CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuma banglo RM40 juta masih berdiri selepas kebakaran besar di LA - “Ini keajaiban. Keajaiban tidak pernah hilang”

13-1-2025 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14069| Komen: 27|Original author: Raline


 

 

WASHINGTON  – Pemilik sebuah rumah agam bernilai hampir AS$9 juta (RM40 juta) di Malibu terhindar daripada kemusnahan dalam kebakaran besar di Los Angeles, lapor akhbar New York Post semalam.

David Steiner, 64, berkata, dia terkejut melihat rumahnya berdiri kukuh selepas api memusnahkan seluruh kediaman di kejiranan tersebut.

“Ini keajaiban. Keajaiban tidak pernah hilang,” katanya.

Steiner berkata, dia menyangka kediaman tiga tingkat yang kosong ketika kebakaran berlaku   itu musnah apabila seorang kontraktor tempatan menghantar rakaman video menunjukkan api dan asap tebal menyelubungi banglonya dan rumah jiran, Selasa  lalu.

Bekas ketua sebuah syarikat  pengurusan sisa di Houston, Texas itu berkata, dia percaya pembinaan yang sangat  kukuh menyelamatkan rumahnya daripada kemusnahan akibat kebakaran hutan di Los Angeles.

Rumah itu dibina untuk bertahan dalam bencana gempa bumi.

“Ia menggunakan stuko (plaster berkualiti tinggi), manakala bumbungnya kalis api,” kata Steiner.

Menurutnya, rumah itu juga dibina menggunakan cerucuk sedalam 15.24 meter ke dalam batuan dasar untuk memastikan kestabilan apabila ombak kuat menghempas tambak laut.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, masih terlalu awal untuk mengenal pasti punca kebakaran besar di Los Angeles yang disifatkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bagaikan  zon perang. – AFP/AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 12-1-2025 09:51 AM
Kalaulah ni rumah james wood..maunya dia fefeeling kiriman tohan
Quote naina 12-1-2025 10:17 AM
Rumah sana bukan daripada batu ke
Habis licin semua takda rangka
Quote ninja boy 12-1-2025 11:02 AM
kalis api kalis gempa material
Quote pengecatbintang 12-1-2025 11:25 AM
Edited by pengecatbintang at 12-1-2025 11:27 AM

tahun 2023 Maui, Hawaii

disyaki directed energy weapaon

https://www.tiktok.com/@iw88888888/video/7267639581925854496

--

https://www.tiktok.com/@dhomarx/ ... pon&t=1736652253333

kat Chile

https://www.tiktok.com/@sleepwit ... amp;t=1736652253333
Quote syamzana 12-1-2025 11:26 AM
naina replied at 12-1-2025 10:17 AM
Rumah sana bukan daripada batu ke
Habis licin semua takda rangka

byk buat dari kayu considered earthquake.
segelintir yg buat dari batu nmpk elok sket takde la ranap semua tgl debu

lorrr dah terang2 tulis atap kalis api, mesti rumah dia dari batu gak ni dan2 la keajaiban
blh lg ke nak duduk area situ lepas ni? mcm ramai pakat2 pindah tmpt lain je.
Quote white_musk 12-1-2025 11:30 AM
pocongkiutss replied at 12-1-2025 09:51 AM
Kalaulah ni rumah james wood..maunya dia fefeeling kiriman tohan

Pemilik nampaknya tidak menunggang agama.. Dia cakap bahan binaan berkualiti tinggi saja. Bumbung kalis api.

Jikalau rumah bani tamim lain pula lagunya
Quote white_musk 12-1-2025 11:32 AM
Apalah amalan encik david kerna rumahnya tidak terkena api ya?
Akak percaya encik david mesti ada berbuat baik namun dia tidak mahu hebahkan...

#miracle
Quote delsmomm 12-1-2025 01:00 PM
agaknya cat dia pun kualiti jgk sbb xde hitam2 comot sbb asap & jelaga ponn..
Quote Decaffeinated 12-1-2025 02:01 PM
syamzana replied at 12-1-2025 11:26 AM
byk buat dari kayu considered earthquake.
segelintir yg buat dari batu nmpk elok sket takde la ran ...

Masih boleh dianggap keajaiban under the circumstances. Istilah 'miracles' dalam penggunaan harian omputih tiada konotasi super natural maupun agama, hanya maksud sesuatu yang hampir mustahil berlaku.

Quote Decaffeinated 12-1-2025 02:04 PM
white_musk replied at 12-1-2025 11:32 AM
Apalah amalan encik david kerna rumahnya tidak terkena api ya?
Akak percaya encik david mesti ada b ...

fun fact:

What does Steiner mean?

stone

It is both an occupational name for someone who worked with stone (a quarryman, stonecutter, or stonemason), and a topographic name for someone who lived on stony ground or near a prominent outcrop of rock. As a Jewish surname, it can also be artificial, distributed at random by Austrian clerks.


Quote sayawifenikmie 12-1-2025 02:12 PM
ahaaaa
ada nak cuba kaitkan dengan ......
Quote axl_bach 12-1-2025 02:38 PM
Ini kalau diselidik mungkin tapak asal rumah tu pernah dimiliki oleh seorg wali Allah.....

Sapa x percaya dia tolak karomah para wali...
Quote bottombikini 12-1-2025 02:44 PM
dia kabo atap je kalis api
yg lain2 dinding tak hitam, kaca pun tak pecah dari bahan apa pulak
Quote airfilterkotor 12-1-2025 02:57 PM
Menilai kualiti video dengan takde IBISnya, sudaa tentulah ianya datang dari henpon jenis biasa².
Bila kualiti video hauk dan tak IBIS, rasa² lens dia jenis apa? Zeiss... Leica?

Verdict: itu lens flare.

Jadah apa ko tembak transformer tepi jalan guna high energy weapon. Buang masa dan laser wattage jer.

Quote Samerosie 12-1-2025 03:06 PM
bottombikini replied at 12-1-2025 02:44 PM
dia kabo atap je kalis api
yg lain2 dinding tak hitam, kaca pun tak pecah dari bahan apa pulak

“It’s stucco and stone with a fireproof roof,’’ he said, adding that it also includes pilings “like 50 feet into the bedrock’’ to keep it steady when powerful waves crash into the seawall below it" - tuan rumah.


Like brick and stone, stucco is fire resistant. This is one of the big benefits of installing the material on your home exterior. In comparison, vinyl siding does not slow fire spread and is therefore not as highly recommended as stucco for homes in areas of high fire risk.
The protection offered by stucco comes in the form of a 1-hour fire rating, meaning it will take fire 1 hour to breach the wall on average. This is a far greater fire rating than most new homes have.
https://stuccotoday.com/how-does-stucco-hold-up-against-fire/#:~:text=Stucco%20falls%20in%20the%20middle,than%20most%20new%20homes%20have.


Tapi design rumah dia buruk macam design zaman 80s yg banyak kat bangsar.


Quote kmbg 12-1-2025 03:10 PM
Kalo kt sini mula la kata hasil rejeki halal..hahahhahahaha..kalis api neraka
Quote airfilterkotor 12-1-2025 03:12 PM
1000002180.jpg 1000002179.jpg 1000002181.jpg
Quote AkokKocik 12-1-2025 03:14 PM
white_musk replied at 12-1-2025 11:32 AM
Apalah amalan encik david kerna rumahnya tidak terkena api ya?
Akak percaya encik david mesti ada b ...





Quote AkokKocik 12-1-2025 03:16 PM
Berbaloi bina rumah sampai $40 juta.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067594 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top