CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketum Jadi Ubat Tahan Sakit, Rawat Ketagihan Dadah

15-12-2017 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3446| Komen: 15

Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum atau Mitragyna speciosa, lapor Harian Metro.

Difahamkan, ketum berpotensi sebagai ubat tahan sakit serta merawat ketagihan dadah.


Malah, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor selaku ketua penyelidik itu berkata, pasukannya giat membangunkan ubat baru terhadap jangkitan kulat sistemik, berkemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.


Foto: Harian Metro

Ketum sudah diselidik sejak 1960-an, dan kini sebanyak 57 sebatian daripada pelbagai spesis Mitragyna dikenal pasti. Daripada jumlah itu, terdapat 37 jenis alkaloid unik bagi ketum dan alkaloid utama bagi daun ketum ialah mitraginina.


Mitraginina pada ketum bagaimanapun, tidak sama dengan morfin dan kajian terperinci perlu dilakukan bagi melengkapi maklumat berkaitan ketagihan.


Foto: Astro Awani

“Didapati ketum bukanlah opiat (narkotik), justeru, kajian klinikal diperlukan bagi mengesahkan kegunaan ketum sebagai ubat penahan sakit baru selain sebagai ubat bagi rawatan ketagihan dadah.

“Namun kajian yang kami jalankan sejak 2007 itu menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan permohonan itu menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO),” katanya. - CARI
12

Bagus
20

Marah
14

Terkejut
13

Sedih
22

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HS357 15-12-2017 10:33 AM
ape lagi..keluarkan la produk jus ketum..kompom bleh lawan pamoga {:run
Quote hanglipolopo 15-12-2017 10:49 AM
Tak lama lagi ketum ni kerajaan halal kan la..
Quote susukambingbest 15-12-2017 10:56 AM
penah guna daun ketum ramas2 dgn ckt air n sapu kat perut, cirit birit beransur lega. 3x buat mcm tu, trus berenti cirit n skit perut. ketum tu ubat tp dlm dos yg brpatutan. yg jd ketagih tu sbb buat jd minuman harian.
Quote mdhelmi 15-12-2017 11:00 AM
org kampung banyak guna daun ketum ni utk berubat
Quote felinecat 15-12-2017 11:11 AM
ketum ni mula2 under pesticide je kan. kene ban sbb tiru thailand. buat la kajian dlu sebelum ban.. (yg ban tu menteri yg suruh ke?).. ketum campur mende2 lain memang la pening
Quote CardiGans85 15-12-2017 12:04 PM
Ketum ni org dl2 lps meracun rumput akn minum sbb detox racun yg d telah d hidu. Kdg2 lps meracun tu, lidah akan bewarna sedikit mcm colour racun tu atau pun rasa. Tp bkn hari2 minum dan x de pulak d campur dgn ubat batuk atau komponen lain.
Quote Andyscenes 15-12-2017 12:10 PM
Member aku kuat minum ketum, ajak aku minum. Nasib baik dia minum utk kuat keje.
Quote MeghanK 16-12-2017 12:33 PM
ketum memang buat ubat..yang jadi mabuk ketagih bagai tu sebab dah campur macam2..

orang kampung kalau sakit perut cherry berry pon rendam daun ketum je minum
Quote Burong_Hantuk 16-12-2017 12:33 PM
penagih ada salah guna ketum
Quote isseliparjepun 16-12-2017 03:37 PM
Ade sorg manusia ni..mmg aku tau dia ambek ketum. Hari2. Kalau tak ambek..mcm ayam berak kapur. Tido manjang..lesu.
Quote dess402 16-12-2017 04:33 PM
Ketum dan ganja sebenarnya herba yg terbaik dlm soal menagatasi ketagihan alkohol dan dadah . Di kebanyakkan negara maju antarranya europe dan jepun ..  ganja ditafsirkah sebagai ubat mengatasi stress dan keletihan bekerja .disamping tujuan utama utk mengrlak dari mrngambil dadah jenis sintetik .
Quote plentyofmoney 16-12-2017 04:43 PM
dess402 replied at 16-12-2017 04:33 PM
Ketum dan ganja sebenarnya herba yg terbaik dlm soal menagatasi ketagihan alkohol dan dadah . Di keb ...

penipu level rafizi kau ni


Japanese drug law is among the harshest in the world, and can be even worse if you're a foreigner.


TOKYO
On Oct 25, former actress Saya Takagi was arrested on a charge of possession of marijuana. The self-described "naturalist" took up residence on Ishigaki island five years ago. Also arrested was Takagi's male companion, Shigenari Moriyama, who had been actively promoting the use of the weed, praising its effectiveness for anti-aging.


Quote dess402 16-12-2017 08:13 PM
plentyofmoney replied at 16-12-2017 04:43 PM
penipu level rafizi kau ni



mangkok ..  kena ikut cara la . Pegi hospital dan dapatkan surat doktor . Tapi kalau di holland , us ..  longgar sikit kott


Tapi pokoknya kena ikut undang2 . Bukan suka2 boleh seludup berkilo2 . Itu dah patut hukum tembak . dol ..
Quote batmana 16-12-2017 11:31 PM
nape namanya ketum
adik bradik ketumbar ke apa?
Quote sabar_sabariah 18-12-2017 09:03 AM
ketum ni banyak khasiat dia
ubat sakit pinggang
cergaskan badan
especially org kerja kampung la
siap buat bekal la air ni
tp buat cair2
kalau pekat tu haruslah jadi benda lain plak
and takde campuran lain

kalau balik kampung belah husben
time kenduri kan merewang
kena stay up malam2 parut kelapa la pe
memang dorang distribute air ketum ni
air ketum ais plak tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046541 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top