CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Ibu Bapa, Jangan Nafikan Hak Anak-anak Walau Sepayah Mana Kehidupan Anda!

13-7-2017 06:11 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 4866| Komen: 17

Ramai yang abanG jumpa di kalangan mereka yang susah dan daif ini mempunyai ramai anak, ada sesetengah keluarga itu anaknya lebih dari 5 orang bahkan ada yang sampai 12,13 orang. Fuhhhhh…..


Memang betul setiap anak membawa rezeki yang berbeza dengan sifat dan perangai yang berlainan. Kita tidak boleh anggap mendapat anak sebagai satu beban dalam kehidupan TETAPI kita juga perlu melihat dari sudut lain sebagainya : 

PENDIDIKAN, KESIHATAN, KEBERSIHAN, MAKANAN, KASIH SAYANG, PERGAULAN, KEHIDUPAN. 

1. PENDIDIKAN

Kita perlu melihat tahap pendidikan anak-anak kita, perkara paling penting dalam hidup sebagai seorang kanak-kanak adalah mendapat dan belajar sesuatu yang boleh memberi imapak kepada mereka apabila besar nanti.

Menjadi satu kewajipan kepada kita untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak bermula dari TADIKA kepada SEKOLAH RENDAH kepada SEKOLAH MENENGAH dan TAHAP PENDIDIKAN TINGGI.


Ramai di kalangan mereka yang susah/daif tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah, alasan mereka kerana kehidupan yang DAIF/MISKIN .


2. KESIHATAN

Tahap kesihatan anak-anak seringkali merisaukan mereka (Ayah & Ibu) kerana dengan tahap kemiskinan yang mereka hadapi menyukarkan lagi mereka memberi rawatan yang terbaik kepada anak-anak. Mereka (Ayah & Ibu) akan menggunakan apa sahaja sumber yang ada untuk menyembuhkan anak-anak walaupun ianya bertentangan dengan system kesihatan kita ( Mengunakan cara lama/bomoh/dukun).

Ramai di kalangan mereka yang susah/daif hanya membiarkan sahaja anak-anak jika mereka DEMAM, alasan mereka kerana TIADA DUIT nak beli ubat. 

3. KEBERSIHAN

Mungkin kerana tahap didikan untuk menjaga kebersihan diri dan rumah yang kurang menjadi punca kepada persekitaran yang KOTOR kalau dilihat saling tak tumpah seperti tempat memproses SISA BUANGAN.

Miskin, daif dan anak ramai bukan menjadi alasan untuk TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN, ianya bermula dari kedua ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan diri dan keadaan sekeliling. Apa yang di ajar hari ini untuk mereka di MASA DEPAN.

Ramai di kalangan mereka yang susah/daif hanya membiarkan keadaan rumah yang bersepah,kotor dan berbau busuk, alasan mereka kerana anak ramai dan miskin.


4. MAKANAN

Sering menjadi isu dalam penyediaan makanan buat keluarga , makan tidak menentu dan kurang berkhasiat, makan apa sahaja yang ada dan boleh.

Sumber TENAGA dan perkembangan anak-anak terbantut.

Anak sering tidur tanpa makan, anak kecil diberi susu pekat untuk kenyangkan perut dan hentikan tangisan.

Ramai di kalangan mereka yang susah/daif tiada pendapatan tetap dan terputus sumber makanan menjadi punca anak-anak ini kelaparan dan kurang pengambilan makanan berkhasiat.

5. KASIH SAYANG

Kasih sayang di antara ibu bapa dan anak kadang-kadang tidak dibahagikan dengan sama rata atau ada yang tidak dapat kasih sayang terus, kesibukan kedua ibu bapa mencari rezeki menjadi punca anak-anak ini dahagakan kasih sayang, mereka telah di didik, telah di 'toucher' mentalnya untuk hidup berdikari tanpa mendapat kasih sayang yang sepatutnya.

Ada di antara anak-anak yang di pukul di dera dek kerana masalah kehidupan yang daif dan miskin, mereka masih kecil dan tidak mengerti apa itu kesusahan.

Ramai di kalangan mereka yang susah/daif mengabaikan anak-anak, tidak memberi kasih sayang yang sepatutnya mereka dapat, mendera akal dan fikirannya dengan cara meninggi suara dan memaki hamun mereka….. walaupun hanya tertumpahkan air kosong. 


6. PERGAULAN 

Pergaulan bebas dan tidak dikawal oleh ibu bapa sangat membimbangkan, oleh kerana mereka kurang mendapat perhatian dari keluarga dan sering kali dahagakan kasih sayang keluarga di tambah pula tiada didikan agama.

Apabila mereka dewasa atau meningkat remaja ini yang sangat membimbangkan, anak perempuan akan mencari kebebasan dan kasih sayang di luar manakala yang lelaki akan menunjukan kemarahanya memberontak dan melawan.

Dengan keadaan yang tidak terkawal mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk memuaskan diri sendiri .

Ramai di kalangan mereka yang susah/daif menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggungjawab (Dirogol, Dipukul , Ditipu ) 


7. KEHIDUPAN

Mereka yang susah dan daif ini kehidupannya sangat berbeza, pergaulan, percakapan, permikiran, pemakaian, semuanya berbeza.

Anak-anak mereka berhak untuk mendapat kehidupan yang sempurna dan selesa, oleh kerana kesempitan hidup menyebabkan mereka berserah dengan apa yang ada.

Setiap perkara yang diceritakan adalah pengalaman abanG sendiri dalam membantu mereka yang memerlukan, abanG melihat sendiri bagaimana mereka membesarkan anak-anak bagaimana mereka bersusah payah buat anak-anak.


Dan

Seringkali abang nasihatkan mereka apabila berjumpa doktor supaya RANCANG KEHAMILAN bukan nak tolak rezeki dari TUHAN tapi kita perlu bijak mengantur kehidupan anak supaya mereka tidak lalui kesempitan kesusahan hidup macam kita?

LOVE 

abanG  

18

Bagus
23

Marah
26

Terkejut
17

Sedih
19

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 13-7-2017 07:22 PM
Dan AGAMA. Seriously, ibu bapa adalah org yg pertama kenalkn agama n tuhan pd anak2 bkn cikgu/ustazah/guru mengaji.
Quote neurelle 13-7-2017 07:54 PM
Seteju sgt2
Quote eyansss 13-7-2017 08:01 PM
memang betul setiap anak dah ada rezeki dia tapi kita sebagai mak bapak kena la cari...  takleh la expect Allah swt turunkan rezeki dari langit cenggitu je...  Allah pun ada cakap, usaha doa dan tawakal...  ni serah bulat2 pada Allah suruh bagi rezeki tu...  last2 anak2 terbiar...  pastu merempan sana sini salahkan takdir,  salahkan orang,  salahkan kerajaan...
Quote CiliPadiSedap 13-7-2017 10:59 PM
Akak tahu rasa bila adk bradik ramai, ada org lg senang dari kita. Dont give up kipidap. Lahir miskin bukan salah kita. Mati miskin ye
Quote helicornia 14-7-2017 09:18 AM
Perenggan 5 tu ...telah ditoucher mentalnya? apa benda toucher?

tapi bab kebersihan mmg betul. sori la ramai yang miskin ni pemalas pengotor nak kesian pun tak jadi
Quote teha86 14-7-2017 09:29 AM
setiap kelahiran anak2 da terletak rezeki pada mereka.. hargailah anak2 kita..
Quote Star_el 14-7-2017 09:33 AM
helicornia replied at 14-7-2017 09:18 AM
Perenggan 5 tu ...telah ditoucher mentalnya? apa benda toucher?

tapi bab kebersihan mmg betul. so ...

haha tulah pasal, torture kan senanya?
Mcm eja phonetically lak
Quote krustykrab 14-7-2017 11:56 AM
korg nak beranak ramai sukahati korg la ye, tp jgn pulak duk kondem org lain, jgn merungut bila kena bayar itu ini, jgn tak bayar hutang org dgn alasan korg punya expenses tinggi
Quote insulin 14-7-2017 12:12 PM
Maknanya bila  nak kahwin nanti, terpaksalah merancang...
Quote haryatie 14-7-2017 12:31 PM
Edited by haryatie at 14-7-2017 04:26 PM

memang betul setiap anak  ada rezekinya  tapiii....
sebagai parents kena la mencari dn  berusaha..
bukan menunggu atau dgn meminta minta belas kasihan sedara mara atau masyarakat keliling
dgn alasan ank ramai
ada jerk org2 yg mcam ni...balik2 ckp ank ramai..
susah itu, susah ini...org dengar pun
macam la yg beranak sikit x yah cri rezeki dn berusaha
tp bg aku biar la ank x ramai, bersesuaian dngn income aku
yg penting aku dn ank2 selesa
sbb aku x nk hidup dlm kesusahan smpai ke mati mencari sana sini sbb x cukup2..
nak jugak la jd mem besar duk dgn selesa...
Quote krustykrab 14-7-2017 04:01 PM
haryatie replied at 14-7-2017 12:31 PM
memang betul setiap anak  ada rezekinya  tapiii....
sebagai parents kena la mencari dn  berusaha..
...

tu la aku pun pikir mcm ko, nak hidup selesa...

aku tgk gak sedara2 aku, gigih buat anak walau baru lps kena buang keje. ada tu anak dah 2, salah sorg autisme, gigih jgk buat lagi...apa salahnya fokus kat yg dah ada tu..ada jgk yg lakibini makpak tanggung gigih jgk buat reramai.

tp ikut suka hati korg la. kalau korg kondem tak tlg korg, mmg kena cili la mulut tu
Quote siputsedut 15-7-2017 11:22 AM
Edited by siputsedut at 15-7-2017 11:26 AM

Setiap anak ada rezekinya..tp kene ingat..rezeki tu kekadang bukan datang dlm bentuk duit...contoh la aku bg anak2 aku...bila aku tau aku pregnant anak pertama...aku nak cari kerja yg dkt dgn rumah sbb aku x larat naik lrt gi keje, kos pengangkutan yg mahal dan kos masa, nnt kene ambil anak lambat kt rumah pengasuh..so aku decide nak jgk tuka kerja...tp ada ke org nak ambik preggy mommy? Tapi kita usaha je dlu sbb itu utk keseleeaan anak jgk nnt...dan dah tertulis rezeki anak tu..aku dpt kerja masa mengandung 6 months...abis serve notis..8 bulan mengandung aku start keje. With paid maternity leave..then masa mengandung anak kedua..aku risau sbb perbelanjaan makin tight..tp as parents..kita kene usaha...dan bila dah usaha, tertulis rezeki anak kedua aku dpt menikmati hidup yg selesa mcm kakak dia, husband aku dinaikkan pangkat dan gaji..masa mengandung anak ketiga...pon sama...masalah risau dpt ke maintain perbelanjaan pampers susu berkualiti sekolah bagus dan insurans secukupnya. utk anak2..tp rezeki baby ketiga...tiba2 anak kedua aku yg baru 2 years old go totally diaperless day n night dgn potty training dlm masa yg sgt singkat.. dan dia xnak formula milk dah..nak fresh milk je...Speechless..sbb belanja pampers dan susu anak kedua aku boleh bwk utk baby ketiga..syukurrrrr sgt..tuhan bg rezki dlm bentuk yg sgt x disangka...as parents..jgn plak lupa..setiap rezeki tu ko kene usaha..jgn duduk diam2 tubggu cash bergolek dr langit...dan as atikrl said..jgn nafikan hak anak2..so usaha usaha usaha utk bg yg terbaik utk anak2...alhamdulillah syukur aku dpt suami yg sgt bertanggungjawab...sanggup buat double job utk sediakan duit yg cukup nak anta anak sekolah bagus...n sgt komited dan selalu participate dgn aktiviti anak2...as parents..penat mmg penat...tp hak anak2 tu jgn la pandang remeh...setiap anak yg dtg tu besar amanah nya...sila tunaikan ye
Quote sapeka 20-7-2017 11:53 AM
krustykrab replied at 14-7-2017 11:56 AM
korg nak beranak ramai sukahati korg la ye, tp jgn pulak duk kondem org lain, jgn merungut bila kena ...

kan...
jangan la merungut itu ini

Quote MyNameIsIris 20-7-2017 01:06 PM
eyansss replied at 13-7-2017 08:01 PM
memang betul setiap anak dah ada rezeki dia tapi kita sebagai mak bapak kena la cari...  takleh la e ...

setuju....
Quote MyNameIsIris 20-7-2017 01:08 PM
haryatie replied at 14-7-2017 12:31 PM
memang betul setiap anak  ada rezekinya  tapiii....
sebagai parents kena la mencari dn  berusaha..
...

betul sis... ada orang beranak non stop 7-8-10 orang anak tapi anak no 1-2 tercicir sekolah.. bukan ke itu dah tak mampu dan tak jaga amanah elok-elok.
Quote Super-M 20-7-2017 06:01 PM
nak jamin supaya hak anak2 tak dinafikan sangat mudah.

pertama sekali sebelum mengandung buat perancangan. setkan dalam otak.. anak tu AMANAH.. bukan sekadar anak bukan sebab DAH REZEKI. .. BELA anak dengan MENDIDIK anak satu perkara berbeza.

bila kita sibuk cakap alah dah REZEKI dah dapat.. boleh gerenti semuanya jadi asal boleh. xdpt sekolah tinggi pun nanti cakap alah, ada rezeki dia nanti, itu ini sampai xsekolah pun asik adalah rezeki nanti.. sambil2 kita dalam tak sedar dah abaikan AMANAH tuhan.
banyak kendalikan kes mak pak asik merungut anak itu ini, berdosa lah itu ini..ingat bila kita sibuk mengandung sedangkan xmampu tetap lahirkan anak.sdgkan banyak kaedah utk. mengawal.tp x beri hak sepatutnya anak dapat, ingat kita berdosa?
Quote Rainsack 28-9-2017 06:17 AM
Adoiiiiiiii{:laugh

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.072475 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top