CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Babi Anjing" - Mendakwa Tak Sengaja, Netizen Maki Hamun Dekat IG Shinji Nakano Sebab Tolak Shah Firdaus Sampai Jatuh!

12-8-2024 07:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 62734| Komen: 170|Original author: DidiAndFren





Peminat sukan tanah air meluahkan kemarahan mereka di media sosial apabila tidak puas hati melihat tindakan pelumba Jepun, Shinji Nakano melanggar jaguh negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dalam acara final keirin lelaki Sukan Olimpik Paris 2024.

Nasib nyata tidak menyebelahi Shah Firdaus apabila hampir-hampir untuk meraih gangsa namun dia terbabit dengan kemalangan bersama Jack Carlin (Great Britain) dan Shinji Nakano ketika dihujung perlumbaan.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, Shinji Nakano dilihat sengaja menolak Shah Firdaus sehingga menyebabkan beliau terjatuh bersama Jack Carlin sekaligus gagal menamatkan perlumbaan.

Disebabkan insiden itu, netizen Malaysia bertindak menyerang laman instagram pelumba Jepun tersebut dengan meninggalkan kata-kata kesat dan pelbagai kecaman di ruang komen.

Sehingga artikel ini ditulis, laman instagram tersebut kini sudah dibanjiri lebih 20,000 komen yang kebanyakannya daripada rakyat Malaysia.


Perlumbaan itu dimenangi oleh Harrie Lavreysyen (Belanda) manakala perak milik Matthew Richardson (Australia) dan gangsa Matthew Glaetzer (Australia).

Akibat daripada kemalangan tersebut, Shah Firdaus mengalami kecederaan dan terpaksa dipapah keluar oleh petugas pasukan untuk mendapatkan rawatan.

Dengan perkembangan terkini itu, bermakna tamat sudah perjuangan atlet negara di Paris 2024 sekali gus menyaksikan Malaysia perlu menunggu empat tahun lagi di Los Angeles 2028 (LA28) untuk memburu emas pertama.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DidiAndFren 11-8-2024 09:38 PM
Edited by DidiAndFren at 12-8-2024 03:07 PM

[twitter]https://twitter.com/IzzraifHarz/status/1822599837923397764[/twitter]

[tiktok]7401945525387382023[/tiktok]
Quote DidiAndFren 11-8-2024 09:39 PM
Quote DidiAndFren 11-8-2024 09:39 PM
Quote sharlenetexas 11-8-2024 09:41 PM
Teringat American Flyers Kevin Costner masa muda handsome ada rambut.


Quote DidiAndFren 11-8-2024 09:42 PM
Quote dua_chzy 11-8-2024 09:42 PM
Iya memang bersatu hati netz Malaysia pi nganjing Jepon ni.
Quote dua_chzy 11-8-2024 09:42 PM
1000118192.jpg
Quote nusaraya 11-8-2024 10:03 PM
Edited by nusaraya at 11-8-2024 10:05 PM

Mengapa harus diributkan.... Tampaknya tangan-tangan Tuhan ada dibalik kegagalan Shah Firdaus ini ... Hehehehe
Quote zuriey 11-8-2024 10:40 PM
malunyaaaa..
Perangai sebiji konoha
Quote makadek 11-8-2024 11:06 PM
DidiAndFren replied at 11-8-2024 09:39 PM

Wey dh prvte
Quote mawardia 11-8-2024 11:35 PM
dua_chzy replied at 11-8-2024 09:42 PM

Bongokkkk la komen si mirul haziq tu! Hahahahahaahahahaha!!
Quote _kelly 11-8-2024 11:38 PM
bodo gila netizen b40 bangga budaya keyboard warrior..nampak la negara mundur punya perangai macam mana..duk mengata konoha tapi negara sendiri takde beza
Quote DidiAndFren 12-8-2024 12:12 AM
Quote renko 12-8-2024 12:18 AM
Mcm biasa mengutuk indon jongos tu mcm2 tanpa sedar sendri pun sama terikut2 jadi sakai
Quote nusaraya 12-8-2024 12:42 AM
Edited by nusaraya at 12-8-2024 12:55 AM

Tragik betol ketika Melayu Mahawangsa berubah menjadi Melayu Maha Gangsa

[youtube]mA_61DNW0Kc[/youtube]


Quote cm_vungtau 12-8-2024 01:01 AM
Biasalah tu naik basikal jatuh. Ko ni pun tetiba nak serang member tu dah kenapa? Kecoh la. Ni la masalahnya dok fokus kat basikal aje. Athlete lain mana? Pergi makan angin ka?
Quote cm_vungtau 12-8-2024 01:05 AM
Siapa pulak malaun nak cakap omputih sambung melayu. ‘Just because you tak mampu.. ‘ aduhai. Sebijik Indonesia dong. Ko cakap melayu jelah dik non
Quote cmf_jeangrey 12-8-2024 05:32 AM
renko replied at 12-8-2024 12:18 AM
Mcm biasa mengutuk indon jongos tu mcm2 tanpa sedar sendri pun sama terikut2 jadi sakai

Dah serumpun..gitulah sakainya melekat kuat

Nasib baik olimpik jauh sana..kot dibuat kat malaysia pasti kena baling asid takpon buluh runcing



Quote MissYouSayang 12-8-2024 05:36 AM
Dari piyem sehingga lah rakyat perangai cam gampang...ni lah ajaran bertahun2 dari bangnon kau since 98 ,keje dok hasut n kecam org jaa...mentaliti pprt n terkebelakang..bila nak nak ubah entah prngai walanon kaki probokkk nih

Lihat semua komen(170)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.050955 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top