CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Bosan Dengan Spaghetti Dan Lasagna? Cuba 6 Lagi Jenis Pasta Ini!

4-1-2017 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11580| Komen: 18|Original author: Oleh: Maly Rosli

Siapa yang tak suka pasta? Pasti hanya sebilangan kecil sahaja yang kurang menggemari makanan berasal dari Itali itu. Malah, sering juga kita lihat ada yang memasak atau menggoreng pasta persis menggoreng mi. Dengan menggunakan rencah yang sama, hanya teksturnya sahaja berbeza.


Pernahkah anda terfikir kenapa terdapat pelbagai bentuk pasta? Bagaimana setiap jenis pasta berlainan digunakan dalam resipi?

Terdapat kira-kira 350 jenis pasta di seluruh dunia dan setiap satu daripadanya diberi beberapa nama gelaran. Sebagai contoh, pasta farfalle lebih dikenali sebagai pasta “butterfly" atau “bowtie".

Berikut adalah lapan jenis pasta yang paling kerap digunakan dalam masakan.


1. Spaghetti 

Sumber foto: Carian Internet


Pasta yang paling kerap kita temui, bentuknya seperti lidi panjang tanpa lubang. Sangat sesuai disajikan dengan sos bolognaise (sos tomato dengan daging cincang).


2. Fussili


Dibentuk seperti lingkaran, biasanya digandingkan dengan sos berkrim bersama tomato dan kacang pea.


3. Lasagna

Sumber foto: steakpastaburger.files.wordpress.com

Berbentuk lembaran tipis dengan panjang sekitar 27 cm dan lebar 5 cm yang dilapisi dengan sos tomato dan daging serta sos putih yang disusun dalam beberapa lapis.


4.  Ravioli


Bentuknya mirip bantal kecil, terdiri dari 2 keping pasta yang di dalamnya boleh diisi dengan daging, keju, dan sayuran, serta makanan laut.


5. Fettuccine


Sejenis pasta panjang seperti spaghetti, tetapi lebih lebar. Lebih lebar pasta tersebut lebih banya telur yang menjadi bahan asasnya. Pasta yang lebih tebal seperti fettuccine lebih sesuai digandingkan dengan sos berkrim seperti carbonara.


6.  Penne


Berbentuk seperti paip dan berlubang di tengahnya dan dipotong serong. Terdapat dua jenis permukaan luar iaitu yang di bergaris dan rata. Ia sesuai digandingkan dengan apa jua jenis sos.


7. Macaroni

Sumber foto: Carian Internet
Berbentuk seperti paip melengkung dan berlubang di tengahnya. Ia sesuai untuk hidangan yang dipanggang seperti macaroni bakar atau digandingkan dengan sos keju. 


8. Farfalle

Sumber foto: LEAFtv

Pasta ini sedikit unik dengan bentuknya seperti tali leher kupu-kupu. Pasta ini sering disajikan bersama hidangan salad atau sajian utama dengan sos berkrim. Boleh juga digandingkan dengan sos ringan seperti minyak zaitun, keju dan mentega.


Yang mana satu pasta kegemaran anda? - CARI
14

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
12

Sedih

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabar_sabariah 4-1-2017 04:35 PM
sedap!!!!
suka makan pasta sbb senang masak
Quote CardiGans85 4-1-2017 04:44 PM
Pg td br suami bwk bekal spageti g keje..kuah Bolognese buat sendiri.maniskn kuah pakai jus delima,celery stalk n carrots.
Quote seramado 5-1-2017 11:39 AM
ya ampun mac and cheese sedapnya
Quote Diamje 6-1-2017 07:31 PM
Sedap. Lagi2 salad pasti kenny rogers
Quote WhiskeyScotch 6-1-2017 09:41 PM
Ni tak suka bila masuk thread makanan mesti terliur nak pergi beli.
Quote tayam 9-1-2017 02:15 PM
adoi rasa lapar pulak
Quote samasam90 11-1-2017 10:31 AM
ada sesape resepi mudah buat sos bolognese x?
Quote ctsueraya 16-1-2017 03:44 PM
Edited by ctsueraya at 16-1-2017 03:48 PM
samasam90 replied at 11-1-2017 10:31 AM
ada sesape resepi mudah buat sos bolognese x?

ada..i rasa resepi i ni simple tapi kalau nak lagi simple beli yang dh siap macam dalam botol prego/kimball/leggos

this one my version, untuk 4 people

BAHAN-BAHAN
- I beli daging cincang sejuk beku jenama ramly ke/yang ada kat pasaran (1 paket/ 1 tiub)
ni yang jenama Ramly

ni jenama Azmi


- bawang holand dipotong dadu/ diracik halus

UNTUK SOS
- 1 tin kecil tomato puree(apa2 jenama)
- 1 peket perencah bolognese jenama MAGGI



- 1/2 kiub atau 1 kiub ayam (knoor/maggi) perencah tumix
- garam dan gula secukup rasa
- rempah oregano(beli je yang dalam botol tu)---> banyak jenama dah sekarang di pasaran


CARA-CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak, masukkan bawang holand...lepas bawang dah nampak layu sikit, masukkan daging..daging tu biar lama sikit sampai air dia agak kering kemudian masukkan tomato puree dan sedikit air(kalau nak kuah pekat, masuk air sikit jelah)

- Biarkan mendidih, (belakang paket maggi tu pun ada arahan memasak sebenarnye)
- Kemudian masukkan pula kiub ayam dan perasakan ikut lidah korang nak masin atau manis camne
- Macam tekak aku ni suka manis sikit sebab tomato puree masam, so aku balncekan rasa garam dan gula tu
- Pastu dekat2 nak masak tabur jelah rempah oregano

siap!!! jgn lupa plak rebus spageti yerk
-

Quote Ladybosss 18-1-2017 03:00 PM
Nk masak untuk mlm ni laa
Quote fishcracker 22-1-2017 01:35 PM
Ravioli...iol suka!!!!tapi kat sini takde,kalau jenjalan seberang tambak n singgah pastamania iol order ravioli
Quote emma_lee 24-1-2017 03:32 PM
ade takk sesape resepi carbonara yg superbb.. ?
tq
Quote pyaarAmor 3-2-2017 09:22 AM
My fav always lasagna..nak buat pon senang
Quote greantea 6-2-2017 03:43 PM
i suka buat buat carbonara y x payah msk mcm rachel rays buat. sedap dan mudah. resepi xde. olah2 sendiri jek
Quote me12345 9-2-2017 06:49 PM
Memang senang masak western. .cepat cumaccostly bahan bahan. ..
Quote minah_pemalu 10-2-2017 09:16 PM
ada tak resepi carbonara yg best
Quote GincuPurple 12-4-2017 02:34 AM
Edited by GincuPurple at 11-4-2017 06:42 PM

Beef Aglio Olio with Pesto

Resepi ni gincu dapat dari kawan berasal dari itali. Resepi asal tiada daging. Dengan daging lagi sedap wooo. Kuantiti daging dan pasta, korang pandai2 lah agak. Kalau sauce sikit, pasta pun sikit kan lah.


Bahan:
- daging dihiris nipis. Perasakan dengan garam
- seulas bawang putih di ketuk
- sebekas tomato ceri dibelah 2
- daun basil kering hancur (dlm botol), sedikit. kalau nak pakai basil segar lagi bagus. chopped.
- kepingan cili (chilli flakes), ikut suka hati
- pes pesto, 2-3 sudu besar (beli  je dalam botol. tak payah susah2 buat sendiri)
- minyak zaitun extra virgin, 4-5 sudu (aglio olio   perlu lebih minyak.
- gula, sedikit
- garam

Cara:
1) Panaskan minyak zaitun dlm pan(kuali pun boleh saja). Gorengkan daging bersama bawang putih. Tidak perlu garing, cukup sekadar air daging kering dan daging masak.
2) masukkan tomato, taburkan sedikit gula. Utk kurangkan kemasaman/acidity tomato. Biar seketika.
3) taburkan sesudu kecil chilli flakes dan sesudu kecil basil  kering (basil flakes).
4) Gaul-gaulkansehingga tomato menjadi lembut dan mula hancur. Perasakan dengan garam. Kalau tak cukup minyak, tambah.
5) bila tomato dah sebati kelihatan hancur, masukkan pesto. Gaul. Tambah garam jika perlu. Kecilkan api.
6) masukkan spaghetti yang telah direbus. Gaul sebati. Sila ikut arahan masa ketika merebus spaghetti. Jika ingin al dante, kurangkan seminit (petua org itali ni, bukan gincu yg kata).
7) hidangkan dengan menabur keju parmesan.

Nota: gincu dah cuba guna ayam, tak sesedap daging lembu. sentiasa rasa masakan anda. Tambah apa yang patut.


Quote ibuaq 30-5-2017 02:09 PM
Wah sedap tu . Mac n cheese my peberet.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.089471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top