Penyanyi Elyana kurang senang apabila dijadikan tempat rujukan buat mereka yang bertanyakan hal berkaitan penyakit terutama serupa sepertinya. Menerusi perkongsian di Inta Story, Elyana memohon maaf kerana dia bukanlah seorang pakar perubatan yang mampu menjawab soalan yang diberikan dan pernah dimaki apabila tidak dapat memberikan jawapan memuaskan hati. “Minta maaf. Saya bukan klinik atau hospital untuk semua orang nak dapatkan jawapan tentang penyakit ya. Saya pun pesakit macam anda. “Berat jadi saya ni. Nak kena layan semua orang apabila diperlukan. Bila ada yang tak kena di mata, orang maki hamun saya macam saya tak ada perasaan. Saya bukan malaikat,” katanya. Dalam pada itu, Elyana berkata dia turut dilabel dengan gelaran tidak baik serta meminta merujuk penyakit mereka kepada pakar. “Kalian kata saya ahli neraka, takkan masih nak minta tolong saya? Ramai lagi orang yang bijak pandai dekat luar sana,” katanya. Terdahulu, pada hujung 2021 Elyana mengesahkan dia bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang. Sumber: Rotikaya Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1 Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
sfrnna replied at 20-7-2024 12:57 AM
Elyana ni okay dah ke. Gambar tu nampak macam dah berisi sikit compared dari dulu2
sfrnna: Elyana ni okay dah ke. Gambar ...
nolya replied at 20-7-2024 09:50 AM
Elyana tentu boleh berikan jawapan yg berhemah. Mereka yg bertanya tu sebenarnya ingin dptkan petua ...
ReginaGeorge replied at 20-7-2024 10:03 AM
Khuens? Allah dah bg cubaan pon masih tak jaga perututran, masih kuat sentap. Jawab jer elok2. As ...
nolya replied at 20-7-2024 09:50 AM
Elyana tentu boleh berikan jawapan yg berhemah. Mereka yg bertanya tu sebenarnya ingin dptkan petua ...
ekselen replied at 20-7-2024 02:36 PM
tu lah..aku off ngan dia ni since masa sakit dulu tp mcm x muhasabah diri..pastu bila,sakit pakai ...
ReginaGeorge replied at 20-7-2024 02:45 PM
Dah sembuh, jadi bongkak. Nanti ca recurs, minta doakan lak.
ReginaGeorge replied at 20-7-2024 02:45 PM
Dah sembuh, jadi bongkak. Nanti ca recurs, minta doakan lak.
Whodunit replied at 20-7-2024 02:53 PM
Doa sendiri. Kita bukan kaunter doa
songket_merah replied at 20-7-2024 03:01 PM
ade dapat info, insurance dia pru bsn gak cover semua kos rawatan dia
agaknya berapalah kos dan insu ...
ADVERTISEMENT