CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Ayu & Radhi (OAG) Rancang Kahwin Tahun Depan

17-7-2013 09:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17376| Komen: 103

KUALA LUPUR: Kekasih kepada penyanyi Radhi (OAG) iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri mengesahkan bakal menamatkan zaman solo dengan pemuda itu pada tahun hadapan.

Nur Shahira Ayu atau lebih mesra disapa Ayu, 19, berkata, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka semai sejak empat tahun lalu sudah masuk pada fasa yang matang.

“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kuala Lumpur Golf & Country Club di sini, pada Selasa.



Ayu berkata, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu.

Malah ujar Ayu, dia juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” ujar Ayu.

Jelas gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Mengimbas semula detik pertemuannya Ayu berkata, mereka bertemu ketika Radhi membuat persembahan di pusat beli belalah The Curve, Damansara dekat sini ketika dia berusia 15 tahun.

Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.

“Alhamdulillah... sedikit demi sedikit saya berubah ke arah yang lebih baik,” katanya.

Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maxim 17-7-2013 08:26 AM
wah mudanya..tahniah..radhi pon dah jdik bdk baik skang
Quote maxim 17-7-2013 08:28 AM
ayu tu mmg dah bertudung ke? ke sempena majlis bukak posa? ada tgk gambar dia kat google tgh freehair
Quote hemoh2 17-7-2013 08:29 AM
hah..baru 19..bcinta 4 taon dolu...15..???

adoi..aku umur 15, hu ha hu ha...
Quote juliez 17-7-2013 08:32 AM

this girl sama sek dgn my cousin.. mmg masa sek lg dah bercinta dgn radhi. pergi balik sek pun radhi ni yg hantar kdg2
Quote little_sis 17-7-2013 08:34 AM
rasa cam penah tgk awek dia ni kena interview dek rancangan hiburan kalo x silap melodi or galaksi.. beberapa thn lepas rasanya..
Quote aireen24 17-7-2013 08:36 AM
tgk face to face awek dia lawa
Quote annorr_maira 17-7-2013 08:41 AM
maxim posted on 17-7-2013 08:28 AM
ayu tu mmg dah bertudung ke? ke sempena majlis bukak posa? ada tgk gambar dia kat google tgh freehai ...
Ayu yang merupakan seorang model sambilan berkata, disebabkan berniat untuk mendirikan rumah tangga dengan Radhi, dia telah membuat keputusan menukar imej dengan memakai tudung sejak bulan Disember tahun lalu.



ko tak baca penuh ke?...huhuhu
Quote tomet05 17-7-2013 08:41 AM
semoga menjadi dan kekal selamanya
Quote maxim 17-7-2013 08:42 AM
annorr_maira posted on 17-7-2013 08:41 AM
ko tak baca penuh ke?...huhuhu

oo tq aku baca part atas je td
Quote kadijot 17-7-2013 08:46 AM
mude ny bakal bini rodik
Quote mizmini 17-7-2013 08:48 AM
alhamdulillah.. sampai sudah jodoh radhi..
Quote go_kart 17-7-2013 08:49 AM
maxim posted on 17-7-2013 08:42 AM
oo tq aku baca part atas je td

motip mod pemalas



















































Quote fifie_olin 17-7-2013 08:49 AM
muka sama...moga kekal akhir hayat..
radhi ni pon cam dah ok jeww...sejak tgk dia dlm mastercepp
Quote jepp 17-7-2013 08:52 AM
Motif muka ayu mcm sh shahora...
Quote bottombikini 17-7-2013 09:00 AM
ini budak yg ada sekali tu kuar melodi/galaksi pasal adik-abang angkat famili ke apa tu
Quote pakwetizzaqyah 17-7-2013 09:06 AM
jeles aku...penagih dadah selamba yayah ni gak putik muda ni nak...aku ni macamane??
Quote miawpink 17-7-2013 09:08 AM
muda nya awek dia
semoga jodoh kekal la ye
Quote dibs 17-7-2013 09:15 AM
radhi cerai taun 2010, skang taun 2013, dorang kenal 4 taun lepas? meaning ms si radhi ni blm cerai lagi dorang dah kenal la ye?
Quote mylmor 17-7-2013 09:38 AM
aku smpai skrg x leh nk digest..cmne si radhi ni yg mase tuh dh 30-an bley bercinta dgn budak skolah?

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.191098 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top