CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Takkan Melayu Hilang Di London! Ramai Suka Ke Sini, Tempat No.1 Paling Syok

7-12-2017 06:02 PM| Diterbitkan: Cari-Nora| Dilihat: 8965| Komen: 21|Original author: Oleh: Diba S.

Apa yang menarik sangat di Kota London tu hinggakan ramai betul rakyat Malaysia berpusu-pusu ke sana? 

Sampai ada yang mendakwa “Takkan Melayu Hilang di London”. Amboi sampai macam tu sekali ya?


Kota London sememangnya menawarkan pelbagai pengalaman menarik. Anda tak akan bosan sekiranya berkunjung ke London kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.

Jom tinjau antara tempat-tempat menarik yang perlu anda kunjungi jika berpeluang mengunjungi London.

Borough Market
Pasar tertua di London ni wajib lawat ok! Ia dibuka setiap hari pada pukul 10 pagi. Pada hari Sabtu ia dibuka lebih awal iaitu pada pukul 8 pagi. Anda boleh memulakan hari anda di Kota London dengan bersarapan di sini. Terdapat sebuah kedai kopi terkenal iaitu Monmouth Café. Jadi bolehlah bersarapan di sini terlebih dahulu!


Camden Town 
Ini merupakan tempat kegemaran mereka yang berjiwa bebas dan mengamalkan gaya hidup alternatif. Selain medan selera yang menawarkan makanan dari pelbagai negara, anda boleh membeli muzik rekod, cenderamata dan pelbagai barangan unik yang lain di sini. 


Oxford Street 
Oxford Street boleh digelar sebagai syurga membeli-belah London. Jenama-jenama fesyen yang popular seperti UNIQLO, Primark dan H&M antara yang ada di sini. Ia merupakan satu tarikan pelancong yang sentiasa dikerumuni orang ramai yang ingin mendapatkan pakaian yang bergaya dan seiring dengan perkembangan fesyen masa kini. Harganya, tentulah lebih murah jika dibanding dengan Malaysia terutamanya di Primark. Rakyat Malaysia kalau ke London memang tak sah, mesti memborong di Primark! 


Platform 9 3/4
Jika anda peminat penulis JK Rowling dan tak pernah ketinggalan menonton filem Harry Potter, anda perlu datang ke sini. Platform9 ¾ terletak di Stesen Keretapi King Cross. Platform ini menggunakan props yang diambil dari filem terkenal, Harry Porter. Para pengunjung boleh menggayakan skaf Gryffindor, Slytherin atau Ravenclaw dan seterusnya bergaya mengikut kreativiti masing-masing. 

Foto: Malaymail
Serius seronok, rasai sendiri pengalaman di sini. Jom terbang ke Kota London. -CARI
13

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
6

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 7-12-2017 07:26 PM
biasa2 je london..
Quote Levespa 7-12-2017 09:04 PM
tak best sgt london..
Quote sherry70 7-12-2017 10:39 PM
Camden Town  da tak  seperti  dulu  banyak barang yg elok2 blh beli d situ.sekarang da mcm serabut tempat ni.
Quote nafham 8-12-2017 05:29 AM
sendu je london. meleis rasa best sbb suasana lain dr lain. tp pd yg da biasa pergi, rasa sma je mcm duk KL {:run
Quote epis 8-12-2017 07:55 AM
Mostly ke london tuk shopping je, byk duit blh la pergi.. klu dari segi tarikan senibina, landskap, view, ade lagi kota di eropah yg lagi best...
Quote olaklempit 8-12-2017 08:56 AM
London ni best shopping, barang kira murahlah walaupun dah convert RM, kalau banding barang yang sama beli di Msia.

Borough market tu kawan selalu cerita dalam igs so aku pun pergilah, takde benda sangat,
pada aku overrated je, happy lagi kalau dapat pergi Flea Market.
Quote zeed 8-12-2017 10:00 AM
London biasa2 je.. negara eropah lain lagi best.. scotland pun better
Quote Artemesiaa 8-12-2017 10:23 AM
Biasa2 je dan makin ramai Asian people, betul tu prefer Scotland atau lebih baik ke european country je
Quote cairel_azlie 8-12-2017 01:17 PM
London dah macam aku balik kampung jer...setahun 3x pegi sampai bangla dan paki jual souvenir pun dah jadi geng....baik lepak kadipp aman tenang jer..... tapi ramai student la kat bandor... dari banyak tempat yg aku pegi...jepun paling best..ike ike ike hehehe
Quote olaklempit 8-12-2017 07:24 PM
cairel_azlie replied at 8-12-2017 01:17 PM
London dah macam aku balik kampung jer...setahun 3x pegi sampai bangla dan paki jual souvenir pun da ...

Jepun memanglah. Dengan rasa safe berjalan, org dia yg baik dan view pun cantik. Tak pernah rasa x nak repeat.

Quote wadiunong 9-12-2017 07:52 AM
Aku pulak dah jatuh cinta dgn OZ. At least 2 tahun sekali repeat pegi
Quote peachlily^ 9-12-2017 11:04 AM
cairel_azlie replied at 8-12-2017 01:17 PM
London dah macam aku balik kampung jer...setahun 3x pegi sampai bangla dan paki jual souvenir pun da ...

weh jumpa kat sini plak

*farah
Quote olaklempit 9-12-2017 08:47 PM
wadiunong replied at 9-12-2017 07:52 AM
Aku pulak dah jatuh cinta dgn OZ. At least 2 tahun sekali repeat pegi

Aku pi OZ 2006 sblm AA ke sana.
Lepas tu tak sampai dah wpun biras selalu ajak sebab dia takde kawan nak ke great ocean road. Anak dia busy manjang dgn kawan dan kerja. Aku rasa jauh OZ tu, masuk pulak imi strict.
Quote wadiunong 10-12-2017 12:05 PM
Immi OZ ok je takde la strict pon as long u follow Rules should be no problem
Quote moonbug 10-12-2017 09:32 PM
London is London. Kenalah pergi sekali experience sendiri tempat tu bg yg tak pernah sampai. Personally, rasanya takde intention nak repeat lagi. Unless duit melambak sgt and dah run out of places nak visit hehe
Quote cmf_premierleag 11-12-2017 09:54 AM
akak tak minat landen landen bagai nih
sbb dah ramai paki bangla meleis cainis, dah mcm hilang originality landen kokesen yurop di situ
akak lagi suka ke tempat2 yg ada originality dan belum tercemar lagi dgn bangsa2 lain spt tibet, kashmir, nepal, bhutan, mongolia,peru
acik2 kepam mmg tak suke tempat2 yg akak suka tu
depa kata bohsan sbb takdak tmpt shoping
Quote cairel_azlie 12-12-2017 02:54 PM
peachlily^ replied at 9-12-2017 11:04 AM
weh jumpa kat sini plak

*farah

kikiki...mcm kenal jekkkk
Quote makkenits 12-12-2017 03:09 PM
x minat gi london... baik aku gi kwsn pedalaman dia.. br best.. esp kawasan yg mcm lake district, snowdon, etc.. baru feeling betul...
Quote skystrike 12-12-2017 04:02 PM
kat bayswater bersepah orang malaysia...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.051185 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top