oleh Adib Za Pernah menyuarakan tidak mahu lagi menggunakan mekap yang tebal pada wajahnya, Alicia Keys telah membuktikan apabila tampil dengan wajah polos dalam majlis MTV Video Music Awards 2016 semalam.
Tanpa sebarang mekap, seperti eyeliner, eyeshadow, lipstik mahupun bedak asas. Namun, menerusi gambar yang beredar, didapati Alicia hanya mengenakan pelembap wajah sahaja. Memang berani kan? Ini memang berbeza betul dengan selebriti lain seperti Beyonce, Rihanna dan juga Britney Spears yang turut membuat persembahan pada malam itu. Alicia turut berada di atas pentas untuk menyampaikan anugerah Best Male Video yang jatuh kepada DJ Calvin Harris. Penyanyi berusia 35 tahun itu sebelum ini pertama kali tampil tanpa mekap di acara BET Awards, pada Jun lalu. Keberanian Alicia seharusnya menjadi inspirasi kepada wanita lain di luar sana. Apa pendapat anda? - CARI
|
9
Bagus |
16
Marah |
9
Terkejut |
15
Sedih |
18
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT