Penyampai radio, Tyzo Xander berkata dia mengakui suka berkawan dengan wanita berusia kerana mereka lebih pandai berdikari. Memetik Astro Gempak, Tyzo berkata ciri-ciri itu memudahkannya untuk mengenali lebih rapat dan mengekalkan hubungan apabila bersama. “Saya sebenarnya sudah biasa berkawan dengan wanita lebih berusia daripada saya. Saya suka.. kerana bagi saya mereka ini lebih pandai jaga diri,” katanya. Sementara itu, Tyzo berkata baginya wanita juga perlu hidup berdikari dan tidak mengharapkan duit lelaki, malah mereka juga perlu pandai uruskan diri. “Wanita pun perlu hidup berdikari dan jangan harap duit lelaki, jangan bagi alasan mentang-mentang you perempuan bila keluar makan semua lelaki kena bayar. Jangan begitu. “Perempuan zaman sekarang perlu ada visi. Itu semua penting. Jadi perempuan zaman hari ini perlu berani dan pandai uruskan diri,” katanya.
Dalam pada itu, Tyzo yang kini berusia 48 tahun berkata dia juga sama seperti lelaki lain mahu menamatkan zaman bujang namun belum ada jodoh buatnya lagi. “Saya kenal dengan ramai wanita dan setakat ini saya selesa cuma belum ada jodoh. Mungkin masa belum tiba. Saya pun ada impian dan harapan. Saya pun nak tayang kebahagian saya juga. Cumanya saya perlukan wanita yang faham saya dan juga boleh terima anak saya,” katanya. SUMBER: Astro Gempak |
Kekunci_Hitam replied at 12-8-2024 08:16 AM
abis la org tu tak tido mlm baca statement mcmni
tulip-rain-2 replied at 12-8-2024 04:09 PM
Tyzo bagi harapan kat siape?
ADVERTISEMENT