CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Lelaki Ugut & Ancam Tembak Isa Samad Di Facebook

22-6-2017 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4943| Komen: 36


sumber : www.malaysiandigest.com


Polis sedang memburu lelaki yang membuat ugutan dan ancaman di Facebook akan menembak bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Isa Samad.

Memetik laporan New Straits Times, Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berkenaan menghantar komen yang mempertikaikan penyelesaian kemelut FGV kelmarin susulan peletakan jawatan Mohd. Isa. 

Tambahnya, pihak polis menjalankan siasatan selepas laporan dibuat Naib Presiden 3 Kelab Tinju Felda Malaysia, Aripen Tugimin di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada pukul 3.16 petang kelmarin.

“Polis akan menyiasat kes berkenaan kerana melakukan ugutan dan sedang mencari lelaki berkenaan."


Sementara itu, Mohd. Isa enggan mengulas mengenai perkara itu ketika ditanya semasa menghadiri program "Ops Selamat" di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsan 2.

“Saya tak nak ulas” ujarnya ketika dihampiri wartawan.

Beliau melepaskan jawatan Pengerusi FGV kelmarin ekoran kemelut melibatkan pengurusan tertinggi syarikat itu dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).- CARI


20

Bagus
15

Marah
13

Terkejut
21

Sedih
13

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finesse 22-6-2017 09:25 AM
Makin sewel rakyat Malaysia disebabkan perangai pemimpin yg rata2 sewel hanat, selain kenyataan2 laknat..

#cashkpdpemimpinmesiayghanat
Quote kambeng_masam 22-6-2017 09:33 AM
kalau lah semua rakyat malaysia kuar ayat yang sama, kita tgk la nak humban kemana semua2 nih nanti.

tapi masalah yg kelakarnya, ada juga pencacai bermotor cabuk buruk pun tak sador2 diri puji melambung jiban dan bihen bagai.
Quote kakiselit 22-6-2017 09:35 AM
Edited by kakiselit at 22-6-2017 09:37 AM

JEMPOL 21 Jun - Seorang lelaki yang membuat ugutan terhadap bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad melalui laman sosial, Facebook semalam kini dicari polis.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berkenaan menghantar komen yang mempertikaikan penyelesaian kemelut FGV susulan peletakan jawatan Mohd. Isa kelmarin.


Katanya, pihak polis menjalankan siasatan selepas laporan dibuat Naib Presiden 3 Kelab Tinju Felda Malaysia, Aripen Tugimin di Balai Polis Bandar Seri Jempol di sini pada pukul 3.16 petang ini.

Polis akan menyiasat kes berkenaan kerana melakukan ugutan dan sedang mencari lelaki berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Isa ketika ditemui selepas Kempen Balik Kampung di Jalan Mahsan di sini petang ini enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.
Saya tak nak ulas” ujarnya ketika dihampiri wartawan.

Beliau melepaskan jawatan Pengerusi FGV kelmarin ekoran kemelut melibatkan pengurusan tertinggi syarikat itu dan kemudian dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). - UTUSAN ONLINE









Quote kakiselit 22-6-2017 09:35 AM
Edited by kakiselit at 22-6-2017 09:36 AM


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-buat-ugutan-terhadap-isa-samad-di-facebook-dicari-polis-8232-1.495927#ixzz4kgu7HtYi
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote BENTARA 22-6-2017 09:42 AM
laju laju lajuuuuuuuuuuuuu
Quote CiliPadiSedap 22-6-2017 10:07 AM
perkataan tembak tu bahaya ugutan. walaupun tak berlaku lelaki tu akan jd suspek utama..

perkataan sepatutnya peluk cium kasih sayang beri hadiah, sambut dengan kompang bunga manggar, menari zapin, menari kugiran, menari oppa gangnam style, yamgseng, dan sewaktu dengannya

perkataan di larang, tembak, pukul atau apa2 yang melanggar undang2 malaysia..

belajarlah guna perkataan yang elok.. budi bahasa melambangkan budaya kita.
Quote aku.semut.merah 22-6-2017 10:17 AM
Bodoh giler. Banyak lagi hal lebih penting
Quote EJALTI 22-6-2017 10:18 AM
Tapi toyol pendek nih memang layak ditembak pun...
Quote Maideen. 22-6-2017 10:21 AM
Thread dah ada lah bodoh.

https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1

Mod sila ban forumner ini8 sebab bodoh dan menyusahkan orang serta membuang masa forumner lain.
Quote tagas 22-6-2017 10:21 AM
tadak sakit

carik penyakit
Quote kambinggila 22-6-2017 11:18 AM
jiban ni aku boleh la agak si najib. bihen ni spesis bi hun goreng ka?
Quote kakiselit 22-6-2017 11:24 AM
Maideen. replied at 22-6-2017 10:21 AM
Thread dah ada lah bodoh.

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1048080&extra= ...

Apa minta tolong pada MOD, minta la tolong pada JOHN atau spirit suci (jgn salahkan aku, nick hang acom selalu ckp camni)
Quote kakiselit 22-6-2017 11:25 AM
CiliPadiSedap replied at 22-6-2017 10:07 AM
perkataan tembak tu bahaya ugutan. walaupun tak berlaku lelaki tu akan jd suspek utama..

perkata ...

lagi satu `bom' atau sewaktu dgnnya
Quote R2D2 22-6-2017 11:28 AM
tugas polis bertambah byk
nak siasat laporan politik lagi etc
Quote Teru2Bozu 22-6-2017 11:34 AM
tak berbaloi langsung walaupun ramai mengharapkan benda tu berlaku
Quote meteorspeed 22-6-2017 11:36 AM
tak dak sapa ker nama bela rakyat..rakyat sgt tertekan skrg.. org atas tolong cover each other..g la carik kerja dr bolot duit rakyat
Quote jetonkepoh 22-6-2017 12:41 PM
Dia ni mmg xpernah ada rekod bersih ekkkkk????
Quote batmana 22-6-2017 12:59 PM
klu buru kt forum ni, aku rasa sesak penjara nnti
Quote -electrifying- 22-6-2017 02:27 PM
wah laju aje siasat org tu, yg babi yg kaki report tu apahal...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.100959 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top