Pertama kali dengar Etok mesti ramai yang tidak pernah makan atau dengar tentangnya, tapi Etok sebenarnya memang sangat popular di Negeri Kelantan. Ia dijadikan penambah selera untuk dimakan bersama nasi kerabu. Rasanya yang lemak-lemak manis serta boleh diratah macam makan keropok menjadikannya antara kudapan pilihan masyarakat di sana dan kalau nak dapatkannya adalah di kawasan air yang bersempadan antara air tawar dan masin. Nak cuba makan Etok kenalah tahu macam mana cara nak masak dan biasanya ia boleh disediakan dengan pelbagai cara termasuk masak singgang, gulai lemak putih atau goreng berempah tapi yang paling sedap adalah secara salai. Cara Salai: 1. Bersihkan Etok dan perapkannya bersama bawang putih, halia, serai, ketumbar dan halia. 2. Salai di atas alat penyalai Etok dan tunggu sehingga betul-betul masak. Jangan pandang rendah dengan khasiat yang ada pada Etok kerana ianya mampu membantu menambahkan darah dalam badan. Cara Makan: Buka kulit Etok menggunakan gigi tapi awas sebab agak bahaya jika terkena serpihan cengkerangnya. Kebiasaannya orang Kelantan memang menggunakan cara ini untuk merasai lebih kelazatan rempah dari Etok yang disalai. Bagi anda yang baru pertama kali nak mencuba boleh gunakan mata pisau sahaja. Peringatan penting: Elakkan minum air sejuk selepas makan Etok sebab akan menyebabkan sakit perut. |
17
Bagus |
18
Marah |
10
Terkejut |
13
Sedih |
4
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Miming2 replied at 11-10-2016 01:12 AM
apa benda etok nie? sejenis binatang kah?#jgnkecam #seriustaktau
CARI-MRO replied at 11-10-2016 10:58 AM
Yup, macam siput sedut. boleh masak macam-macam selalunya famous di Kelantan. Generasi sekarang me ...
Ipo replied at 12-10-2016 11:25 AM
sedapnya...
etok salai makan dengan nasi kerabu
kat area bangi ada jual etok salai ni..
girlfridayz replied at 13-10-2016 03:38 PM
Area bangii kat mana ada jual?
Tolongggg... mengidam sangat...
ADVERTISEMENT