu walaupun tak kisah mengancam kemajuan, tidak berakal dan tak bole berfikir rasional.........tetapi golongan ini memang fikir mereka betul dan semua orang salah. Kalau terjatuh pun, bukan salah diri, itu semua pasal orang lain, salah oprang lain, mempunyai keyakinan rendah, senang-senang saja ingat diprovok dan menyalak tanpa tujuan......mungkin ini dikatakan dalam dunia Arab...Kejahilan sebelum Islam...

Satu golongan lagi  merupakan golongan yang lebih berpandangan jauh, tahu implikasi sesuatu isu terhadap kemajuan negara, lebih bijak dalam mengurus ekonomi, mempunyai toleransi yang lebih tinggi, berusaha membetulkan keaadaan, lebih keyakina........

Ini bukan soal perkauman, ini soal mentality dan cita rasa dan impian terhadap sesebuah Negara.   
Quote huhuha 28-9-2015 10:42 AM
Orang yang hidup dengan gunakan kuasa ialah orang yang paling gila kuasa dan takut kehilangan kuasa, kerana tanpa kuasa, mereka tidak dapat hidup.

Dengan lain kata, orang yang gila kuasa biasanya tidak berkeyakinan dan tidak berkemampuan, terpaksa hidup menggunakan kuasa. bukannya gunakan kemampuan.

Simulasi ialah seorang anak tycoon yang tiada kemampuan  menjadi pengurus kerana kuasa bapa. biasanya dia akan berlagak sombong bodoh, dan mengucar-kacirkan syarikat.

Lain pula kalau anak tycoon ini berkemampuan, maka dia akan berkeyakinan dan lebih merendah diri, isu"ketuanan" atau "aku boss"tak akan selalu terlintas dalam otak pemikirannya.

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051307 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top