Oleh Izzah Abbasy Resepi yang nak dikongsikan ini datangnya nun dari Filipina. Jika anda biasa makan, pastilah anda sudah mengetahui sedapnya menu terung bersama telur ini.
Jika di Filipina, masyarakat mereka mengenalinya dengan Tortang Talong. Susah pula nak sebutnya. Ia lebih kurang seakan terung omelet. Mudah sahaja tapi sedap. Jom, cuba buat! Resepi ini juga telah dikongsikan dengan ribuan perkongsian oleh netizen. - CARI Infonet Bahan-bahan : 1) 4 batang terung 2) 4 biji telur 3) Garam dan sedikit perasa Cara-cara persediaan : Langkah 1 Cucuk-cucuk dahulu terung supaya tidak meletup apabila dibakar nanti. Langkah 2 Bakar terung di atas dapur. Boleh juga gunakan pemanggang elektrik, pemanggang ajaib atau ketuhar yang mempunyai fungsi grill. Langkah 3 Inilah rupa terung yang sudah dibakar. Langkah 4 Pastikan terung dimasak betul-betul supaya kulitnya senang keluar. Basuh tangan, dan sapu terung menggunakan tangan basah. Kulit terung akan terkikis sendiri. Langkah 5 Penyekkan terung menggunakan garfu. Langkah 6 Penyekkan terung sehingga lebar dan nipis sebegini. Pastikan tangkainya masih ada. Langkah 7 Pecahkan dan kacau telur. Boleh tambah garam dan perasa jika mahu. Langkah 8 Celurkan terung ke dalam telur. Langkah 9 Goreng terung. Jangan guna terlalu banyak minyak, pastikan terung tidak tenggelam di dalam minyak. Langkah 10 Inilah rupa Tortang Talong atau terung omelet yang sudah dimasak. Langkah 11 Hidangkan. Selamat menjamu selera!
|
11
Bagus |
18
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
8
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT