Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida baru-baru ini menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya iaitu Kacak dan Cik B. Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Cik B memuat naik video ‘room tour’ hotel tempat mereka menginap di Makkah. Cik B menunjuk beberapa ruangan seperti ruang tamu, dapur, tempat mencuci pakaian dan bilik. Paling menarik perhatian adalah bilik Cik B yang mempunyai tingkap yang menghadap Masjidil Haram. "Okay guys, hari ini kita review bilik kita di Makkah." "Cantik tak hotel Cik B di Makkah? Alhamdulillah, terima kasih mama."
Cik B kemudian bertanya kepada ibunya tentang kos penginapan untuk hotel tersebut sebelum Vida mendedahkannya. "Kita dah bayar untuk 10 hari RM220,000." Menjengah ke ruangan komen, video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata mengagumi kemewahan yang dimiliki keluarga Vida. "Aku kalau ada duit lebih macam ni, aku pun akan buat benda yang sama. Healing beribadah di Tanah Suci." "Sebab ni la nak kerja rajin-rajin untuk jadi kaya, nak beribadah dengan selesa. Tahap keselesaan kita mungkin tak sama tapi kita usaha insya-Allah. Semoga Allah murahkan rezeki kita, amin. "Rezeki mereka kaya-raya, dapat pergi Makkah tanpa fikir tentang bajet." Sumber: TikTok Cik B/OhBulan |
doodlediddle replied at 17-4-2024 01:24 PM
Ye kau duduk hotel terpaling mewah. Kalau KT Dubai aku fhm lah jugak nk flex bagai, ni kat mekah kot ...
doodlediddle replied at 17-4-2024 01:24 PM
Ye kau duduk hotel terpaling mewah. Kalau KT Dubai aku fhm lah jugak nk flex bagai, ni kat mekah kot ...
piro77 replied at 17-4-2024 04:13 PM
Apa nak malunya? Dia berbelanja utk beribadat dgn selesa dan tenang, dah rezeki ada melimpah ruah ...
doodlediddle replied at 17-4-2024 05:17 PM
Suka ati lah dia nk flex ke tidak but to me it’s inappropriate esp when you’re in a holy place. ...
ADVERTISEMENT