CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berjuta-juta udang naik ke darat - “Yang kami tahu, fenomena udang naik ke darat ini pertama kali berlaku”

9-8-2024 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 37419| Komen: 89


JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial memaparkan berjuta-juta udang kecil yang naik ke darat dan berkumpul di muara sebatang sungai di Gorontalo, Sulawesi, lapor saluran berita Detik semalam. 

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @bj_story26, beberapa penduduk tempatan dilihat menangkap udang-udang tersebut. 

Malah, ada yang meletakkan udang itu di dalam botol dan beberapa baldi yang dibawa dari rumah. 

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Erfin Simpi berkata, fenomena itu pertama kali berlaku dan mengejutkan orang ramai.


“Yang kami tahu, fenomena udang naik ke darat ini pertama kali berlaku,” kata Erfin.

“Jadi saya menangkapnya dengan tangan. Udang yang ditangkap ini saya letak di dalam dua baldi berwarna putih dan hijau. Ada juga di dalam botol,” tambahnya.

Fenomena itu dikesan sekitar pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) di Sungai Taludaa kelmarin. – AGENSI 

Sumber: KOSMO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-8-2024 12:43 AM
Sorry, meols tau tak baik ckp geli dkt haiwan2.
Tapi meols takboleh laaa tgk binatang beramai2 mcm tu.... Meols rasa tegak bulu roma.
Seharusnya meols ada trypophobia
Quote nysha 9-8-2024 12:53 AM
Kdg haiwan2 laut ni boleh tau ada perubahan pada dasar laut..melarikan dirikah udang2 sekalian?
Quote dua_chzy 9-8-2024 01:55 AM
Tabur tepung, gaul2 - dah boleh buat cucur udang. Garam takyah, dah masin.
Quote asamfish 9-8-2024 02:39 AM
Carcosa replied at 9-8-2024 12:43 AM
Sorry, meols tau tak baik ckp geli dkt haiwan2.
Tapi meols takboleh laaa tgk binatang beramai2 mcm t ...

kawan2 iraqi meols panggil udang ni ulat laut.....and depa tak makan....sbb ulat katanya....hehehe....

Quote asamfish 9-8-2024 02:40 AM
dua_chzy replied at 9-8-2024 01:55 AM
Tabur tepung, gaul2 - dah boleh buat cucur udang. Garam takyah, dah masin.

perghhhhh...sedapnyaaaaa....nak2 pulak bila letak udang byk2.  udang kecik2 ni sedap kalau buat sambal tumis makan dgn nasi kicap.....

Quote asamfish 9-8-2024 02:42 AM
nysha replied at 9-8-2024 12:53 AM
Kdg haiwan2 laut ni boleh tau ada perubahan pada dasar laut..melarikan dirikah udang2 sekalian?

dulu byk ikan naik darat, dan disusuli tsunami.....tapi tak tau kot cuma kebetulan

Quote B40tastePosh 9-8-2024 02:46 AM
dua_chzy replied at 9-8-2024 01:55 AM
Tabur tepung, gaul2 - dah boleh buat cucur udang. Garam takyah, dah masin.

Tak payah bawang ke ticer?
Quote Carcosa 9-8-2024 02:49 AM
asamfish replied at 9-8-2024 02:39 AM
kawan2 iraqi meols panggil udang ni ulat laut.....and depa tak makan....sbb ulat katanya....hehehe ...

Yyerk uwek!
Bila chuols ckp ulat laut, lagi meghomangggg bulu2 meols
Quote asamfish 9-8-2024 02:56 AM
Carcosa replied at 9-8-2024 02:49 AM
Yyerk uwek!
Bila chuols ckp ulat laut, lagi meghomangggg bulu2 meols

hahaha.....takpa...biar meols je melantak udang2 tu....hahahaha

Quote jejaka_hensem 9-8-2024 03:49 AM
Kenapa letak dlm baldi putih dan hijau?
Kenapa bukan warna biru dan hitam?
Quote dua_chzy 9-8-2024 07:29 AM
B40tastePosh replied at 8-8-2024 06:46 PM
Tak payah bawang ke ticer?

Boleh kalau suka.
Quote fattymah 9-8-2024 08:11 AM
Tsunami kan kat jepun semalam
Quote xtahumenahu 9-8-2024 09:11 AM
jejaka_hensem replied at 9-8-2024 03:49 AM
Kenapa letak dlm baldi putih dan hijau?
Kenapa bukan warna biru dan hitam?

ahahaha..baru aku nak tanya
Quote SalenaGomez 9-8-2024 09:14 AM
asamfish replied at 9-8-2024 02:40 AM
perghhhhh...sedapnyaaaaa....nak2 pulak bila letak udang byk2.  udang kecik2 ni sedap kalau buat sa ...

Buat cucuq udang pon sodap. Skrg ni boleh kira bape ekor je udang dlm cucuq tu
Quote Beribear 9-8-2024 10:03 AM
Gempa kat Japan sana kan.. mungkin terkejut kot
Quote afie_m 9-8-2024 10:09 AM
fattymah replied at 9-8-2024 08:11 AM
Tsunami kan kat jepun semalam

betul ke
Quote kotakbaju 9-8-2024 10:25 AM
SalenaGomez replied at 9-8-2024 09:14 AM
Buat cucuq udang pon sodap. Skrg ni boleh kira bape ekor je udang dlm cucuq tu

Ada jugak udangnya.

Meols penah makan cucuq udang yang didalamnya udang pun takde, ada daun kucai semata2.
Quote smurfetz 9-8-2024 10:32 AM
asamfish replied at 9-8-2024 02:39 AM
kawan2 iraqi meols panggil udang ni ulat laut.....and depa tak makan....sbb ulat katanya....hehehe ...

diaorg ikut mazhab hanafi kot, seafood yg halal bagi diaorg utk dimakan ikan je

Quote asamfish 9-8-2024 10:52 AM

7.1 magnitude earthquake in japan semlam....and triggered tsunami

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.032839 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top