Oleh Izzah Abbasy
Jika dahulu popular dengan kapal terbang yang direka khas untuk peminat kartun Hello Kitty. Kini, restoran bertemakan Hello Kitty diusahakan pula oleh seorang lelaki dari China dikenali Man Kwong. Man Kwong melakukan kerjasama secara langsung dengan pencipta kartun berasal dari Jepun itu, iaitu Sanrio Co. Restoran yang menjadi pertama kali dengan konsep Hello Kitty ini berada di Hong Kong. Kwong yang memulakan konsep tersebut dengan Sanrio sejak tahun 2013 lalu itu berkata, "Hello Kitty lebih terkenal di Hong Kong daripada di Jepun." Namun perjanjian baru berlaku pada tahun 2014, Kwong bekerja keras untuk bereksperimen pada beratus-ratus resipi dan variasi dim sum. Dim sum dengan bentuk Hello Kitty adalah salah satu menu yang popular dalam restoran ini. Dim sum Hello Kitty ini dihias dengan tepung dengan pewarna, mata dim sum dibuat dari dakwat sotong serta kulit yang diperbuat daripada tepung yang berkualiti tinggi. Semua dalaman direka seperti Hello Kitty, mulai dari tingkap, meja, kerusi, peralatan makan, dan teko. Restoran ini meletakkan harapan pada pelancarannya nanti, para peminat Hello Kitty terutamanya para remaja perempuan akan datang beramai-ramai merasai sendiri suasana restoran ini. Comel sangat dim sum dan makanan semua bentuk Hello Kitty. Sayang pula nak makan. - CARI Infonet
|
12
Bagus |
14
Marah |
10
Terkejut |
3
Sedih |
24
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT