CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gaul-gaul Sekejap, Sudah Siap Tauhu Berlauk Yang Sangat Enak!

1-2-2017 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10284| Komen: 38|Original author: Oleh: Adib ZA


Terlalu enak! Itulah perasaan bila 'menghadap' menu yang satu ini. Tauhu berlauk, bukan sahaja sedap malah penuh khasiat dan juga sangat mengenyangkan.


Gabungan tauhu biasa dan juga tauhu Jepun bersama isi ayam atau udang, menjadikan ia bukan sekadar tauhu yang biasa-biasa. Enak dimakan bersama sos Thai atau pun dengan nasi putih. 

Penyediaan agak ringkas, ia menggabungkan cara masakan mengukus dan kemudiannya menggoreng. Potong mengikut citarasa anda dan hidangkan panas-panas. Memang terangkat. 

Foto: IzaAkma
Bahan-bahan:

4 ketul tauhu
2 tiub tauhu Jepun
udang atau isi ayam
cili merah

daun bawang
daun sup
telur 4 biji
garam, serbuk lada putih, serbuk perasa


Cara Membuatnya:

1. Kisar tauhu, tauhu Jepun, 2 biji telur, dan udang atau isi ayam.

2. Selepas itu, masukkan hirisan daun bawang dan cili merah.

3. Perasakan dengan garam, serbuk lada putih serta serbuk perasa. Gaul rata.

4. Masukkan bahan bancuhan tadi dalam bekas plastik dan kukus ia selama lebih kurang 15-20 minit.

5. Angkat dan sejukkan, kemudian potong mengikut saiz yang dikehendaki.

6. Pukul 2 biji telur. Celup tauhu yang dipotong tadi dan goreng sehingga garing. Hidangkan. - CARI


Kredit resipi: Resepi Bonda

Foto: Youtube Noxxa
18

Bagus
15

Marah
27

Terkejut
14

Sedih
21

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote IxoraP 1-2-2017 01:53 PM
wahh... nk cuba la nti. bahan2 pun mudah didapati
Quote Star_el 1-2-2017 02:01 PM
nmpk sedap dan senang, nak try nnt
Quote nuyunnisa 1-2-2017 02:55 PM
Sangat menarik ni...mmg akan cuba.tauhu je takde kat umah ni.
Kalo saya.cili merah tu sy kisar skali..bukan apa.tak suka keping2 cili yg kasar rasa pedih perut
Quote mizzacu 1-2-2017 03:54 PM
mmg sedapppppp
Quote amyza 1-2-2017 05:16 PM
Sedapp nyee. Tapi penyakit M dtg.
Biasanye i potong tauhu jepun pastu goreng,buat kuah sos tiram then curah.hihi
Quote cik-jaja 1-2-2017 05:50 PM
haa penah buat..sedap klu dibuat manis2 sikit..
Quote siskepoh 1-2-2017 06:13 PM
senang gilos. ni boleh try msk utk anak2
Quote missinpiece 1-2-2017 06:25 PM
Pernah jumpa org jual kt kg baru..sodap..skarang dah xde
Quote violet_ingrid 1-2-2017 06:37 PM
dah penah buat 2-3 kali jugak..sedap kalau isi udang/ayam tu letak lebih sikit. kalau nk healthy lagi, takyah goreng, lepas sejukkan, letak dlm fridge then steam lg skali...cicah dgn kicap cair...
Quote dubuk 1-2-2017 07:19 PM
sedapnyaaa slurpp
Quote samasam90 1-2-2017 11:55 PM
nak tanya, yang masuk kan dalam bekas plastik tu masukkan kedalam tupperware/plastik "plastik" putih as in supermarket?
Quote eileen80 2-2-2017 08:43 AM
blh cube nie. xpnh wat.
Quote chinta89 2-2-2017 09:19 AM
yumm yummm terliurnya blh cuba ni
Quote makton 2-2-2017 10:38 AM
dah penah buat.. memang sedap.. rasa mcm nugget ayam.
anak aku suka betul lauk ni.
Quote Star_el 2-2-2017 12:20 PM
samasam90 replied at 1-2-2017 11:55 PM
nak tanya, yang masuk kan dalam bekas plastik tu masukkan kedalam tupperware/plastik "plastik" putih ...

rasanya bekas plastik clear yg org buat kek tu, mcm anis choc cake punya bekas
Quote faztee 2-2-2017 02:06 PM
simple n cepat..tp bbudk pyh nk mkn bnde gini
Quote nut.legacy 2-2-2017 02:21 PM
simple.. tak sabar nk try
Quote MsKathryn 2-2-2017 05:49 PM
Dh penah buat... sedap!
Quote cahayamataku 3-2-2017 01:05 AM
nampak senang ! nanti boleh try. tq tt

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.072948 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top