Semua orang suka dipuji. Terasa diri ini begitu istimewa, terutama sekali jika pujian itu datang dari insan yang kita kagumi atau sayangi. Namun, tahukah anda yang sebenarnya pujian istimewa itu lebih bermakna sekiranya ianya datang dari orang lelaki kepada wanita? Tahukan anda, apakah makna setiap pujian yang hadir oleh seorang lelaki kepada wanita? Jom semak! Pujian Biasa Berbunga-bunga hati si gadis apabila dipuji saat pertemuan kali pertama. Namun harus diingat yang tidak semua pujian itu ikhlas sepenuh hati untuk si gadis. Pujian selamat ini dilafazkan tidak melambangkan perasaan sebenar si lelaki kepada si gadis. Antaranya adalah “cantik cara awak pakai tudung.” Pujian Romantis Pujian ‘punchline copypaste’ ini biasanya ditiru dalam banyak rancangan television terutama rancangan komedi. Pujian ‘punchline’ romantik ini susah hendak dibuat secara spontan melainkan si lelaki telah mendapat ‘ilham’ daripada pelbagai bahan untuk diluahkan pada si gadis. Biasa nada pujian lebih berbunga-bunga boleh membuatkan si gadis terawang-awang ketika diberikan. Ada kalanya pujian sebegini digunakan untuk mencairkan hati gadis-gadis ‘novel’. Contohnya seperti ,”awak suka teh tarik? Sebab saya dah tertarik dengan awak.” Pujian Nafsu Pujian ini selalu diberikan setelah si lelaki nampak apa yang si gadis tayangkan yang boleh menaikkan nafsu si lelaki. Contohnya, “’hot’ betul awak pakai macam ni, cantik,”. Berhati-hatilah sekiranya diberi pujian berbaur gangguan seksual ni kerana kita tidak dapat menjangkakan apakah tindakan si lelaki seterusnya. Pujian Tidak Bertapis Pujian ini sangat sensitif sehinggakan boleh disalah anggap sebagai gangguan seksual melampau bagi sesetengah gadis. Janganlah pujian seperti ini diberi semasa kali pertama bertemu. Pujian ini termasuk memuji bahagian-bahagian badan si gadis secara terus. Namun niat si lelaki memang menyatakan kebenaran atau ‘describing the truth’. Contohnya “besarnya punggung awak.” Pujian Perangkap Pujian jenis ini adalah ‘wayang’ kepada tindakan seterus si lelaki dan seharusnya berhati-hati. Ayat yang diberikan manis sekali sehinggakan ramai gadis terpukau dengan ayat itu. Apa yang akan berlaku seterusnya itu adalah bahaya kerana boleh memerangkap si gadis. Contohnya, awak memang comel la, tapi lagi comel kalau awal pakai bikini ini depan saya.” Pujian Ikhlas Pujian ini sangat manis tetapi sukar dikesan oleh si gadis. Ini kerana pujian sebegini kebiasaanya susah diluahkan oleh si lelaki atas faktor egonya. Hanya aksinya sahaja menunjukkan pujian yang ikhlas. Langsung tidak dilafaskan melainkan dengan tindakan si lelaki seperti gerakan mata dan bibir. Setakatnya ikhlasnya? Hanya si pelafas dapat menyatakannya. Pujian Jaga Hati Ini selalu terjadi sekiranya soalan perangkap ditujukan kepada si lelaki. Soalan itu sekiranya dijawab dengan betul atau salah, aka nada tindakan berbaur emosi kepada si gadis yang bertanya. Contohnya, “Semalam saya beli baju, tapi bila pakai nampak macam gemuklah,” Padahal si gadis memang dah gemuk. Pakaiannya itu menyebabkan perutnya ‘melimpah’ dan realitinya nampak tidak manis. Tetapi si lelaki menjawab, “Eh, mana ada. Awak kuruslah kalau pakai ni,” sambil berlalu pergi mengambil kunci kereta untuk mengelak menjawab soalan susulan. Jadi buat para wanita di luar sana, jangan cepat termakan puji. Fahami dahulu apa makna di sebaliknya ya. -CARI |
Bagus |
6
Marah |
13
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT