Oleh Izzah Abbasy
Pink atau merah jambu biasanya menjadi kegilaan dan sangat sesuai dengan wanita umumnya. Daripada bayi lagi segala peralatan yang disediakan oleh mak ayah kita pastinya berwarna pink jika anak perempuan. Warna pink ini dikatakan memiliki sifat lembut yang sering dikaitkan dengan personaliti wanita. Biasa dengar tak bila pengantin memakai persalinan 'pink' pasti ada mulut-mulut berbunyi "sayang binilah tu, pakai pink". Hehehe Anda jangan tak tahu, warna merah 'pink' (merah + putih) ini juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW kerana warna 'pink' banyak dikaitkan dengan kasih sayang. Sehinggakan Rasulullah SAW sendiri memanggil isteri tersayang Aisyah Humaira "Si Merah Jambu atau Si Comel" bak kata ustaz Ismail Kamus. Jadi, selepas ini lelaki tak perlulah ragu-ragu lagi untuk memakai warna 'pink' ini. Ia juga sebahagian daripada sunnah. - CARI Infonet Baca fakta dibawah tentang Lelaki dan Pink 1. Pink itu (Gembira) ! Maknanya pengguna pink itu gembira dan ini bermakna pemakainya sentiasa ceria dan gembira menjalani kehidupannya. 2. Pink itu Metroseksual Arus kemodenan seiring berjalan dengan pemikiran manusia yang berubah mengikut zaman. Tiada lagi pink diwajibkan untuk perempuan dan biru diwajibkan dengan lelaki. Sesiapa sahaja boleh menggunakan sebarang warna selagi ia tidak melanggar batas agama dan manusia. Dunia urban untuk lelaki metroseksual. Dan jangan salah anggap dengan seksualiti lelaki metroseksual hanya kerana mementingkan imej dan gaya. 3. Pink itu Maskulin Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya. Keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yang tinggi. Kenapa perlu takut bergaya asalkan sudah suka. Apa guna maksud maskulin itu sendiri yang cukup mendalam, kemas, kualiti dan tulin jika tidak dipergunakan. Kredit : Saja Kongsi
|
16
Bagus |
6
Marah |
19
Terkejut |
21
Sedih |
8
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT