Semenjak terjadinya pembunuhan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 13 Febuari lalu, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara semakin tegang. Kerajaan Malaysia dengan tegas menolak desakan Korea Utara untuk menyerahkan mayat Jong Nam kerana mangsa perlu dibedah siasat terlebih dahulu. Tindakan yang diambil oleh Malaysia adalah mengikut undang-undang yang sedia ada dalam negara ini. Pihak PDRM turut mengatakan tanpa penyerahan sampel DNA dari keluarga mangsa, kerajaan Malaysia tidak akan menyerahkan mayat mangsa kepada Korea Utara. Keadaan "menjadi lebih panas" apabila kerajaan Malaysia mengisytiharkan "persona non grata" kepada Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol. Tindakan "usir dalam tempoh 48jam" itu dikeluarkan oleh Wisma Putra kerana secara umumnya Kang Chol telah mengkritik siasatan Malaysia berhubung pembunuhan abang tiri Kim Jong Un.
Sebagai reaksi balas, Korea Utara turut mengisytiharkan "persona non grata" kepada Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad dan diberi tempoh 48jam untuk meninggalkan Korea Utara. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Korea Utara "semakin menggila" apabila mengeluarkan larangan kepada semua rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara itu. Memetik agensi KCNA, tindakan itu mungkin satu cara untuk menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan ketika sengketa diplomatik antara kedua-dua negara semakin buruk. Korea Utara sememangnya terkenal dengan kegilaan pemimpinnya yang disifatkan sebagai "tidak makan saman" dan negara diktator paling gila didunia. Negara komunis itu turut memiliki kekuatan tentera yang besar serta didakwa memiliki senjata nuklear. Korea Utara juga sering dikecam masyarakat antarabangsa kerana selalu mengingkari resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan melancarkan ujian roket jarak jauh (balistik). Tindakan Korea Utara yang angkuh itu dianggap sebagai satu provokasi dan boleh mengancam kestabilan serantau serta dunia. Disaat ini, perkara yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia adalah kemungkinan berlakunya konflik persenjataan antara Malaysia dan Korea Utara. Berikut adalah antara reaksi rakyat Malaysia yang melahirkan kebimbangan mengenai ketegangan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara. Tidak kurang juga yang mengaitkan krisis ini dengan isu politik dan permulaan perang dunia ketiga (WW3). Walau bagaimanapun, hentikanlah sebarang spekulasi, "lawak bodoh" atau memandang rendah keupayaan tentera kita. Jadilah seorang yang patriotik dan sama-sama kita doakan agar krisis yang kian meruncing ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa melibatkan perperangan. - CARI |
24
Bagus |
19
Marah |
24
Terkejut |
18
Sedih |
28
Lawak |
25
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
shark replied at 8-3-2017 02:57 PM
Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpi ...
shark replied at 8-3-2017 06:57 AM
Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpi ...
shark replied at 8-3-2017 02:57 PM
Dimanakah terletaknya kekuatan Korea Utara, pada senjatanyakah? Pada tenteranyakah atau pada pemimpi ...
tumpanglalu74 replied at 8-3-2017 03:04 PM
Yang ni konfem boria utara..
ADVERTISEMENT