CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen 'Hencap' Pakaian Kebangsaan Miss Malaysia, Bandingkan Dengan Negara Jiran

13-1-2017 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10444| Komen: 27|Original author: Oleh: Adib ZA


Seperti dijangka pakaian kebangsaan untuk wakil Miss Universe Malaysia, Kiran Jassal mendapat pelbagai reaksi termasuk positif dan juga negatif di kalangan netizen. 


Antara yang negatif termasuklah, rekaan busana berinspirasikan bangunan berkembar KLCC itu dikatakan tak menonjolkan ciri dan budaya sebenar Malaysia. Itu salah satu pandangan yang dilemparkan, selain pelbagai tohmahan lain diberikan. 

Malah menerusi satu status di laman sosial, ada di kalangan netizen yang membandingkan persalinan dari Malaysia dengan negara jiran, Indonesia yang dilihat lebih gah dan menepati ciri pakaian kebangsaan. 

"Anda lihat apa yang wakil kita akan pakai.

"Ini pula Miss Indonesia punya pakaian kebangsaan. Saya masih tertanya-tanya siapa yang membenarkan pemilihan kostum Miss Malaysia?" ujar netizen ini. 

Dalam pada itu, tinjauan yang dilihat menerusi laman Facebook rasmi Miss Universe Malaysia, rata-rata netizen memberikan sokongan terhadap rekaan yang dibuat oleh Rizman Ruzaini ini. 

Mereka turut memberikan contoh pemenang untuk pakaian kebangsaan terbaik tahun lalu iaitu Miss Thailand yang mengenakan busana berinspirasikan Tuk Tuk iaitu pengangkutan awam negara Siam itu. 


"Tolonglah, Miss Universe sudah 60 tahun, kebaya, kebarung, songket, batik dah lama. Kita kena berfikir di luar kotak, pecah tradisi," ujar seorang netizen. 

Malah, perekanya Rizman menerusi Harian Metro turut memberikan kenyataan tentang hal tersebut. 

"Mungkin ramai keliru antara pakaian kebangsaan dan tradisional. Dalam pertandingan Miss Universe, pakaian kebangsaan adalah sesuatu yang melambangkan apa saja identiti yang menjadi kebanggaan negara berkenaan."

Miss Thailand ketika memperagakan pakaian kebangsaan tahun lalu, berinspirasikan Tuk Tuk.
Apa pula pandangan anda? Tidak kisahlah apa jua pun, jangan lupa berikan sokongan kepada wakil negara kita  yang bakal 'bertarung' di Manila, Filipina pada 30 Januari ini. - CARI 

Foto: Carian Internet
8

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 13-1-2017 06:50 PM
Benda yang kat kira kanan bahunya tu buat pakaian tu nampak pelik
Quote Cuppy 13-1-2017 07:29 PM
Edited by Cuppy at 13-1-2017 07:30 PM

To be honest, mcm x kene je. Nampak buruk pon ade.

Betulkan I. I ingat baju kebangsaan tu baju kurung, sari, cheongsam plus etnik2 sabah sarawak punye baju. Bukan ye?

Tau sume tu trmasuk dlm baju traditional tapi still baju kebangsaan jugak kan? Identiti juga tu...
Quote mongoose_kidz 13-1-2017 07:52 PM
Bnda kat bahu nmpak macam drill..haha
tp kler mmg lawa la...n pada mata aku lawa walaupun pelik
Quote WhiskeyScotch 13-1-2017 07:59 PM
Thailand punya outfit pasal TUK TUK THE BEST!!!
Quote ReginaBeauty 13-1-2017 09:21 PM
I think its a good idea to use other than traditional theme, but this outft def lacking wow factor.

Give it some more, Im sure this will be phenomenal costume ever.
Quote missinpiece 13-1-2017 09:54 PM
Design tu lawa. Tp lagi anggun kalau pakai cam Puteri Gunung Ledang . Terpulang la mata yg menilai. Pakaian Miss Indo n Miss Thai mmg cantik dan kena ngan negara diwakili
Quote makneng 13-1-2017 10:01 PM
Mak terwow dgn pakaian miss Thai n miss Indonesia ye.  Rekaan rizman n ruzaini ni pd mak menarik juga cuma rasa mcm simple sgt.  Jgn lahar mak ye.  
Quote ReginaGeorge 13-1-2017 10:26 PM
Tak paham
Quote cicicumel 13-1-2017 10:38 PM
Lawa cuma kalu lagi ketat lagi lawa sbb nmpak looose sgt
Quote misc 13-1-2017 11:08 PM
Lagi satu miss msia tu kena betulkan posture mcm tiang bendera baru la klcc ni nampak ok. Kalau pakai evening dress baru sesuai posing senget bontot. Tgk ms thailand dgn indon tu posing mcm mana.
Quote batmana 13-1-2017 11:28 PM
Kostum watak penjahat power rangers ke tu
Quote cassriena 14-1-2017 12:21 AM
Kat bod gosip kitorg panggil benda kat bahu tu... tin susu cap junjung
Quote cknoriz 14-1-2017 02:11 AM
IMG_0731.PNG
IMG_0732.PNG

haru betoii fitting smpai nmpk terseksa ketek minah tu hahaha
Quote dani-rox 14-1-2017 02:28 AM
entah lerr, bagi ai ok jah.
it's not what you wear honey, but how you wear it.



Quote cikkittydiva 14-1-2017 07:05 AM
Edited by cikkittydiva at 14-1-2017 07:07 AM

bukan ke simbol utk Malaysia bunga raya?  hihihi.. haku ni old fashion sikit.. tapi ok la tu.. klcc tu dr M punye idea.. weeee!!!!!     
Quote fishcracker 14-1-2017 01:42 PM
takde ke designer yang bole buat baju wakil malaysia elok sikit?????tak yakin kiran bole dapat,plus sheol takde aura
Quote boyagombak 14-1-2017 02:33 PM
Jadi harga barang akn turun ka kalau menang miss Unibers ni
Quote PongKang 14-1-2017 03:35 PM
mcm halloween costume party
Quote samasam90 15-1-2017 10:00 AM
meolls think baju ne simple sangat. sekadar pakai swavorski(betul ke nama) crystal, dgn klcc kat tepi tak cukup non. wow factor tiada.

rasanya tak salah kalau guna kain batik, songket o apa2 la kain tradisional kat mesia, because bahagian national costume tu kan nak cari identiti negara. klcc dan swarovski tak cukup rasanya.

tapi overall look is not bad juga lah. cuma wow factor itu tiada.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.057771 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top