CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buat Sendiri Kerabu Maggi Ala Hadyai, Cukup Rasa Pedas Masam

14-12-2016 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 17572| Komen: 16|Original author: Oleh: Adib Za


Yumm, terbayang keenakan kerabu maggi siam yang lazimnya boleh didapati di pasar terapung Hadyai, Thailand. Bagi mereka yang pernah merasainya, pasti teringat-ingat!


Kini, ia semakin diterima di Malaysia bila ramai yang ingin mencuba sendiri kerabu mee segera tersebut. Tak mengapa, apa kata kali ini anda juga mencubanya. 

Gunakan mee segera siam perisa tomyam, namun jika tiada masih boleh gunakan jenama tempatan. Pilihan perisa tomyam sangat tepat dengan menu dari siam ini. Barulah ummph! Jom cuba! 

Sumber foto: perutbesi.blogspot.my
Bahan-bahan:

3 bungkus mee segera Siam perisa tomyam
10 batang crab stick

1 biji lobak merah dihiris nipis 
Sedikit kobis dihiris nipis 
1 biji bawang besar
Sedikit daun sup dan daun bawang
10 biji cili padi 

Cara-caranya:

1. Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee segera.

2. Masukkan 1 bungkus serbuk perasa mee segera ke dalam air rebusan.

3. Rebuskan mee dan crab stick dengan air rebusan tersebut dan toskan.

4. Setelah siap masukkan ke dalam  bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran tadi. Crab stick pun dihiris juga selepas direbus.

5. Ambil serbuk perasa mee segera dari 2 paket yang tadi dan letakkan ke dalam bekas yang berasingan.

6. Air rebusan tadi jangan terus dibuang. Sebaliknya campurkan ke dalam mangkuk yang berisi bahan perasa mee segera tadi dalam 7 sudu besar. 

7. Campurkan terus ke dalam mangkuk berisi mee segera dan gaul sebati.

8. Tak perlu tambah apa-apa perasa sebab isinya sudah cukup serasi dan cukup rasa. 

9. Tambahkan sedikit sahaja asam limau kerana bancuhan tadi sudah sedia masam.

10. Bahan perencah lain, anda juga boleh menambah seperti udang, sotong, sosej dan juga ayam mengikut citarasa masing-masing. 

11. Siap dihidangkan.- CARI


Kredit resipi: Nieda5515.blogspot.com
9

Bagus
14

Marah
16

Terkejut
9

Sedih
3

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote siskepoh 14-12-2016 06:00 PM
sedapnya. sis paling suka kerabu megi. g thailand x sah xpekena. kat sini pun byk.
Quote shanshero 14-12-2016 06:13 PM
macam sedap nak coba guna mee megi tomyam. sini takde
megi siam
Quote mongoose_kidz 14-12-2016 06:16 PM
Kena guna megi siam peket merah tu..
sbb mee dia halus skit..x kembang
sedapnya,masam,manis pedas sume ade
Quote imransulaiman 14-12-2016 07:18 PM
Macam mana rupa megi siam tu? Mana boleh beli? 7E ada tak?
Quote applecomel 15-12-2016 10:12 AM
Sy beli megi tu dekat pekan rabu alor setar baru ni..
Quote hanisbunny 15-12-2016 12:22 PM
alahaiii..mmg  dh lame nk buat..tp trs lupe..lps tgk ni, craving balik..nnt nk cube buat...nmpk sedap sgt..yummmyy
Quote amyza 15-12-2016 02:44 PM
imransulaiman replied at 14-12-2016 07:18 PM
Macam mana rupa megi siam tu? Mana boleh beli? 7E ada tak?

Dok sempadan banyak lah jual tapi ada nampak jual online.rm1 sepeket.sekotak rm20++
Quote imransulaiman 15-12-2016 05:38 PM
amyza replied at 15-12-2016 02:44 PM
Dok sempadan banyak lah jual tapi ada nampak jual online.rm1 sepeket.sekotak rm20++

Ooooo ada jual online ye?  
Quote cik-jaja 15-12-2016 05:47 PM
wah, harus cuba ni..selain megi siam boleh x
Quote aku_best 15-12-2016 06:57 PM
Meggi perisa tom yam ni ke..yer..mmg tak kembang..halus jer..
Quote iznanaziz 16-12-2016 03:50 PM
crab stick tu apa?
Quote iznanaziz 16-12-2016 04:01 PM
aku_best replied at 15-12-2016 06:57 PM
Meggi perisa tom yam ni ke..yer..mmg tak kembang..halus jer..

ada jual kat tempat kita ke?
kalau tak kembang, sesuai le buat kerabu
Quote nuhanis 18-12-2016 10:29 AM
Edited by nuhanis at 1-1-2017 09:51 PM

Kalau takdak meggi siam tu,  boleh tukar ke maggi ruski.  Halus2 gak maggi dia.
Quote aku_best 18-12-2016 03:36 PM
iznanaziz replied at 16-12-2016 04:01 PM
ada jual kat tempat kita ke?
kalau tak kembang, sesuai le buat kerabu

Beli di padang besar...kat sana murah...tak tahulah kedai2 area utara ni ada ke tak...
Quote fefeeling 1-1-2017 03:13 PM
Dah lama xmkn Maggie... Rasa muak sebab dulu skolah asrama kuat mkn Maggie mlm2 ni lahthe jadinya lol
Quote samasam90 1-1-2017 11:17 PM
mana nak beli mee siam? ne perasa dari mee segera kan. kalau nak perasa dari bahan genuine, acahner, boleh ke?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.089291 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top