CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diana Danielle Perjelas Isu Fitnah Dilempar Pengguna Facebook Muazrin

17-3-2016 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 31003| Komen: 187

Oleh Izzah Abbasy

Tak pasal-pasal tiada angin, tiada ribut nama selebriti ibu kepada dua cahaya mata ini, Diana Danielle difitnah gara-gara pengguna Facebook dengan nama Muazrin Mustapha mendakwa terlihat pelakon itu menghalau pelajar tahfiz yang mahu menjual barang kepadanya.


Namun, melalui tulisan di Instagram semalam Diana Danielle tampil memberikan penjelasan atas apa sebenarnya yang berlaku. Beliau mendakwa memang tidak membeli apa-apa daripada pelajar tersebut namun telah memberikan sedekah wang tunai.


"Kepada encik Muazrin Mustapha. Awak telah memfitnah saya secara terang-terangan."

"Sakitnya hati bila difitnah secara halus macam ni. Awak tak berada dekat dengan saya, berani awak membuat conclusion dari jauh. Masa student tu datang dekat saya nak jual barang utk tujuan nak bagi pada anak yatim, saya telah menghulurkan sedekah dan saya kata tak apa saya tak nak beli barang ni, cukuplah dgn sedekah”

"Pelajar tu pula reply ‘terima kasih, semoga murah rezeki, saya jual ya’ dan dia beredar. Selepas dia beredar tu, saya pandang rakan saya dan tanya dia balik ‘jual apa? Kita tak ambik apa2 kan?'”


"Dan itu saja yg kami kata. Tang mana yang saya perlekehkan dia? Saya bukan seperti itu. Saya dah maafkan awak dan saya harap awak jgnlah buat status seperti ini lagi,” tulis Diana Danielle panjang lebar menjawab dakwaan lelaki itu.



Buat saudara Muazrin Mustapha, janganlah menilai artis ini sebegitu rupa. Kan dah dapat dosa percuma sebab memfitnah orang. Lagipun, saudara tak kenal pun Diana, baik diam sahaja dan jangan pandai pandai rakam gambar curi selebriti kemudian muat naik cerita yang tidak kena hujung pangkal. Nasib baik Diana Danielle yang baru sahaja menjadi muka baru iaitu duta tudung Fareeda pemaaf orangnya. - CARI Infonet

14

Bagus
21

Marah
22

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 16-3-2016 09:43 AM
ambik gambar dr jauh, sah2 x dgr ape yg diorg bualkan,based on body gestures, buat assumption,pastu viral kan..
Quote aderaderker 16-3-2016 09:46 AM
Rasa macam maksum sangat lewtew bila boleh viralkan pasal keburukan orang..
Puii la...
Quote makton 16-3-2016 09:48 AM
kan dah termalu sendiri
Quote haruslah 16-3-2016 09:50 AM
bangga la dpt viral kan

byk likeeee...ko hade kata nya??

x boleh blah bila ARTIS DUNIA AKHIR ZAMAN...ade ke artis dunia awal zaman?

aku bukan la pemenat DD tp ko captured dr jauh bajet ko dgr sume yg diorg bualkn?

lg 1 ayat x leh blah pemviral ni "jgn keji..amik iktibar.....bukan nak malukan dia....bla bla bla" tp dgn bangang (eh bangga) gi uplod bagai
Quote sarukhan 16-3-2016 09:53 AM
yehhhhhh dah femes.. dah viral....



.

.

.

blerghhh
Quote kikuri 16-3-2016 09:55 AM
siap ade Allahuallam bissawab lagik... tapi dok mempitnah.... menjawab la ko disana....
Quote dondangdendang 16-3-2016 09:59 AM
hahahaha.....ksian org yg fitnah dia tu. padan muka!! skg ko yg termalu kan
Quote LindaCat 16-3-2016 09:59 AM
kt status dh bantai kaw2 lepas tu boleh plak kate "jgn keji..amik iktibar.....bukan nak malukan dia" DH DOK TEPEK GAMBA DIE TERANG2 LG BUKAN UTK MALU KAN DIE?????klu niat baik lu pergi tegor face to face larh..
Quote rosasa 16-3-2016 10:02 AM
mesti ramai tetiba add friend dak Muazrin ni

macam si hafiz yang smule dengan rozylicious tu
Quote lionsleepin 16-3-2016 10:03 AM
Ni la spesis aku paling benci. Bajet2 Ustat ustazah internet. Dalam kepala dia dok kira dosa pahala orang. Diri sendiri pun act of kindness nan hado.


Go DD..org yg tak pakai tudung/retis tak bermakna dia tak gheti bab2 charity. Peace yo!
Quote taksukapeanut 16-3-2016 10:05 AM
nak glamer cepat budak ni.. tuduh melulu.. tak takut ke kalau diri sendiri kena tegur dengan empunya diri yang difitnah?
Quote brown_pupil 16-3-2016 10:05 AM
Sedangakn orang biasa pun x beli apatah lagi bagi sedekah kat budak2 tahfiz ni sebab dah terlalu banyak sangat kes menipu, what do u expect from retis? Lebih2 lagi DD yg dah lama xde job..
Quote starcity 16-3-2016 10:05 AM
Ni spesis jantan kepochi. Lelaki bila kepoh lagi teruk dari pompuan. Sure kaki mengumpat gak ni. Nampak sangat kepoh
Quote sepitsiput 16-3-2016 10:07 AM
So Muazrin ni malaikat ke chuols?
Quote edoraixora 16-3-2016 10:09 AM
nak soh org amik iktibar, tak payahlah letak gambo
bior je jadi pertanyaan sapekah retis itu
ni dah nyata mengaibkan org tu sesambil soh org yg lain amik iktibar


Quote cikdilla 16-3-2016 10:19 AM
semua benda pun nak viral sekarang ni..fitnah pulak tu.ish2.dapat dosa kering je bila org duk share dan komen2
Quote uori 16-3-2016 10:19 AM
macam2  
Quote azimodin 16-3-2016 10:22 AM
Dia dengar ke DD perlekehkan budak tu.. Ntah2 DD mmg tgh ade seriius discussion sebelum budak tu datang... Atau penyebar ni buat penilaian semata2 sbb DD x derma.
Xyah ckp retis la, pak mertua aku kalau nampak bebudak mintak derma dia akan tanya budak tu nak makan/minum ke x? Dia xkan bagi cash.
Quote darkzombie 16-3-2016 10:23 AM
kesian dd. mmg iols anti sgt spesis2 camni kt FB tau nak carik salah org je.

Lihat semua komen(187)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.056737 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top