CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Bapa Larang Tasha Shilla Bawa Watak Wanita Jahat

23-7-2013 09:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13181| Komen: 34

KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla mengakui terpaksa menolak watak-watak antagonis yang boleh menjejaskan maruah keluarga atas permintaan bapanya.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak, 26, berkata, dia hanya menerima watak jahat dan antagonis yang mempu memberi kesedaran kepada penonton.



"Bapa saya tidak benarkan saya bawa watak perempuan jahat seperti pelacur dan kaki disko yang mana tiada pengajaran yang ingin ditonjolkan kepada penonton.

"Saya juga tidak mahu penonton sendiri terpengaruh atau berasa bangga berperangai seperti itu, tapi jika jalan cerita tersebut ada pengajaran diakhirnya itu tidak mengapa," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambahnya, dia kini lebih memilih dalam menerima sebarang tawaran drama atau telefilem yang bakal dilakonkan.

"Ya, sebelum menerima mana-mana watak saya lihat dulu skrip dan kekuatan cerita tersebut, bagaimanapun saya tidak memilih watak utama atau tidak sebaliknya kesan kepada penonton," katanya.

Kata Tasha, dia bersyukur hampir tiga tahun dalam industri, dia telah diberi kepercayaan membawa pelbagai watak.

"Alhamdulillah setakat ini stesen televisyen memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak yang pelbagai.

"Semua watak-watak yang mencabar tahap lakonan saya dan sedikit sebanyak memberi peluang syaa belajar lebih banyak lagi," katanya.

Bercerita tentang drama Lebaran Kasih, Tasha berkata, cabaran utama ialah ketika babak yang terpaksa mengeluarkan air mata.

"Penggambaran pada bulan puasa tiada masalah bagi saya, cuma adegan keluar air mata agak susah kerana kurang air dalam badan.

"Kalau hari biasa saya banyak minum air bagi menambah air dalam badan, jadi senang untuk keluarkan air mata," katanya.

Tasha membawakan watak sebagai adik kepada pelakon Salina Saibi pulang ke kampung kerana menghidapi penyakit kanser.

Bagaimanapun, kakaknya tidak menyenangi kepulangan adiknya itu yang pada awalnya telah berkahwin dengan bekas kekasih kakaknya.

Drama arahan Suhaimi Lua ini akan ditayangkan pada Hari Raya pertama di TV3



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imalzi 23-7-2013 12:55 AM
bagus laa.. ingtkn bapa dia xkasi seksi..
Quote Syayang 23-7-2013 01:04 AM
Macam2 la.. bapak tak larang ke pakai kemain seksi??
Quote RatuDunia94 23-7-2013 01:05 AM
Bapa larang x menari tiang?
Quote amy_gee 23-7-2013 03:25 AM
Nak cari publisiti pun berpada2 la dik.......kait segala mak bapak...........nk potray imej baik.............byk sgt ke tawaran, smpai boleh pilih2..........
Quote fadzyjemi 23-7-2013 03:27 AM
fuhhh.. dah nk sendu ke?? sampai sebut bapak segala... bapak gula da xde??
Quote cicicumel 23-7-2013 03:28 AM
body minah ni cantik...meletop wpon bibir ala2 xde je
Quote munchkin 23-7-2013 04:24 AM
susah lah nak offer dia nanti. Bawaklah watak yang ada variety sikit
Quote mitnick 23-7-2013 04:30 AM
anak bapak ke?
Quote ariellin 23-7-2013 08:07 AM
aku geli tgk dia. sekian.
Quote ahlisihircute 23-7-2013 08:29 AM

dah namanya pelakon kenalah berlakon pebagai watak even watak jahat sekali pon.....
bapa kandung or bapak gula yg x bagi...
Quote tomet05 23-7-2013 08:46 AM
wau .. berlakon jadi makcik2 dha la kan
Quote meteorspeed 23-7-2013 09:18 AM
Wakakah nan hado dia nie. Muka mcm nikel Jasin malaysia
Quote jaketbiru 23-7-2013 03:24 PM
Bapak tak larang ke jadi stok geli2 tokey ikan bakar???
Quote farathe 23-7-2013 03:43 PM
xsuke die neh..xtaw celah bedah mane yg kekonon mirip KD..
Quote cikatilia 23-7-2013 03:49 PM
lahai mudanya 26
tp mcm dah 36
Quote dubuk 23-7-2013 04:39 PM
bulatnyaaaaaa bulat bulattttt
Quote LoVe1412 23-7-2013 05:09 PM
suka sangat kat Tasha Shila ni
dia sangat la comel.
i suka sangat!
Quote solstice 23-7-2013 05:20 PM
Muka dia ni sesuai sgt bawa watak jahat
Memang muka evil
Ala2 evil dalam diam gitu
Quote honeynuyun 24-7-2013 07:35 AM
solstice: Muka dia ni sesuai sgt bawa watak jahatMemang muka evilAla2 evil dalam diam gitu


betul sesangat....kalau watak jahat memang sesuai...kalau sebaliknya nampak mcm plastik plak..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.123381 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top