COLUMBUS, OHIO – Seorang wanita ditemui mati selepas dimakan oleh beberapa ekor babi yang kelaparan di hadapan rumahnya di negeri Ohio, lapor akhbar Daily Star semalam. Kejadian berlaku di bandar Pataskala selepas mangsa bernama Rebecca Westergaard Rigney, tidak pulang meraikan perayaan Krismas bersama keluarganya. Timbalan Koroner Licking, Jeff Lee berkata, Rigney ditemui tidak bernyawa di tangga apartmennnya dengan kecederaan pada bahagian kaki. “Anggota-anggota polis yang tiba di tempat kejadian menemui seekor babi gergasi dan beberapa ekor babi lain. “Babi-babi tersebut dikuarantin oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut,” kata Lee. Kematian Rigney dianggap sebagai tidak disengajakan selepas haiwan ternakan itu membaham mangsa. “Bedah siasat mendapati punca kematian Rigney disebabkan pengambilan ubat pencair darah untuk masalah jantung.
“Mangsa diserang di kaki menyebabkan pendarahan tanpa henti,” katanya. Ketua Polis Pataskala, Bruce Brooks menyifatkan kes itu sebagai keadaan yang mengerikan dan mengelirukan. “Pihak berkuasa tidak pasti apa yang perlu dilakukan kerana babi yang terlibat bukan haiwan seperti anjing yang biasanya agresif dan menyerang orang ramai,” tambah Brooks. – AGENSI Sumber : KOSMO |
JahLupa replied at 10-1-2025 04:26 PM
Babi boleh makan org ke. Eee ngerinyeee
piyek92 replied at 10-1-2025 03:49 PM
babi pun carnivor ke ingat vegi
cloud_jade replied at 10-1-2025 09:46 PM
Ada episode dlm criminal mind. Dia lupus mayat dengan bagi makan dekat babi ternakannya.
thelilyallen replied at 10-1-2025 10:38 PM
Ni betul. Kawan aku dulu cerita, dia duduk rumah panjang. Sampah tu memang buang campak je kat luar. ...
True-X replied at 10-1-2025 11:07 PM
sampah plastik dan kertas pon?
ADVERTISEMENT