Sejak kebelakangan ini, ke mana sahaja kita pergi pasti akan kelihatan gerai menjual durian. Memang tak putus-putus pelanggan mengunjunginya.
Dalam pada itu, sambal tempoyak menjadi antara sambal yang paling digemari ramai selain sambal belacan. Apabila digandingkan dengan nasi panas, memang 'kaw' rasanya! Tak perlu lauk 'hebat-hebat', makan dengan telur goreng pun sudah memadai. Tapi, pernah tak anda rasa sambal tempoyak dari Sumatera Selatan? Kalau belum, anda harus cuba, kerana cara membuat dan rasanya tak sama dengan sambal tempoyak yang biasa kita makan hari-hari.
Resipi Tempoyak Bahan-bahan: Isi durian masak Sedikit garam Cara membuatnya: 1. Gaul rata isi durian dan garam 2. Masukkan isi durian ke dalam bekas bertutup 3. Peram lebih kurang seminggu atau sehingga menjadi tempoyak. Nota: ATAU anda boleh beli tempoyak siap di mana-mana kedai berdekatan Resipi Sambal Tempoyak Goreng Bahan-bahan: 4 ulas bawang merah* 2 ulas bawang putih* 3 biji cili besar merah* Sedikit cili api* (mengikut selera dan ketahanan pedas masing-masing) Nota: Kisar bahan bertanda (*) Tempoyak secukupnya Gula Garam Perasa Minyak masak Cara membuatnya: 1. Tumis bahan kisar hingga naik bau 2. Masukkan tempoyak, garam, gula dan perasa secukupnya 3. Tumis lebih kurang 2-3 minit atau hingga pecah minyak 4. Angkat. Siap disajikan! Mungkin ada yang tak pernah melihat resipi sambal tempoyak goreng ini dan merasa agak pelik. Jika nak tahu sedap atau tidak, cubalah sendiri resipi ini! Memang terliur terutama bila makan dengan ulam. Gerenti terangkat! - CARI Kredit resipi: Dream.co.id
|
13
Bagus |
13
Marah |
20
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT