CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Nutella Homemade Mudah, Pasti Terangkat!

16-2-2017 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4569| Komen: 17|Original author: Oleh: Maly Rosli

Pelbagai variasi resipi boleh diolah dengan menggunakan sapuan Nutella. Namun harganya juga boleh tahan mahal. Jika sekali-sekala, bolehlah dibeli. Tapi takkan lah nak beli selalu, bukan?


Untuk lebih jimat, apa kata anda buat sendiri sapuan Nutella anda? Bukan sahaja lebih menjimatkan, malah kebersihan bahan-bahan serta cara pembuatannya lebih terjamin.

Tiada masalah jika anda tetap mahu membelinya. Khas buat anda yang suka mencuba resipi baru, cubalah resipi Nutella homemade ini!


Resipi Nutella Homemade Mudah, Pasti Terangkat!


Bahan:


4 cawan susu segar
3-4 sudu besar hazelnut
4 cawan gula pasir
4 sudu besar tepung serba guna
6 sudu besar serbuk koko
200g mentega
1/2 sudu besar garam


Foto: The Huffington Post


Cara membuatnya:

1. Campurkan gula, serbuk koko, dan tepung dalam mangkuk.

2. Sedikit demi sedikit masukkan susu sambil digaul bagi mengelakkan campuran daripada berketul-ketul.

3. Apabila campuran sudah sebati, masukkan ke dalam periuk.

4. Panaskan campuran menggunakan api sederhana. Kacau selalu bagi mengelakkan campuran daripada hangus atau melekat pada dasar periuk.

5. Masukkan hazelnut kisar yang sudah dipanggang atau digoreng (ikut citarasa) ke dalam campuran tadi.

6. Tambah mentega dan garam, kacau rata.

7. Masak campuran atas api sederhana dan terus kacau sehingga campuran menjadi pekat (lebih kurang 15-20 minit).

8. Biar Nutella 'homemade' anda sejuk sebelum dimasukkan ke dalam jar bertutup. Simpan di dalam peti sejuk.


Foto: Baked by an Introvert


Cubalah buat Nutella anda sendiri! Dijamin lebih halus dan sedap. Selamat mencuba! - CARI


Kredit resipi: Bright Side
18

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellxx 16-2-2017 08:12 PM
ya ampunn pasti terangkat rasanya !!!! nak try nak try
Quote WhiskeyScotch 17-2-2017 01:35 AM
Nutella sedap kalau disalut dgn roti putih gardenia!!!
Quote Ahcum 17-2-2017 09:09 AM
Yeahh boleh try nanti
Quote buragazz 17-2-2017 09:14 AM
kompom aku try...
Quote Loloq89 17-2-2017 09:21 AM
4 cawan gula
Quote Siputjelly 17-2-2017 09:49 AM
mak oi banyaknya gula.
Quote sabar_sabariah 17-2-2017 11:12 AM
kan pernah keluar satu artikel pasal nutella
katanya tak bagus untuk bebudak
sebab banyak gula
Quote minahsenget 17-2-2017 04:48 PM
mmg sedap tp manis sgt takut pulak nak makan
Quote drivethru 17-2-2017 06:54 PM
Nape nutella kat rumah aku, x teringin pun nak makan. Kadang2 sampai berair bahagian nutella tu. Sampai expired pun pernah. Tapi kat rumah orang, rasa sedap jer.
Quote ahkon 17-2-2017 07:44 PM
drivethru replied at 17-2-2017 06:54 PM
Nape nutella kat rumah aku, x teringin pun nak makan. Kadang2 sampai berair bahagian nutella tu. Sam ...

aah rumah aku pun    
Quote mummyalissa 17-2-2017 10:45 PM
anak aku makan nutella mcm mkn ice cream
Quote faztee 20-2-2017 02:01 PM
boleh kot kurgkn ckit amount gula tu..ikut kesesuaian kita..nk wt sndiri cm mls nk bli brg tu..huhuhu..tp mmg bgus la if dpt wt sndiri..jimat..trutama fmily yg jnis hnatu choc ni..fmili aq le tu..
Quote devilito2 21-2-2017 11:48 AM
sedap... tp malas jer nak buat...
Quote keds 22-2-2017 01:20 PM
Nutella rumah aku pun tak habis habis laghiii... Dah lama daaa...  Tapi bila orang punya sedap pulak aku rasa
Quote me12345 2-3-2017 08:17 PM
Balik terus try...mmg sedapppp
Quote sosempoi 3-3-2017 11:04 PM
rasa sama tak mcm nutella? ..kena try ni.
kadang2 beli brand lain takes sedap langsung.
Quote ayjay 8-3-2017 06:32 PM
Harus tak sedap. Tengok resepi pun tahu tak sama dengan Nutella.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.253492 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top