Demi kebajikan anak-anak, pelakon Yasmin Hani terus menjalin hubungan baik dengan bekas suami, Sha’arin Razali walaupun kadangkala tercetus perbezaan pendapat. Kata Yasmin atau nama lengkapnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 45, dia dan Sha’arin menyediakan kalender bagi memudahkan jadual harian dan aktiviti sampingan dua permata hati mereka. “Memang perit getir, gaduh, sekat-menyekat pun semua ada tetapi kita kena juga (baik) sebab anak. Mereka ada banyak aktiviti seperti tuisyen dan bola. “Nak tak nak memang kena berkomunikasi setiap hari. Ikutkan ramai juga (mesej langsung) DM tanya macam mana saya buat (jaga anak bersama). Kalau dah tawar, letak tepi dulu. “Sekarang ini kena ada azam iaitu utamakan anak. Lagipun kami ada satu kalendar yang kongsi semua jadual kami, penting kena ada persefahaman walaupun bergaduh tetapi kena waras demi anak-anak,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Dalam masa sama, pelakon filem Duyung itu bersyukur perceraian dengan bekas suami tidak memberi kesan buruk terhadap anak mereka hasil muafakat dalam segala segi. “Alhamdulillah, anak-anak semua okey sebab itu kalau ada bercuti pun, kami pergi sama-sama. Kalau ada hal apa-apa pun, Sha’arin akan datang rumah tengok anak-anak. “Malah, ibu saya pun pernah tidur rumah dia. Kami semua masih rapat, macam dulu cuma hubungan suami isteri itu dah tiada sebab kami nak buat nampak normal. “Kami tak nak anak-anak rasa terkesan dan alhamdulillah, saya rasa kami berjaya. Kalau nak tahu, rumah kami pun dekat sebab senang untuk lancarkan urusan anak,” ujarnya.
|
Cpkay replied at 10-9-2024 02:04 PM
ex hani pun kalau tgk semacam juga ya.. berholiday ngan gf sokmo..
lain lain bilik.. husnuzon
Shayang replied at 10-9-2024 08:19 PM
Amboi dulu acik2 gak duk bising bila org tu nak menua? Bertahun2 muka dia baby face weh
Baru bbrp ta ...
sayawifenikmie replied at 10-9-2024 01:43 PM
syahrin tu masa muda handsome
dah tua ni ngapa itu rupa dia?
skinny sangat kot ...
ADVERTISEMENT