CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

6 Rutin Pagi Yang Wajib Brader Lakukan Untuk Tingkatkan Penampilan

9-6-2016 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6133| Komen: 6


Oleh : Dean BZ

Bukan semudah ABC untuk menjadi seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang sempurna dan sedap dipandang.

Tidak hanya dengan memakai pakaian cantik dan berjenama sahaja, pelbagai cara perlu dilakukan untuk kekal kacak, segar dan bertenaga setiap masa. 

Jadi, adakah anda seorang lelaki yang agak kurang dari segi penampilan diri? Jom periksa 6 perkara dibawah ini. Jika anda selalu mengamalkannya, anda pasti tergolong dalam golongan lelaki yang mempunyai penampilan menarik dimata orang lain.


1) Semburan Pewangi Istimewa
Memakai pewangi setiap hari bukan saja memberi anda kesegaran minda tetapi membuatkan anda mempunyai bau badan atau ‘trademark’ bau tersendiri. Pewangi yang sama akan membuatkan buah hati anda cukup mengenali karakter diri anda.


Untuk tampil bertenaga, penuh wangi dan yakin sepanjang masa, padankan pewangi bersama deodoran, cologne dan sabun supaya bauan lebih serasi.


2) Hidangan Kafein
Kopi hitam, teh hitam atau teh hijau cukup kaya dengan sumber antioksida yang membantu mengekalkan anda sentiasa muda.

Menurut kajian, mengambil minuman ini setiap hari dalam kuantiti sederhana mampu membantu merendahkan risiko dementia yang menjadi punca pembentukan kanser. Malah, secawan minuman berkafein membantu pagi anda lebih bertenaga untuk memulakan hari baru.


3) Jangan Lupa Pencuci Muka
Biar ‘mandi burung’ sekalipun gara-gara terbangun lewat, pastikan anda mencuci wajah anda dengan pencuci yang berkualiti serta mengandungi  2% asid salicylic kerana ia membantu membersih kulit anda sehingga mendalam.

Untuk memberi wajah lebih segar, pori tertutup dan anjal setiap pagi, basuh muka dengan air sejuk.


4) 100 Kali ‘push up’
Ia mungkin alasan biasa tapi hasilnya amat luar biasa. Melakukan 100 kali senaman ‘push up’ setiap pagi sebelum memulakan tugasan akan memberikan anda perut yang berotot dan bicep yang kuat seperti yang digila-gilakan ramai wanita.

Malah, senaman setiap pagi ini turut membantu memperbaiki postur badan di mana ia membantu anda lebih tinggi dan yakin.


5) Bersihkan Gigi
Meskipun ramai yang tertanya-tanya sama ada lebih baik memberus gigi sebelum atau selepas makan, tetapi memberus gigi setiap pagi adalah penting untuk memberikan senyuman yang menarik serta nafas yang segar.

Membersihkan mulut bukan sekadar memberus gigi tetapi membuat rawatan gigi setahun sekali.


6) Jangan Tinggalkan Sarapan
Bayangkan jika tubuh anda ibarat sebuah mesin yang memerlukan minyak untuk bertindak dengan sempurna. Begitu juga dengan anda yang memerlukan sumber tenaga hasil dari sarapan yang anda ambil setiap pagi.

Kombinasi terbaik untuk sarapan adalah protein, bijirin seperti oat yang dicampur dengan hirisan buah, yogurt atau telur dadar bersama sayuran.

Jika anda terlewat sekalipun, kisar buah-buahan bersama susu atau jus dan campurkan satu sudu serbuk protein.

Kebanyakan lelaki kurang kisah tentang penampilan tidak seperti wanita yang sememangnya menitik beratkan soal itu. Tapi jangan pandang remeh kerana penampilan amat penting dalam menentukan personaliti anda. Jika selalu tampil kusut dan kelihatan busuk setiap pagi, ia pasti memberi kesan kepada pekerjaan dan juga masyarakat sekitar anda. Jom ubah! - CARI Infonet.




Sumber  - tw.circle01.com
11

Bagus
21

Marah
23

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 9-6-2016 04:45 PM
aku max 50 kali je push up dalam satu2 masa
time tu muka pon dah merah
hihi
Quote tungkai 9-6-2016 08:12 PM
Solat Subuh..
Quote devilito2 10-6-2016 10:14 AM
solat subuh berjemaah...
Quote devilito2 10-6-2016 10:15 AM
solat subuh berjemaah...
Quote famri7 12-6-2016 03:48 PM
minum air suam dengan madu satu sudu..syesly rasa energetic gila lepas tuh..demam pon x jadi.

and kalau ada masa free do a morning run..memang cepat bkar lemak karena time pagi perut kosong badan terpaksa bakar lemak2 simpanan untuk tenaga..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.099609 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top